Keberadaan penyanyi, Hael Husaini di Milan Itali bagi menghadiri beberapa pertunjukan fesyen antarabangsa bersempena Minggu Fesyen Milan telahpun mencuri tumpuan lensa peminat dan pemerhati fesyen.
ARTIKEL BERKAITAN: Selebriti Malaysia ‘Berkampung’ Di Milan Demi Onitsuka Tiger, Lihat Gaya Mereka! – REMAJA
Berbeza dengan kemunculan Hael pada bulan September 2022 semasa menghadiri pertunjukan fesyen jenama Onitsuka Tiger bersama segerombolan fesyenista tempatan lain seperti Scha Alyahya, Daiyan Trisha dan Awal Ashaari, kali ini Hael keseorangan diri di Milan.
Bagaimanapaun, Hael berjaya mengekalkan imej dan karakter berstailnya di sana.
Untuk pengetahuan, Minggu Fesyen Milan musim luruh/musim sejuk 2023 lelaki kini hangat dilangsungkan di kota Itali itu.
Di antara jenama yang menjemput Hael sebagai tetamu barisan hadapan mereka termasuklah jenama Fendi, MSGM dan Zegna.
Tambah menarik apabila Hael juga berkesempatan dibawa bertemu dengan pengarah kreatif dan ‘orang besar’ kepada jenama-jenama terkenal ini. Antara individu yang sempat ditemuinya ialah Silvia Venturini di acara Fendi, Massimo Giorgetti di MSGM dan Alessandro Sartori di Zegna.
Tidak cukup dengan itu, Hael juga membuatkan peminat di Malaysia cemburu apabila membidik foto kenangan bersama pelakon Thailand, Tawan Vihokratana di acara Zegna.
View this post on Instagram
Rata-rata peminat dan rakan selebriti di ruang komen Instagram menunjukkan sokongan buat Hael yang mewakili Malaysia di pentas fesyen dunia. Antaranya komen-komen warganet yang mencuit hati termasuklah:
“Hael lagi ensem dari Korean.”
“No syatuuuuu lah awak ni.”
“Haelookkkk macam shelalu.”
“Aduhh, pening la. Pantang tengok Hael in white.”
“Aset Malaysia untuk dunia!”
“Please give him as brand ambassador. Tak kisah la apa pun sebab I love style Hael sekarang.”
Keberadaan Hael di sana secara tidak langsung telah membuktikan bahawa selebriti dari Malaysia juga mampu memukau pemerhati antarabangsa menerusi gaya fesyen dan stail menarik. Have fun Hael in Milan!
BACA LAGI: Anak Raja Thailand Berjiwa Fesyen, Gaya Puteri Sirivannavari Di Minggu Fesyen Paris – REMAJA
SUMBER FOTO: Instagram @haelhusaini
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.