Hafal 6 Lagu Ini Jika Kamu Plan Nak Ke Good Vibes Festival 2018

Share

 

Agak sukar untuk mengatasi kehebatan Good Vibes Festival 2017, but who knows?

 

Festival muzik Toyata presents Good Vibes Festival yang paling dinanti-nantikan oleh semua peminat muzik di Malaysia (dan negara serantau) akhirnya mengeluarkan senarai penyanyi dan band yang bakal menghangatkan The Ranch di Gohtong Jaya untuk kali keenam.

Bagi korang yang merupakan peminat kepada music scene di Malaysia, pastinya korang dah tahu siapakah yang termasuk di dalam senarai awal festival muzik yang bakal berlangsung pada 21 dan 22 Julai itu.

Ia termasuklah Lorde, alt-J, Nick Murphy fka Chet Faker, ODESZA, HONNE, Louis The Child, SG Lewis, Noh Salleh, Kyoto Protocol, Bil Musa, Zamaera, Altimet & The Kawan Band, Pastel Light, Froya dan ramai lagi!

Like seriously, how on earth mereka dapat mengumpulkan sebegitu ramai penyanyi dan band untuk tempoh dua hari, hanya mereka yang tahu.

Sebelum korang boleh mulai membeli tiket Early-bird pada hari ini di www.goodvibesfestival.com, apa kata korang lihat dahulu enam buah lagu yang REMAJA senaraikan sebagai lagu yang wajib dihafal agar kamu boleh nyanyikan bersama dengan crowd, Julai kelak.

 

* * * * *

01

Dark Chocolate : Froya

Kali pertama mendengarkan kepada single Dark Chocolate, penulis tidak menjangkakan langsung ia adalah nyanyian singer & songwriter tempatan, Michelle Lee yang lebih dikenali sebagai Froya.

Berbeza dengan album Panic Bird yang dilancarkan pada tahun 2015, Dark Chocolate menyaksikan sisi yang lebih matang. Bagaimanapun, ia masih mengekalkan DNA Froya yang gemar bermain dengan proses melodi-making. Terbaru, Froya baru memuat naik single terbarunya berjudul Sunny Side Down semalam di YouTube.

 

* * * * *

02

Breezeblocks : alt-J

Walaupun sudah ditubuhkan sejak tahun 2007 lagi, ramai yang masih tidak begitu familiar dengan indie rock band dari Leeds ini. Bagi penulis, mereka adalah antara pengkarya muzik terbaik yang mewakili generasi baru

Bukan saja setiap production bagi lagu dan album alt-J begitu konsisten tahun demi tahun, malah mereka juga mencipta muzik video terbaik dengan kualiti dan jalan cerita mirip filem pendek.

Breezeblocks merupakan single mereka dari album pertama, An Awesome Wave (2012). Walaupun sudah enam tahun berlalu, ia masih relevan untuk hari ini. Antara single alt-J lain yang perlu kamu tahu juga ialah Deadcrush (soundtrack FIFA 18) dan Hunger of the Pine.

 

* * * * *

03

Day One : HONNE

Let’s get real, HONNE never fails.

Sama ada ia adalah single terbaru yang dikeluarkan 3 minggu lalu iaitu Day One, ataupun Walm on a Cold Night (2016), duo elektronik Inggeris dari London ini pastinya tidak akan mengecewakan pendengar. Pasti akan ada sekurang-kurangnya satu lagu HONNE yang akan melekat dalam kepala korang.

Day One merupakan percubaan James Hatcher dan Andy Clutterback selepas beberapa bulan menjelajah di sekitar Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Ia merupakan single yang cukup solid kerana semua orang boleh relate dengan lirik dan susunan muziknya yang listener-friendly ini.

 

* * * * *

04

Sejarah : Bil Musa

Kami pernah ‘ramalkan’ yang Bil Musa akan lebih dikenali, muziknya akan lebih banyak kedengaran di seluruh negara (dan di platform online) and she will be bigger than before. Tahniah kepada Bil yang kini dilihat sebagai satu lagi kuasa good-music kita yang wajar diberikan perhatian.

Album Young Adults yang dilancarkan pada akhir Disember tahun lalu memperkenalkan 8 lagu baru nyanyian Bil. Walaupun kami addicted kepada kesemuanya (and so will you), Sejarah mempunyai keistimewaannya sendiri. Mungkin kerana single ini cukup straight forward, raw & relatable, resepi kepada sebuah single yang akan melekat di dalam kepala.

Sejarah masih tidak mempunyai klip video dan kami tidak boleh berkongsi dengan korang semua. In the mean time sementara korang dapatkan album Young Adults, dengarkan dulu Adakah Ini yang merupakan leading single untuk album ini.

* * * * *

05

A Moment Apart : ODESZA

Sekarang ini, memang kita mempunyai kebanjiran produser dan DJ EDM baru dalam music scene sama ada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. But not all of them can top ODESZA. Duo EDM ini tidak memerlukan kontroversi atau siaran reality show untuk mencuri tumpuan dunia.

Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah memuat naik muzik ke internet dan boom! Nama mereka terus dikenali sejak 2012.

Let us take a moment to appreciate A Moment Apart (see what we did there..) Ia mempunyai momen-momen ‘gelap’ di mana muzik kedengaran sedikit dark dengan hanya dentingan piano. Kemudian, ia bercambah menjadi karya ODESZA yang kita semua sukakan. Paling terbaik, korang tak perlu pun nak menghafal lirik!

Just stand there and enjoy it.

 

* * * * *

06

Liability : LORDE

Melodrama merupakan, pada pendapat penulis, album terbaik yang telah dihasilkan pada tahun 2017. Tidak kisahlah Lorde tidak berjaya memenangi kategori Album Terbaik pada anugerah Grammy pada awal tahun ini, Melodrama masih berbekas dalam diri semua yang telah mendengarnya.

Jujurnya, kesemua lagu di dalam album terbaru Lorde ini merupakan antara karya terbaik dan paling jujur yang pernah dihasilkannya. Namun, single Liability merupakan karya balada yang menyaksikan sisi berlainan penyanyi ini. Ia menyedihkan, ia kedengaran tragik kerana kehilangan seseorang yang kamu sayangi.

Besar kemungkinan, Liability tidak akan dinyanyikan oleh Lorde pada Good Vibes Festival Julai ini memandangkan Lorde mungkin akan lebih fokus kepada single rancak yang lain. Tapi itu tidak bermakna kamu tidak boleh menghafal lagu ini.

 

Hafal dan jumpa korang di sana!

Published by
FZ