Kemelut rumah tangga Hafidz Roshdi semakin memuncak apabila baru-baru ini bekas isterinya, Nurul Shuhada telah membuat laporan Polis berikut kecederaan yang dialimnya yang disebabkan oleh pelakon tersebut.
Kini, Hafidz yang sebelum ini dilihat memilih untuk mendiamkan diri telah membuat satu kenyataan di laman Instagramnya. Menerusi hantaran tersebut dia meminta Nurul Shuhada untuk menarik balik sebarang penerbitan umum dan gambar keluarganya berkaitan dengan kes rumah tangga yang sedang mereka alami.
“Shu, saya memilih untuk berdiam diri selama ini walau pelbagai fitnah telah awak taburkan. Saya tahu segala apa yang awak canangkan, tidaklah semuanya benar maka saya terpaksa menulis di sini, kerana awak sendiri yang telah menutup segala jalan untuk perdamaian dan menyelesaikan secara kekeluargaan.
“Shu, saya jaga erat segala aib, kelemahan dan kekurangan awak sebagai isteri selama ini. Kita tidak sempurna. Saya hadap segala caci dan maki atas kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri.
“Sebagai insan yang lemah, kita berdua tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Agak malang. Ianya menjadi di luar kawalan. Awak lebih cenderung untuk menyatakan isu rumah tangga kita di dalam media sosial. Kecenderungan bersifat membuka aib hingga membuka ruang fitnah.
“Apabila awak mula mencanang fitnah dan kenyataan palsu tentang keluarga saya, awak sudah melampau dan saya tidak lagi boleh berdiam diri. Penerbitan status Instagram awak bertarikh 5 Mac 2023 telah mengaitkan dan mengaibkan seluruh keluarga saya.
Ads
“Antara butirannya, status Instagram awak menyebut adik saya bersubahat dan seluruh keluarga saya bersifat toksik. lanya jelas dan nyata, satu fitnah. Rentetan status Instagram awak itu, maka ada pihak lain yang telah menggunakan gambar saya, awak dan seisi keluarga saya merujuk kepada topik atau kandungan tersebut.
“Kini, keselamatan dan kesejahteraan serta ketenteraman seluruh keluarga saya telah terjejas atas tindakan awak.Saya berharap agar semua pihak lebih berhati-hati untuk tidak memberi sebarang komen apabila tidak tahu menahu kebenaran yang berkaitan dengan isu membabitkan urusan rumahtangga kami berdua.
“Kini, isu dan kes rumahtangga kita adalah di dalam penyiasatan pihak Polis dan akan diadili di dalam Mahkamah tidak lama lagi. Demi menjaga kesejahterdan dan keselamatan diri dan seluruh keluarga saya dengan rasa rendah diri memohon dan memberikan tempoh 48 jam dari sekarang bagi Shu dan mana-mana pihak untuk menarik balik sebarang penerbitan umum dan gambar keluarga saya berkaitan dengan isu/kes rumahtangga saya ini.
“Saya juga mahu agar permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh pihak awak. Sekiranya tidak, saya mahu semua memahami situasi saya. Saya terpaksa mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap mereka yang telah menyentuh maruah dan privasi keluarga saya. Saya masih lagi abah kepada anak-anak saya.
Ads
“Kesejahteraan dan keselamatan mereka adalah objektif utama hidup saya. Saya juga ingin terus mencari nafkah yang halal untuk tidak mengabaikan tanggungjawab saya terhadap mereka. Saya memohon jasa baik mana-mana pihak untuk menghormati urusan dan keputusan saya demi kesejahteraan dan keselamatan keluarga masing-masing,” jelasnya lagi.
“Hafidz pada masa sama turut meminta maaf pada ahli keluarga yang turut menerima tempias atas hal yang berlaku.Kepada Abah, Mak, kedua-dua mentua dan seluruh keluarga saya, Hafidz memohon jutaan kemaafan kerana secara langsung atau tidak sengaja atau tidak, telah melibatkan semua di dalam urusan dan isu rumah tangga Hafidz.
“Apapun saya percaya ruang perdamaian masih terbuka. Semoga kesejahteraan dan keselamatan kita semua di bawah lindungan Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin. Sekian Terima kasih,” tulis pelakon itu di laman instagramnya.
Ads
Hantaran tersebut setakat artikel ini ditulis telah menerima lebih 10 ribu tanda suka, namun ruangan komen telah ditutup. Imbas kembali, Hafidz Roshdi telah dilaporkan pada 23 Mac 2023 bercerai dengan Nurul Shuhada dengan talak satu bersaksikan keluarga.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah seminggu Malaysia berada dalam situasi panik akibat ura-ura pengisytiharan darurat akan dilakukan, hari ini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan bahawa tiada keperluan untuk pengisytiharan darurat di Malaysia atau di mana-mana negeri Malaysia pada masa ini.
Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara iaitu Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin hari ini, Al-Sultan Abdullah juga mengingatkan ahli-ahli politik negara untuk menghentikan sebarang tindakan ‘politicking’ yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara
“Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada.
“Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
“Justeru, perutukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tangungjawab mereka. Sesungguhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian COVID-19 di negara ini,” catat kenyataan oleh Istana Negara itu.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara, lewat petang tadi.
Keputusan oleh Seri Paduka Baginda itu nyata memperolehi sokongan luar biasa oleh rakyat di media sosial.
Golongan muda khususnya merasakan fokus kerajaan dan semua pemerintah sekarang seharusnya terarah kepada ancaman pandemik wabak yang semakin menunjukkan peningkatan serta keadaan ekonomi negara yang merumitkan kehidupan rakyat sejagat.
Malah, Ahli Parlimen Muar iaitu YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga turut menyahut laungan ‘Daulat Tuanku’ setelah kenyataan tersebut dikeluarkan.
Untuk pengetahuan, semalam Syed Saddiq yang mewakili parti MUDA berharap agar semua ahli politik menghentikan sebarang tindakan yang boleh memberi ancaman kepada ekonomi dan periuk nasi rakyat.
Semua wanita suka wajah mereka kelihatan cantik dan sedaya upaya memastikan setiap kali berhadapan dengan orang lain, penampilan mereka sentiasa nampak kemas dan menarik.
Dan kerana itu juga, ada wanita yang sanggup berhabis duit untuk membeli barang mekap semata-mata ingin kelihatan cantik seperti personaliti di media sosial.
Malah, tak kurang juga mereka yang memang mempunyai minat dalam bidang solekan. Tidak perlu mengambil kelas mekap, hanya dengan menonton tutorial di YouTube sudah cukup untuk menjadikan individu tersebut seperti jurusolek professional.
Berikut kami senaraikan antara YouTuber di Malaysia yang kerap berkongsi tips dan tutorial mekap untuk dijadikan panduan buat mereka yang ingin belajar tentang kecantikan dan bersolek.
1. Athisha Khan
2. Cupcake Aisyah
3. Nisha Ezzati
4. Johanis Sani
5. Faa Firds
6. Aisha Liyana
7. Asyalliee Ahmad
8. Putri Shameen Hashim
9. Anys Nadhilah
***
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasanya lepas ini tak perlulah lagi kita kerap ke Korea Selatan untuk merasakan pengalaman dunia K-Pop.
Mereka sendiri yang semakin kerap ‘datang’ ke Kuala Lumpur. Terbaru, sebuah kafe berkonsepkan kumpulan K-Pop, EXO akan dibuka pada hujung bulan April ini.
Dikenali sebagai The Brussette Cafe, kafe ini akan menyajikan makanan western Halal dan sedang menjadi bualan mulut para EXO-L Malaysia. Ini kerana hampir setiap segi persediaan kafe sebelum ia dibuka kelak mempunyai elemen EXO.
Contohnya, ia akan mempunyai album, DVD dan merchandise original sebagai bahan pameran. Pengunjung juga boleh menggunakan permainan video XBox dan board games di situ.
Mengapa Nama Brussette?
Menurut wakil pemiliknya, “Tahun lalu, keluarga saya berkesempatan untuk berkunjung ke Viva Polo (restoran Itali milik keluarga Chanyeol di Seoul). Kami bertuah kerana telah bertemu ibu Chanyeol di situ dan saya memberitahunya tentang perancangan untuk memiliki kafe sama sepertinya.
“Bila bertanya tentang nama yang sesuai, dia mencadangkan The Brussette Cafe. Katanya, Chanyeol dulu ingin menggunakan nama itu tetapi dia akhirnya memilih nama Viva Polo,” kongsi mereka di Twitter.
Apa terjadi apabila seorang pempengaruh glamor yang bertukar viral disebabkan kontroversi tiba-tiba 'menghilang' dan pulang ke kampung? Nak dijadikan cerita pula, pempengaruh itu tidak...