Hafidz Roshdi Tulis Surat Terbuka Buat Bekas Isteri. Beri Tempoh 48 Jam Untuk…

Share

Kemelut rumah tangga Hafidz Roshdi semakin memuncak apabila baru-baru ini bekas isterinya, Nurul Shuhada telah membuat laporan Polis berikut kecederaan yang dialimnya yang disebabkan oleh pelakon tersebut.

Kini, Hafidz yang sebelum ini dilihat memilih untuk mendiamkan diri telah membuat satu kenyataan di laman Instagramnya. Menerusi hantaran tersebut dia meminta Nurul Shuhada untuk menarik balik sebarang penerbitan umum dan gambar keluarganya berkaitan dengan kes rumah tangga yang sedang mereka alami.

“Shu, saya memilih untuk berdiam diri selama ini walau pelbagai fitnah telah awak taburkan. Saya tahu segala apa yang awak canangkan, tidaklah semuanya benar maka saya terpaksa menulis di sini, kerana awak sendiri yang telah menutup segala jalan untuk perdamaian dan menyelesaikan secara kekeluargaan.

“Shu, saya jaga erat segala aib, kelemahan dan kekurangan awak sebagai isteri selama ini. Kita tidak sempurna. Saya hadap segala caci dan maki atas kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri.

“Sebagai insan yang lemah, kita berdua tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Agak malang. Ianya menjadi di luar kawalan. Awak lebih cenderung untuk menyatakan isu rumah tangga kita di dalam media sosial. Kecenderungan bersifat membuka aib hingga membuka ruang fitnah. 

“Apabila awak mula mencanang fitnah dan kenyataan palsu tentang keluarga saya, awak sudah melampau dan saya tidak lagi boleh berdiam diri. Penerbitan status Instagram awak bertarikh 5 Mac 2023 telah mengaitkan dan mengaibkan seluruh keluarga saya.

“Antara butirannya, status Instagram awak menyebut adik saya bersubahat dan seluruh keluarga saya bersifat toksik. lanya jelas dan nyata, satu fitnah. Rentetan status Instagram awak itu, maka ada pihak lain yang telah menggunakan gambar saya, awak dan seisi keluarga saya merujuk kepada topik atau kandungan tersebut. 

“Kini, keselamatan dan kesejahteraan serta ketenteraman seluruh keluarga saya telah terjejas atas tindakan awak. Saya berharap agar semua pihak lebih berhati-hati untuk tidak memberi sebarang komen apabila tidak tahu menahu kebenaran yang berkaitan dengan isu membabitkan urusan rumahtangga kami berdua.

“Kini, isu dan kes rumahtangga kita adalah di dalam penyiasatan pihak Polis dan akan diadili di dalam Mahkamah tidak lama lagi. Demi menjaga kesejahterdan dan keselamatan diri dan seluruh keluarga saya dengan rasa rendah diri memohon dan memberikan tempoh 48 jam dari sekarang bagi Shu dan mana-mana pihak untuk menarik balik sebarang penerbitan umum dan gambar keluarga saya berkaitan dengan isu/kes rumahtangga saya ini.

“Saya juga mahu agar permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh pihak awak. Sekiranya tidak, saya mahu semua memahami situasi saya. Saya terpaksa mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap mereka yang telah menyentuh maruah dan privasi keluarga saya. Saya masih lagi abah kepada anak-anak saya.

“Kesejahteraan dan keselamatan mereka adalah objektif utama hidup saya. Saya juga ingin terus mencari nafkah yang halal untuk tidak mengabaikan tanggungjawab saya terhadap mereka. Saya memohon jasa baik mana-mana pihak untuk menghormati urusan dan keputusan saya demi kesejahteraan dan keselamatan keluarga masing-masing,” jelasnya lagi. 

“Hafidz pada masa sama turut meminta maaf pada ahli keluarga yang turut menerima tempias atas hal yang berlaku. Kepada Abah, Mak, kedua-dua mentua dan seluruh keluarga saya, Hafidz memohon jutaan kemaafan kerana secara langsung atau tidak sengaja atau tidak, telah melibatkan semua di dalam urusan dan isu rumah tangga Hafidz.

“Apapun saya percaya ruang perdamaian masih terbuka. Semoga kesejahteraan dan keselamatan kita semua di bawah lindungan Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin. Sekian Terima kasih,” tulis pelakon itu di laman instagramnya.

Hantaran tersebut setakat artikel ini ditulis telah menerima lebih 10 ribu tanda suka, namun ruangan komen telah ditutup. Imbas kembali, Hafidz Roshdi telah dilaporkan pada 23 Mac 2023 bercerai dengan Nurul Shuhada dengan talak satu bersaksikan keluarga.

BACA JUGA: Dari Hero Remaja Ke Pentas Lakonan, Hafidz Roshdi Ceburi Dunia Seni Sejak Usia 18 Tahun

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Fiezreen