Inpirasi

Hafiz Mahamad Sekali Lagi ‘Sponsor’ Bas Percuma Untuk Orang Ramai Balik Kampung

Share

Kebaikan demi kebaikan yang dilakukan seorang hamba Allah ini…

Siapa tidak kenal dengan seorang figura berjiwa hamba ini, namanya dikenali di seluruh negara kerana sifatnya yang tidak lokek dalam membantu orang sekeliling yang memerlukan.

Sedar tak sedar, tahun ini merupakan tahun keempat personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad menaja perkhidmatan bas buat mereka yang memerlukan untuk pulang ke kampung halaman.

ARTIKEL BERKAITAN : ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’, Hafiz Mahamad Hadiahkan Staf Kereta SUV, ‘Shopping’ Baju Raya & Bonus Sebulan Gaji

Terbaharu, Hafiz memaklumkan bahawa dirinya sudah pun membayar 10 buah bas buat mereka yang memerlukan untuk pulang berhari raya, menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Katanya, di kala ramai orang yang teruja untuk membeli pakaian baharu, masih ada insan yang tidak berkemampuan untuk pulang ke desa menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga.

“Saya dah bayarkan 10 buah bas untuk anda yang memerlukan balik beraya di kampung dan tahun ini merupakan tahun yang keempat kita ‘sponspor’.

“Kita buat ini sebab masih ada di kalangan kita yang tak fikirkan pasal baju raya sebaliknya mereka fikir, ‘Cukup tak duit nak beli tiket untuk balik raya nanti?” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz turut memberitahu sekiranya 10 buah bas itu tidak mencukupi, dia bercadang untuk membayar beberapa buah bas lagi bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Selain berharap warganet mendoakan agar perniagaannya terus maju supaya dirinya dapat terus membantu mereka yang memerlukan.

“Kalau terlalu ramai dan tiket habis, insya-Allah saya akan tambah bas lagi. Harap dapat membantu ramai sahabat yang memerlukan, jangan cancel saat akhir dan book main main, kesian saya nanti.

“Awak semua doakan saya supaya rezeki melimpah ruah dan harap anda semua gembira. Saya ikhlaskan dan niatkan apa yang saya buat ini kerana Allah, semoga kita terus bersahabat baik. Kejayaan demi kebahagiaan,” ujarnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram & TikTok Hafiz Mahamad

Published by
Fath