Hailey Bieber Kongsi Ada ‘Cyst Ovari’ Sebesar Epal, 5 Tanda OVARI CYST Yang Bahaya

Share

Pernah dengarkan tentang cyst ovari atau tahu tentang penyakit cyst ini?

Cyst atau sista dalam ovari adalah seperti jerawat di dalam sistem pembiakan. Ia biasanya datang dan pergi semasa anda haid.

ARTIKEL BERKAITAN : Ini Perkara-Perkara Yang Korang Kena Tahu Tentang Haid Tidak Teratur

Model dan buah hati Justin Bieber, Hailey Bieber berkongsi masalah kesihatan yang dialaminya di media sosial.

Pada 28 November, pengasas Rhode Beauty Pengasas Rhode Beauty itu membuat posting di Instagram Stories, di mana dia kelihatan mengangkat baju untuk menunjuk perutnya yang agak kelihatan sedikit buncit. Walau bagaimanapun dia menjelaskan bahawa kawasan itu ‘bukan bayi.’

“Saya mempunyai cyst ovari sebesar epal. Saya tidak mempunyai endometriosis atau PCOS, tetapi saya mempunyai cyst ovari dan ia tidak pernah menyeronokkan.”

5 TANDA-TANDA OVARI CYST YANG BAHAYA

Seorang doktor telah berkongsi di halaman TikToknya @drnasrah berkenaan dengan 5 tanda-tanda yang mungkin anda mempunyai ovari cyst.

Umumnya, seorang wanita akan mempunyai 2 ovari yang menghasilkan telur, hormon estrogen dan progesteron. Kadangkala, sebuah kantung berisi cecair dipanggil cyst atau sista akan terbentuk di salah satu ovari.

Kebanyakan wanita akan menghidap sekurang-kurangnya 1 sista sepanjang hayatnya. Kebiasaannya, keadaan tersebut tidak akan menyebabkan kesakitan atau sebarang gejala.

Tetapi sekiranya anda mengalami sakit perut atau berasa tidak selesa yang luar biasa, ia berkemungkinan menunjukkan bahawa anda mengalami sista ovari (ovarian cyst).

Antara tanda-tanda ovari cyst yang bahaya adalah seperti berikut:-

1. Haid tidak teratur dan berpanjangan

Ada masanya, anda mengalami pendarahan tanpa sebab dan tidak dijangka. Pastikan anda mendapatkan rawatan segera kerana ia mungkin keadaan yang memerlukan rawatan perubatan.

2. Sakit di bahagian perut atau ari-ari

Rasa sakit pada ari-ari iaitu sekitar bahagian abdomen bawah boleh menjadi petanda sista ovari. Kesakitan dialami mungkin untuk tempoh masa panjang atau datang dan pergi. Biasanya rasa sakit akan menjadi lebih teruk semasa kedatangan haid.

Hormon terhasil semasa period boleh menyebabkan sista yang terbentuk atau membesar semakin menyakitkan. Jika sista pecah, anda mungkin akan berasa sakit secara tiba-tiba dan teruk pada bahagian ari-ari.

3. Sakit semasa hubungan kelamin

Antara petanda anda mungkin mengalami sista adalah apabila berasa sakit atau tidak selesa semasa bersetubuh.

Sesetengah wanita berdepan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen selepas melakukan aktiviti seks. Keadaan ini cenderung berlaku jika anda mengalami sista ovari jenis endometrioma – tisu rahim tumbuh di bahagian luar rahim.

4. Perut semakin buncit atau membesar

Dalam kes jarang berlaku, cyst boleh membesar. Saiz sista bersama masalah kembung yang dialami boleh menyebabkan perubahan pada berat badan anda.

5. Kerap kencing

Ada kalanya, sista yang wujud boleh mempengaruhi aktiviti pundi kencing sehingga menyukarkan anda untuk mengosongkannya. Kekerapan untuk kencing juga meningkat.

Segeralah pergi ke doktor berhampiran anda untuk mendapatkan rawatan professional!

Video penuh:

 

@drnasrah 5 tanda anda mungkin ada cyst. Boleh datang scan rahim dgn saya. #tiktokguru #medical #jombelajar #learnontiktok #scanrahim #scan #cyst #ovariancysts #tiktokguru ♬ SWIPE – ALYPH

Apa-apapun, kita doakan Hailey Bieber kembali sihat seperti sedia kala.

BACA : Hailey Bieber Terus Setia Di Sisi Suami Yang Berdepan Sindrom Ramsay Hunt

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana