MTV, Halsey & Lauv Pertahankan BTS Selepas Komen ‘Racist’ DJ Radio

Share

 

Isu perkauman atau racism yang melanda masyarakat Asia di negara Barat masih berleluasa, tidak kiralah sejauh mana korang popular ataupun tidak.

Terbaru, kumpulan sensasi Bangtan Boys (BTS) telah menjadi mangsa komen perkauman seorang penyampai radio Bayern 3 di Bavaria, Jerman yang dikenali sebagai Matthias Matuschik.

Ketika keudara dan memainkan audio persembahan lagu Coldplay ‘Fix You’ yang dinyanyikan semula oleh BTS di program MTV Unplugged baru-baru ini, Matthias berkata cover mereka teruk dan menyamakan kumpulan tersebut kepada ‘wabak penyakit yang perlu segera dicegah dengan vaksin’.

Aigoo!

Walaupun Matthias mempertahankan dirinya dengan berkata dia tidak mempunyai niat buruk untuk mempersendakan Korea Selatan dan pihak stesen radio pula berkata Matthias hanya menyampaikan pendapatnya bahawa dia tida begitu berminat dengan versi ‘Fix You’ nyanyian BTS, ramai pihak tampil mengutuk komen berbaur perkauman itu.

Bukan hanya di kalangan ARMY tegur, tetapi juga beberapa selebriti Hollywood popular yang mempertahankan BTS.

Halsey sebagai contoh berdiri rakan ‘Boy With Luv’-nya itu.

“Saya tergamam membaca komen yang dibuat oleh Matthias Matuschik. Isu perkauman dan xenophobia (takut terhadap seseorang yang berbeza daripada kita) tidak boleh dianggap sebagai ‘jenaka radio’.

“Kenyataan tidak bertanggungjawab dan jijik ini yang memburukkan lagi tanggapan, keganasan dan kebencian terhadap komuniti Asia. Ini tidak boleh diterima.

“Saya berharap mereka akan keluarkan semula permohonan maaf kepada BTS dan komuniti Asia di seluruh dunia,” kongsinya di Instagram Story.

*

*

Ini pula beberapa lagi selebriti yang tampil mempertahankan BTS.

 

Steve Aoki

“Cara penyampai radio Matthias Matuschik bercakap tentang kebencian dan perkauman secara ama dan dituju kepada rakan saya ini tidak boleh diterima.

“Saya bersama-sama BTS mengecam kebencian dan prejudis seperti ini, kita perlu sama-sama menolaknya. Spread love not hate.”

.

.

Zara Larsson

Ewwww saya baru mendengar klip penyampai radio itu. Pertama sekali, kamu mencari pasal setelah kamu menyentuh BTS, Army tidak akan melepaskan kamu. Saya harap kamu tidak akan mendapat tidur yang lena apabila kamu mengetahui karier kamu telah berakhir kerana sifat perkauman.

“Kita semua perlu berani menolak tindakan seperti ini untuk menunjukkan bahawa tindak tanduk seperti ini mempunyai implikasinya.”

.

.

Lauv

“Saya menyokong rakan BTS dan semua orang yang terus menerima tempias perkauman seperti yang kita dengari di corong radio Bayern 3. Tiada siapa yang harus berdepan isu ini dan kita perlu sama-sama menghentikannya.”

*

*

Terdahulu, Coldplay telah memuji versi Fix You nyanyian BTS dengan menggelarnya, “Beautiful.”

 

Published by
FZ