Hampa & ‘Tertipu’, Pengunjung Cameron Flora Park Kongsi Keadaan Sebenar Taman Bunga Tular

Share

Kebelakangan ini, rakyat Malaysia telah mengambil peluang bercuti dan melancong di dalam negara sempena cuti hujung tahun yang ingin dihabiskan.

Lagipun, percutian domestik ini jauh lebih berbaloi malah selamat untuk keselamatan semua pihak dek musim pandemik yang masih berlarutan hingga sekarang. Tak perlulah kita bersusah payah ingin memikirkan tempoh kuarantin semasa bercuti, kan?

Ramai yang mencari ilham destinasi bercuti menerusi media sosial.

Bagaimanapun, korang jangan pula mudah terpengaruh dengan cadangan lokasi yang tular. Iyalah, takut nanti kecewa dan hampa jika tempat yang dikunjungi tidak seperti yang diharapkan; seperti yang berlaku terhadap lelaki ini yang meluahkan rasa hampanya apabila berkunjung di port

tular di Cameron Highland, baru-baru ini.
Keadaan sebelum sewaktu pembukaan Cameron Flora.
Keadaan selepas dua bulan Cameron Flora dibuka. Sumber Foto : Twitter @ZackAvaricious

ARTIKEL LAGI : Taman Bunga Tarikan Terbaru Di Cameron Highlands! Port Wajib ‘Instagram Worthy’

Menerusi ciapan di Twitter, lelaki yang dikenali sebagai @ZackAvaricious di Twitter ini telah kongsikan beberapa keping foto yang menunjukkan keadaan semasa berada di Cameron Flora Park. Jelas kelihatan di beberapa sudut, bunganya semakin layu dan tidak seperti yang digambarkan sewaktu ia mula-mula dibuka kepada orang ramai pada Oktober tahun ini.

“Tidak seperti seperti yang diviralkan langsung..”

Katanya, sebelum ini tempat berkenaan mendapat perhatian kerana kecantikan pelbagai jenis bunga yang memenuhi setiap sudut pandangan. Namun ketiga dia berkunjung, Zack berkata keadaan bunga di bahagian luar tidak menarik selain ada yang sudah mati dan kering.

Bunga-bungaan di bahagian indoor pula masih dalam keadaan baik tetapi tidak bervariasi. Lebih malang apabila dia memberikan penilaian yang rendah iaitu hanya 0.5/10 terhadap kondisi port tular ini.

Sumber Foto : Twitter @ZackAvaricious
Sumber Foto : Twitter @ZackAvaricious
REMAJA difahamkan, lokasi tersebut mempunyai 2 bahagian pameran bunga iaitu bahagian luaran dan dalaman. Sumber Foto : Twitter @ZackAvaricious

BACA LAGI : Gadis Ini Kongsi Itinerari Lokasi Menarik Jika Korang Buat Trip Ke Ipoh-Cameron Highland

Penulis baru berangan hendak OOTD seperti dalam K-drama di Cameron Flora ini. Lagipun, dengan adanya inisiatif lokasi pelancongan seperti ini, andaian awal penulis adalah kita tidak lagi perlu ‘turun’ ke Singapura untuk ke Gardens of the Bay. Lebih baik menyokong industri pelancongan Malaysia dengan berkunjung ke sini saja.

Akan tetapi, jika benar apa yang dinyatakan oleh pengguna Twitter ini, sayangnya.

Korang sudah berkunjung ke Cameron Flora ini? Adakah korang bersetuju dengan pandangan Zack?

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana