Saban tahun, fenomena bunga Tekoma yang tumbuh mekar di negeri Kedah akan mencuri tumpuan ramai rakyatnya pada musim panas.
Setiap kali tibanya bulan Februari dan Mac, bunga yang digelar sebagai ‘sakura Kedah’ itu akan menyerikan pemandangan jalan raya di negeri tersebut. Bagaimanapun pada tahun ini, ramai pulang hampa apabila ia tidaklah semeriah dan selebat tahun-tahun sudah.
Ini berikutan bunga Tekoma yang tidak kembang dan gugur serentak membuatkan tiada ‘hamparan’ kelopak berwarna merah jambu, putih dan ungu pada kaki jalan. Tidak hairanlah tidak begitu banyak foto OOTD yang dimuat naik ke media sosial seperti tradisi tahun -tahun sebelum ini.
Ads
Tekoma yang berasal dari kepulauan Carribean dan Amerika Selatan merupakan sejenis spesis yang berbunga lebat pada musim panas dan kemarau. Sekiranya di Jeju Korea Selatan, fenomena bunga Cammelia mekar muncul semasa musim sejuk, di negara Khatulistiwa pula, ia terjadi kepada bunga Tekoma pada musim panas.
Ads
Lalu, setelah melihat fenomena bunga Tekoma yang menarik perhatian pelancong pada setiap tahun ke Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar sebelum ini telah menanam kira-kira 1000 pohon Tekoma di sepanjang jalan bagi mencantikkan lagi pemandangan di sana. Ala-ala musim luruh, gitu.
Ads
Sayang sekali pada tahun ini, ia tidak mekar seperti yang diharapkan. Mungkin sekali, ia disebabkan oleh faktor cuaca ataupun faktor usia pohon Tekoma tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Platform popular, TikTok akan mengacarakan TikTok Awards yang julung kali dianjurkan di Malaysia pada 27 Ogos 2023, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Bakal menjadi acara tahunan untuk menghimpunkan yang terbaik dalam arena penciptaan konten, TikTok Awards meraikan dan memberi penghargaan kepada pencipta tempatan berbakat yang berani mencabar batasan kreatif, menjadi sumber inspirasi kepada komuniti, dan mencorak industri penciptaan kandungan.
Justeru, majlis anugerah yang bakal berlangsung pada bulan kebangsaan juga tampak bersesuaian bagi meraikan bakat-bakat tempatan berserta konten mereka yang merangkap nadi Malaysia untuk dinikmati oleh para penonton di serata dunia.
“Kami teruja untuk membawakan TikTok Awards kepada warga Malaysia! Temasya yang berprestij ini akan meraikan pencapaian dan usaha luar biasa yang dipamerkan oleh warga pencipta kita, yang merupakan tulang belakang platform ini.
“Sebagai acara yang terulung buat golongan pencipta pada tahun ini, kami berbesar hati untuk menerima penglibatan jenama-jenama di dalam dan di luar talian kerana ia juga dapat membantu anugerah ini menjadi batu loncatan untuk para pencipta mendapatkan banyak lagi pendedahan, yakni melalui kerjasama dengan jenama-jenama yang terkemuka.
“Tema ‘Yang Gah di Skrin Kecil’ mendemonstrasikan potensi membatasi sempadan untuk warga pencipta kita menggandakan dan mempersembahkan kejayaan mereka di atas pentas besar, seperti yang bakal kita saksikan pada 27 Ogos ini!” ujar Yin Yin Hooi, Ketua Pemasaran dan Operasi, TikTok Malaysia.
Untuk info, anugerah tersebut akan dibahagikan kepada Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice).
Bagi Pilihan Juri, para calon dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan keputusan akan dibuat oleh sebuah panel eksekutif yang membariskan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof; artis prolifik, Hael Husaini; serta Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.
Para calon dalam enam kategori (Kecantikan & Fesyen, Pendidikan, Hiburan, Sukan, Permainan, dan Makanan) telah diumumkan di sidang akhbar TikTok Awards yang diadakan sebelum ini.
Untuk Pilihan Popular pula, TikTok akan membuka undian untuk orang awam, dan para peminat boleh menunjukkan sokongan mereka dengan mengundi pencipta kegemaran mereka. Undian umum bagi tujuh kategori (Creator of the Year, Rising Star of the Year, Popular Creator of the Year, Popular Animation Account of the Year, Celebrity of the Year, Live Creator of the Year and TikTok Shop Creator of the Year) bermula dari 15 Ogos, 10 malam hingga 26 Ogos 2023, 11.59 malam, selain undian boleh dibuat di https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/.
Tidak lengkaplah sebuah majlis anugerah tanpa aspek fesyen yang bakal menyerikan lagi acara ini. Dengan itu, TikTok juga akan menyampaikan Anugerah Busana Terbaik (Best Dressed Awards) kepada peserta yang mendapat markah tertinggi dari sudut gaya dan originaliti. Setelah disenarai pendek oleh panel juri, orang awam berpeluang untuk memilih peserta dengan busana terbaik bagi malam tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kumpulan pop wanita terkenal Malaysia, DOLLA hari ini telah mengumumkan pengunduran Syasya sebagai salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut.
Syasya, atau nama sebenar Noor Syasya Afiqah Shahrizal dikatakan mengundurkan diri atas faktor peribadi. Berita tersebut telah diumumkan menerusi Instagram rasmi kumpulan berkenaan.
“Kami sedar yang ketiadaan Syasya baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan anda semua. Dengan berat hati kami ingin mengumumkan yang Syasya telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri atas sebab peribadi,” kongsi penyataan tersebut.
Walaupun telah mengundurkan diri ahli kumpulan DOLLA yang lain menegaskan bahawa hubungan mereka bersama Syasya tetap utuh.
“Hubungan kami berempat sangat erat. Kami masih menganggap Syasya sebagai adik kami dan kami akan terus memberi sokongan kepadaya,” ujar mereka lagi.
Selain Syasya, DOLLA yang ditubuhkan pada tahun 2019 turut diangotai oleh Sabronzo, Tabby dan Angel. Kumpulan ini mengecap populariti apabila lagu mereka seperti Watch Me Glow, Bad dan Raya Raya Raya menjadi siulan ramai.
Selain berkemampuan menyanyi, mereka turut menampilkan showmanship yang baik menerusi tarian bertenaga sebagai sebuah girl group.
Biarpun tanpa kehadiran Syasya selepas ini, DOLLA akan terus maju kehadapan dan memberikan yang terbaik kepada peminat muzik mereka.
“Kami tetap akan memberikan komitmen yang penuh untuk teruskan perjalanan DOLLA dan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada peminat dan dan rakan media yang menyokong DOLLA selama ini,” kongsi kumpulan itu menerusi penyataan rasmi.
Sepanjang hampir lima tahun kerjaya DOLLA dalam dunia seni. Kumpulan ini telah berjaya memenangi beberapa anugerah antaranya seperti Artis Baharu Wanita Popular dan Kumpulan/Duo Popular di Anugerah Bintang Popular ke-34 dan 36.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas beberapa hari mendapat kecaman di media sosial, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mengambil tindakan dengan membatalkan kontraknya dengan beberapa jenama antarabangsa pro-Israel.
Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin (31) berkata, dia mengambil keputusan itu selepas dinasihatkan oleh orang ramai sejak kebelakangan ini dan ini semua berlaku atas kerelaan dirinya sendiri.
Kredit: Instagram Daiyan Trisha
“Saya nak maklumkan yang saya dah tamatkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya bekerjasama sebelum ini”
“Terima kasih atas teguran. Teruskan perjuangan anda untuk Palestin” – Daiyan
Pelantun lagu Penat ini juga menerima segala teguran dan memandang serius mengenai isu yang berlaku di Gaza.
Kredit: Instagram Daiyan Trisha
Sementara itu, Daiyan enggan mengulas mengenai jumlah kerugian dan penalti yang dikenakan susulan bertindak menamatkan kontrak.
Katanya, perkara itu tidak dapat didedahkan kerana ia melibatkan beberapa jenama berbeza.
Sebelum ini, Daiyan tampil membersihkan namanya selepas didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama pro-Israel. Dia turut menjelaskan bahawa tidak pernah melupakan nasib menimpa saudara Islam di Palestin dan mempunyai cara tersendiri dalam membela nasib mereka.
Daiyan juga berkongsi beberapa tangkap layar resit sumbangan bantuan yang dibuat dan jumlah keseluruhan sumbangan tersebut mencecah RM100,000.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jurusolek terkenal tanah air, Syedewa, yang bertanggungjawab menata rias wajah pempengaruh Dewi pada majlis pernikahannya dengan suami, Jofliam, yang berlangsung Sabtu lalu, baru-baru ini...