Hantaran tular oleh Majalah Remaja berkaitan solekan 16 orang finalis pencarian Dewi Remaja 2022 pada minggu lalu di media sosial bertukar tular disebabkan banjiran komen warga maya yang rata-rata menabur persepsi negatif terhadap foto yang dimuat naik.
Lantas, perdebatan sesama warga maya itu telahpun sampai ke pengetahuan beberapa orang personaliti tempatan termasuklah pemenang tempat kelima pencarian Dewi Remaja 2019, Shatirah Amanda.
Sebagai seseorang yang pernah menempatkan diri dalam Dewi Remaja dan melalui pengalaman menjadi ‘bahan’ kecaman oleh masyarakat di Malaysia pada tahun 2019 (pada ketika itu, isu pemilihan pakaian sewaktu cabaran photoshoot
bertukar tular), Amanda merasakan skrip yang sama masih diulang pakai oleh warga maya apabila menyentuh tentang soal kecantikan peserta Dewi Remaja.“Saya tidak suka apabila terjadinya hal seperti ini. Di sini saya ingin memberi sokongan to all my girls di luar sana.
“Kecantikan itu berbeza-beza, unik dan bersifat individual. Kecantikan boleh ditakrif dari segi personaliti dan perangai. Keyakinan pada diri seseorang itu adalah satu bentuk kecantikan terbesar bagi saya.
“Runtuhkanlah stereotaip mengenai kecantikan seorang perempuan. Tak bermaksud yang cantik itu hanyalah yang berkulit putih, bermata besar, berhidung mancung then baru cantik,” tegasnya yang baru saja menamatkan penggambaran filem Mar Rak di Kelantan.
Tambahnya, kecantikan luaran juga tidak mendefinisikan seseorang. Oleh itu, jadilah diri sendiri dan jadilah versi diri kamu yang cantik.
“Kita sudah menghampiri tahun 2023 pun. Hentikanlah perbuatan menyebarkan kebencian dan negativiti sesama kita,” simpulnya.
Selain Amanda, penyanyi rap serta usahawan, Caprice
juga terpanggil untuk memberi pandangan tentang isu face shaming ini.ARTIKEL BERKAITAN : “Kecam Sebab Balik Rumah Kena Jumpa Jennifer Londeh..” Caprice Komen Isu Kecantikan Dewi Remaja 2022 – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.