Serangan bertubi-tubi oleh rejim zionis Israel ke atas masyarakat tidak bersalah di bumi Palestin kian mendapat kecaman daripada penduduk dunia.
Serangan yang bermatlamat menimbulkan rasa gentar dan rakus inginkan darah rakyat Palestin menitis di tanah air mereka sendiri nyata telah menaikkan amarah orang ramai.
Semakin bertambah jumlah protes demonstrasi jalanan yang dilangsungkan di sebilangan besar negara bukan kalangan majoriti penduduk Islam.
Situasi ini jelas membuktikan bahawa rasa amarah orang ramai kini sudahpun melangkaui faktor berjuang demi agama semata-mata. Ia dilakukan atas dasar kemanusiaan dan prihatin terhadap nasib yang terpaksa ditanggung oleh warga Palestin.
ARTIKEL BERKAITAN : Manis Keamanan Palestin Hanya Bertahan Beberapa Jam, Israel Laku Khianat – REMAJA
Sejak minggu lalu, protes penunjuk perasan semakin besar skalanya. Salah satu yang mencuri tumpuan adalah Perhimpunan Keamanan Palestin atau ‘Palestin Peace March’ sepanjang minggu lalu.
Bertempat di London, salah seorang insan yang telah turun padang bagi menghulurkan sokongan penuhnya ialah koresponden TV3 di United Kingdom, Haliza Hashim-Doyle.
Acara berpermit anjuran Palestine Solidarity United Kingdom itu telah dilangsungkan pada 15 dan 22 Mei. Begitupun, beliau yang menyertai pada 22 Mei tidak menyangka skala cukup luar biasa telah berjaya dikumpulkan dalam suasana aman.
Seramai 150,000 orang dan 200,000 lagi orang telah berkumpul pada dua hari tersebut; manakala selebihnya lebih banyak protes berskala kecil dilangsungkan di bandar-bandar lain di seluruh UK.
“Sebagai seorang wartawan, saya selalu membaca, menulis dan mengikut perkembangan terkini isu yang tercetus di antara Palestin dan Israel. Insiden terbaru pada bulan ini amatlah mengecewakan ramai pihak. Serangan berlanjutan dari bulan Ramadan hinggalah sewaktu umat Islam menyambut kehadiran Syawal.
“Kita menyaksikan imej serta video yang sukar sekali kita lupakan berlaku di Gaza dan di sekitar Al-Aqsa. Situasi ini terlalu membebankan terutamanya buat kanak-kanak tidak berdosa yang kehlangan nyawa serta tempat tinggal.
“Sekurang-kurangnya, apa yang boleh saya lakukan adalah menyertai protes keamanan ini untuk menyebarkan kesedaran menerusi media sosial.”
“Di samping itu, kami juga membantu mengumpul dana buat warga Palestin serta menitipkan doa demi kesejahteraan mereka,” ulasnya yang ditemani oleh sahabat dari Malaysia, Iran dan warga Inggeris pada hari tersebut.
Gema ‘Free Free Palestine’
Kongsi Haliza lagi, persekitaran yang bergema dengan pelbagai jenis laungan telah memberikan pengalaman baharu buatnya. “Antara yang dilaungkan adalah seperti ‘Free Free Palestine’, ‘Stop Israel Occupation’ dan ‘Shame On You’ sewaktu kami melintasi pejabat rasmi Perdana Menteri UK di No. 10 Downing Street.
“Sudah tentu, kami juga melaungkan takbir bagi membangkitkan semangat masyarakat Muslim yang turut serta.”
View this post on Instagram
Dalam pada itu, penulis sempat bertanyakan kepada Haliza mengenai pengambilan dos vaksin di sana. Katanya, proses vaksinasi berjalan lancar dan beliau sendiripun telah memperolehinya kedua-dua dos vaksin AstraZeneca. Malah sahabatnya semasa protes tempoh hari telah juga sekurang-kurangnya memperolehi dos vaksin pertama mereka.
“Alhamdulillah, kesan sampingan yang saya lalui adalah minimal. Hanya terasa sakit kepala untuk seketika selepas dos pertama, namun dos kedua tidak mendatangkan apa-apa kesan. InsyaAllah, dengan pemakaian pelitup muka sepanjang perhimpunan empat ke lima jam itu, kami telah mengambil langkah berjaga-jaga,” jelasnya.
*
Biarpun tidak berjumpa dan berkumpul sebagai sebuah grup berskala besar, Haliza masih dapat mengikuti pergerakan mereka menerusi hantaran di media sosial.
Satu inisiatif yang diambil oleh MERCY Malaysia UK adalah melancarkan dana keamanan Palestin sewaktu jamuan sambutan Hari Raya MERCY di sana, baru-baru ini.
Kami harapkan agar Haliza dan warga Malaysia di UK kekal sejahtera menemui peperangan kita menentang COVID-19. Dan mana tahu sekiranya rakyat di Malaysia juga rata-rata telah menerima dos vaksin mereka, kita juga boleh berhimpun satu masa nanti untuk menzahirkan sokongan terhadap saudara di Palestin.
BACA LAGI : Bangladesh Hapus Perkataan ‘Except Israel’ Di Pasport – REMAJA