Masalah rambut gugur sangat membimbangkan bukan saja kaum perempuan, malah lelaki juga selalu berhadapan dengan situasi ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Petua Kurangkan Rambut Gugur, Rupanya Hanya Guna Buah Ini
Setiap individu mempunyai cara dan produk yang berbeza untuk kesesuaian kulit kepala mereka, jadi apa yang boleh kami bantu adalah dengan berkongsi beberapa ‘tips & tricks’ untuk anda ikuti. Moga bermanfaat!
Makan Protein Tambahan
Anda mungkin tidak mendapat kandungan protein yang mencukupi setiap hari dan itu boleh menjejaskan pertumbuhan rambut anda. Terutama jika anda seorang vegan atau vegetarian
, anda mungkin perlu meningkatkan jumlah protein yang anda makan.Bagi mereka yang tidak tahu, protein sangat penting bagi pertumbuhan rambut. Folikel rambut kebanyakannya diperbuat daripada protein yang dipanggil keratin. Jadi ianya amat penting bagi anda capai keperluan protein harian setiap hari.
Antara makanan yang kaya dengan kandungan protein ialah telur, kacang, ikan, produk tenusu rendah lemak dan ayam. Jika anda kekal konsisten, mungkin bulan depan rambut anda semakin tebal umpama model iklan syampu! Cewahhh…..
Jangan Ikat Rambut Terlalu Ketat
Bagi mereka yang mempunyai rambut panjang, elakkan gaya rambut seperti ekor kuda atau tocang rambut yang terlalu ketat kerana ianya boleh menjejaskan pertumbuhan rambut anda.
Mungkin setelah seharian mengikat rambut, anda boleh biarkan ia terurai buat seketika. Bagi rambut korang ‘bernafas’ buat seketika. Mana tahu dengan cara ini juga, masalah pening kepala yang sering menganggu kehidupan harian korang juga akan hilang?
Guna Produk Penjagaan Rambut Yang Betul
Mungkin bagi sesetengah individu, apa-apa jenis syampu sama sahaja di matanya. Asalkan rambut dicuci! Namun korang tahu tak…ada produk penjagaan rambut di luar sana yang mengandungi bahan berbahaya seperti silikon dan SLS.
Jadi pastikan anda teliti terlebih dahulu kandungan bahan yang digunakan dalam mana-mana syampu atau perapi rambut (conditioner) sebelum membelinya. Better be safe than sorry!
Kalau korang nak tahu, Jennyhouse merupakan sebuah salon yang sangat popular di Korea Selatan yang dikunjungi oleh ramai selebriti Korea. Pada masa ini, Son Ye Jin, pelakon terkenal di sana merupakan duta produk penjagaan rambut yang dikeluarkan oleh salon tersebut.
Usah khawatir kerana semua produk rambut Jenny House bebas daripada sebarang bahan berbahaya seperti silikon, SLS, Triclosan, minyak mineral, paraben dan pewangi tiruan agar kulit kepala anda kekal sihat dan lebat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Sasa, Pixel