
Hanya tinggal satu episod sahaja lagi, The King: Eternal Monarch bakal melabuhkan tirainya. Jika sebelumnya drama Korea ini mendapat rating yang boleh dikatakan agak rendah, namun sedikit peningkatan dapat dilihat ketika drama ini hampir ke pengakhirannya.
Pada 6 Jun lalu, episod terbaru dari drama romantik fantasi itu menyaksikan peningkatan jumlah penonton daripada siaran sebelumnya. Menurut Nielsen Korea, The King: Eternal Monarch memperoleh skor purata di seluruh negara sebanyak 5.9 peratus dan 8.1 peratus untuk dua episodnya.
Sementara itu, drama TV Chosun, King Maker: The Change of Destiny terus menarik minat penonton, mengekalkan trend peningkatan dan mencapai penilaian rating tertinggi setakat ini. Drama Korea ini mendapat penilaian purata sebanyak 4.6 peratus untuk episod terbaru, sekaligus mencatatkan rekod peribadi drama tersebut.
Sumber: Soompi
Bintang Pop Kris Wu Ditangkap Di China Atas Tuduhan Rogol

Bekas ahli kumpulan K-pop EXO, Kris Wu dilaporkan telah ditahan di Beijing, China semalam kerana disyaki melakukan pemerkosaan membabitkan beberapa mangsa wanita.
Mahkamah China secara rasmi telah bersetuju dengan penangkapan bintang pop popular itu atas tuduhan permerkosaan. Berita penangkapan Kris ini serta-merta menjadi topik paling diperkatakan di laman Weibo China sehingga menerima 1.6 bilion ‘status’ berkaitan dengannya oleh warganet China.
Kris Wu terlebih dahulu pernah ditahan pada 31 Julai 2021 akibat tuduhan sama. Selebriti berusia 30 tahun ini dituduh melakukan penderaan seksual kepada seorang remaja bernama Du Meizhu yang berusia 19 tahun. Ketika berusia 17 tahun, Meizhu yang merupakan seorang pelajar jurusan Komunikasi di University of China, Beijing dibiarkan mabuk dan kemudiannya diperkosa di rumah Kris walaupun niat asal gadis itu ke sana adalah untuk menghadiri uji bakat.
Pelajar itu turut menyatakan bahawa masih ramai lagi gadis telah menjadi mangsa Kris selain dirinya termasuk gadis bawah umur. Biarpun Kris menafikan tuduhan itu, beberapa jenama terkenal telah menamatkan kontrak bersamanya.
BACA: Padah Dituduh Pemangsa Seksual, Jenama Produk Tamat Kontrak Dengan Kris Wu

Semasa siasatan dijalankan, beberapa individu lain muncul dan mengaku pernah menjadi mangsa penderaan seksual melibatkan Kris.
Pada 11 Ogos 2021, The China Press melaporkan seorang wanita Cina yang tinggal di Los Angeles bertemu pihak peguam untuk meminta sokongan undang-undang dan mengaku pernah didera secara seksual oleh Kris beberapa tahun lalu.
Difahamkan, mangsa ketika itu masih belum berusia 18 tahun dan bertemu Kris ketika menghadiri perjumpaan peminatnya di Los Angeles. Gadis itu bertukar ID WeChat dengan Kris dan didakwa didera secara seksual pada pertemuan kali kedua mereka.

Jika disabitkan bersalah, sudah tentu ia bakal ‘menggelapkan’ masa depan kerjaya Kris setelah sekian lama penat dibinanya. Dengan bakat dan rupa yang ada, selebriti ini nampaknya cuba untuk menghancurkan kariernya sendiri.
Untuk pengetahuan, Kris membuat penampilan sulung bersama EXO pada tahun 2012. Namun dia meninggalkan kumpulan itu pada 2014 kerana berhadapan masalah melibatkan kontraknya dengan syarikat label EXO, SM Entertainment. Setelah mendapat persetujuan mahkamah, SM Entertainment dan Kris Wu mencapai penyelesaian di mana kontraknya dengan SM Entertainment masih lagi sah sehingga tahun 2022.
Selepas meninggalkan EXO, Kris mencipta nama kemunculan sebagai penyanyi, pelakon, model dan penerbit di China. Pengaruh yang dimiliki bukanlah calang-calang sehinggakan banyak jenama terkenal ingin menjadikannya sebagai duta mereka.
Ini merupakan kes jenayah kedua melibatkan selebriti K-pop yang menjadi perhatian pada bulan ini selepas kes bekas ahli Big Bang, Seungri.
ARTIKEL BERKAITAN : Seungri Terima Hukuman Penjara Selama 3 Tahun – REMAJA
Sumber: (1)
GOT7 Sah Keluar JYP Entertainment, Ini Komen Ahlinya

Selepas kuat desas-desus yang mengatakan grup K-pop GOT7 tidak lagi sebulu dengan syarikat label mereka JYP Entertainment sejak minggu lalu, hari ini label tersebut mengumumkan bahawa berita tersebut sememangnya benar dan telah mengesahkan grup tersebut akan meninggalkan agensi mereka.
Berita tersebut hadir beberapa hari selepas salah seorang ahlinya, Yugyeom dikhabarkan sedang bersiap sedia untuk menandatangan kontrak eksklusif bersama label hip hop di Korea, AOMG.
Semalam, portal gosip hiburan Korea Selatan popular, Dispatch telah melaporkan bahawa tujuh orang ahli GOT7 tidak akan memperbaharui kontrak mereka bersama JYP Entertainment. Malah single terbaru mereka berjudul Last Piece pada akhir November lalu juga memberikan gambaran bahawa mereka akan berpisah.

Berikut merupakan kenyataan rasmi penuh oleh pihak label.
“Hello. Ini ialah JYP Entertainment.
JYP telah mengadakan sesi perbincangan mendalam bersama ahli GOT7 sebelum kontrak eksklusif mereka berakhir pada 19 Januari.
Hasilnya, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk tidak memperbaharui kontrak pada masa hadapan.
GOT7 merupakan sebuah grup idol antarabangsa yang telah melakukan sebaik mungkin untuk mewakili dunia hiburan K-pop sejak debut pada 16 Januari 2014.
Di sini, kami secara ikhlas ingin berterima kasih kepada GOT7 kerana menjadi sebahagian daripada perkembangan K-pop dan JYP, selain I GOT7 dan kesemya peminat mereka yang telah menjadi sumber motivasi kepada aktiviti GOT7 sejak awal.
Hubungan rasmi kami (JYP Entertainment) bersama mereka berakhir di sini, namun JYP akan terus memberikan sokongan kepada ahli GOT7 pada masa akan datang.”
*
Beberapa orang ahlinya seperti Mark, Yugyeom, JB, Bambam, Jinyoung, Youngjae dan Jackson telah mengambil peluang ini untuk memuat naik foto yang sama di akaun media sosial masing-masing.
Foto yang menampilkan wajah terbaru ketujuh-tujuh ahli itu disertakan dengan hashtag #GOT7FOREVER sekaligus menandakan bahawa persahabatan mereka tidak akan berakhir di sini.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 Selebriti Korea Yang Asalnya Memang Daripada Keluarga Kaya – REMAJA
Di Twitter, Mark telah memberikan lebih pencerahan terhadap situasi ini.
Katanya, “7 tahun yang lepas merupakan tahun-tahun terbaik dalam hidup saya. Ini bukanlah pengakhiran, bahkan ia merupakan permulaan baru kepada kami semua. Kami bertujuh akan terus membawakan versi terbaik kami sehingga ke penghujung. #GOT7FOREVER”
All the best GOT7!
Sumber: SOOMPI
Ini Nasihat Untuk Mulakan Perniagaan Bagi Graduan & Individu Yang Hilang Kerja Akibat Pandemik COVID-19

Situasi pandemik yang melanda dunia sekarang bukan hanya memberi impak kepada pekerja yang bakal atau pun telah kehilangan kerja, malah ia juga turut menjejaskan peluang pekerjaan kepada para graduan.
Hal ini mungkin mendatangkan kerisauan kepada individu dan graduan yang terkesan, namun ia bukanlah satu penamat untuk kehidupan kerana korang masih boleh memulakan perniagaan melalui tiga cara iaitu offline, online dan mengguna pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship dan menjadi ejen produk.
Perkara ini telah diulas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), Azharee Wahid kepada Astro Awani dengan mencadangkan individu yang terjejas kerana pandemik COVID-19 menggunakan apa sahaja yang ada terlebih dahulu bagi memastikan survival dalam berhadapan dengan situasi ini.
Azharee Wahid menegaskan bahawa korang boleh guna cara offline, modal kecil, ambil saja barang yang penting, yang digunakan seharian seperti makanan atau minuman yang disediakan sendiri di rumah. Ambil perkara yang mudah terlebih dahulu tanpa menggunakan modal yang besar.
Cara kedua, pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship atau ejen. Semua sistem ini sudah ada. Walaupun mungkin memerlukan modal sedikit, tapi ia tidak sebanyak (yang diperlukan jika) membuka kedai dan sebagainya.
Ketiga, korang boleh buat secara online. Jual apa sahaja barang yang ada di sekeliling kita, contohnya baju raya, barang dapur yang tidak dipakai, jual sahaja. Akan ada orang yang beli kerana walaupun kita menganggap barangan tersebut mungkin tidak bernilai, tapi mungkin tidak pada orang lain.
Paling penting, jangan takut untuk mengubah kehidupan korang kerana ini mungkin titik permulaan untuk korang mendapat kehidupan yang lebih baik. Siapa tahu, dengan meniaga sendiri boleh jadikan korang sebagai seorang usahawan berjaya satu hari nanti?
InsyaAllah. Sama-sama kita doakan agar indvidu yang terjejas akibat wabak pandemik ini dimurahkan rezeki.
Sumber: Astro Awani