Muzik

Hampir RM62,000 Melayang, Peminat Kecewa Acara ‘Fan Meet’ Speculum X Jeonghan & The8 Seventeen Hanya Berlangsung Selama 9 Minit!

Share

Baru-baru ini, jenama aksesori Speculum telah mendapat kritikan oleh peminat dari kumpulan K-Pop terkenal, Seventeen apabila acara ‘fan meeting’ bersama model jenama tersebut iaitu Jeonghan dan The8 tidak seperti yang diharapkan.

Difahamkan jenama Speculum telah mengadakan acara beramah mesra tersebut secara terbuka untuk 50 pelanggan bertuah yang bakal bertemu dengan dua anggota Seventeen itu. Namun, menurut peminat ianya tidak dilaksanakan dengan baik dan Speculum juga telah menghindari segala keluhan atau maklum balas yang diberikan oleh mereka.

Sebelumnya, dilaporkan bahawa bagi pelanggan atau peminat yang membeli barangan dari jenama tersebut dari 9-10 September 2024 akan berpeluang memenangi hadiah menarik. Salah seorang dari pemenang menyatakan dia telah menghabiskan lebih kurang 63 juta Korea Won (RM 62,415) kerana dengan pembelian lebih banyak, lebih tinggi peluang untuk menang.

Walau bagaimanapun, semasa acara tersebut berlangsung, kebanyakan dari pemenang meluahkan rasa kesal kerana waktu untuk mengambil gambar bersama kedua idola K-Pop itu kurang memuaskan ditambah pemandangan kabur.

Selain itu, video khas yang sepatutnya ditayangkan istimewa untuk para pemenang juga tidak ditayangkan serta kedua artis tersebut hanya tampil selama 9 minit sahaja.

Dalam pada itu, meskipun acara tersebut seharusnya disertai oleh 50 pemenang sahaja. Speculum juga diduga telah menambah pelanggan dari China ke dalam senarai pemenang, bahkan mengundang para pempengaruh yang menerima lebih banyak waktu daripada para pemenang.

Susulan itu, menurut peminat (Carat), Speculum sebelum ini mengakui kekurangan profesionalisme mereka dalam mengendalikan acara tersebut dan berjanji untuk menebus semula kekurangan itu kepada ganjaran lain tetapi sehingga kini jenama berkenaan masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenainya kepada pemenang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE