Hampir ‘Terpesong Imej’ – Model Hijabi, Halima Aden Nekad Tinggalkan Fesyen Demi Islam?

Share

 

Benar, tidak semuanya indah dalam dunia modelling baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Model antarabangsa popular dari Amerika Syarikat dengan imej berhijab iaitu Halima Aden semalam menceritakan dengan penuh lanjut mengenai ‘struggle’ yang dihadapi olehnya sebagai seorang model dan insan yang beragama Islam sepanjang berada dalam industri ini dari sejak tahun 2017.

Sebelum bergelar seorang model, Halima terlebih dahulu mencuri perhatian penduduk di Amerika Syarikat setelah menjadi peserta pertama dalam mana-mana pertandingan ratu cantik di sana yang menyarungkan hijab dan burkini.

Perhatian yang diperolehi semasa bertanding untuk Miss Minnesota USA 2016 itu telahpun membuka mata pemerhati fesyen. Lalu pada tahun berikutnya, Halima telah dilamar oleh agensi peragaan terkenal, IMG Models (yang mewakili model-model terkenal dunia seperti Chrissy Teigen, Gemma Ward, Alek Wek, Lara Stone, Bella Hadid, Gigi Hadid dan ramai lagi) untuk kontrak selama 3 tahun.

Dari situ, Halima telah memperolehi pelbagai peluang yang diimpi-impikan oleh ramai remaja perempuan di luar sana. Dia terpilih untuk menjadi model berhijab PERTAMA untuk menghiasi cover majalah Vogue Arabia, Allure, Teen Vogue dan British Vogue. Halima juga sering terpilih sebagai model runway di Minggu Feseyn Milan, London, New York dan Paris.

Ibaratnya, gadis berdarah Somali ini cukup bertuah untuk menjadi salah seorang model antarabangsa yang ‘mudah naik’ walaupun hanya berketinggian 166sm, all thanks to her image as a hijabi.

 

Semakin Lama, Hijab Semakin Diabaikan

Bagaimanapun, di sebalik kegemilangan yang dicatatkan oleh Halima dalam dunia modelling

, dia jelas tidak senang hati memikirkan tentang imej hijab yang disarungkan olehnya dan bagaimana cara dia digambarkan dalam kebanyakan kempen photoshoot untuk jenama terkenal serta paparan majalah fesyen.

Semalam, Halima terbuka hati untuk menceritakan dari sudut pandangannya mengenai kesilapan mengabaikan ajaran agama Islam yang telah dia lakukan demi fesyen.

 

Sumber Foto: Instagram Story @halima.
Sumber Foto: Instagram Story @halima.
Sumber Foto: Instagram Story @halima.

 

Niat awal Halima untuk menyarungkan hijab semakin lama semakin kelabu tatkala dia sibuk dengan agendanya untuk mewakili gadis-gadis berhijab di seluruh dunia dalam dunia moden.

Apa saja pakaian yang dihulurkan kepada Halima akan disarungkan demi sebuah ‘peluang’. Dengan memuat naik gambar-gambar photoshoot yang pernah dilakukan olehnya, Halima kemudian memuatkan satu-persatu caption sama ada dia menggemari imej hijab yang diberikan oleh stylist tersebut ataupun tidak.

“Saya menyesal kerana berhenti membawa hijab berwarna hitam saya ke set (hijab yang selalu dipakainya). Kerana sebaik saja saya selesa (dengan kehendak stylist), senang cerita saya lupa diri.

 

Sumber Foto: Instagram Story @halima.
Sumber Foto: Instagram Story @halima.

 

“Saya hanya boleh menyalahkan diri saya kerana lebih mementingkan ‘peluang’ berbanding apa yang harus saya korbankan. Saya salahkan diri sendiri kerana menjadi naif dan memberontak. Satu perkara yang saya salahkan industri ini adalah kekurangan stylist untuk wanita Muslim.”

Halima turut mengingati semula pengalaman menangis bersendirian selepas menamatkan sebuah photoshoot kerana ‘deep down’ dia tahu dia sedang mengorbankan imejnya sebagai seorang gadis berhijab tetapi terlalu takut untuk berkata-kata.

Halima kerap berkata kepada diri sendiri, “Ini adalah sesuatu yang seseorang harus hadapi apabila menjadi orang PERTAMA yang melakukannya.” – merujuk kepada dirinya sebagai seorang model hijabi antarabangsa pertama.

 

Sumber Foto: Instagram Story @halima.
Sumber Foto: Instagram Story @halima.
Sumber Foto: Instagram Story @halima.

 

Halima tidak menidakkan bahawa kadangkala dia sendiri yang menata gaya hijab dan pakaian sendiri dengan cara yang ‘lari’ daripada ajaran Islam.

“Ramai gadis Muslim akan menghantar saya DM dan tag saya secara terbuka pada permulaan karier saya. Kata mereka, ‘berhentilah berpakaian seperti wanita tua, ‘jadilah lebih daring’ dan ‘tunjukkan pada dunia rupa seorang model Hijabi’… ia membuatkan saya terasa seperti saya perlu menjadi seorang ‘hot hijabi’. A hot mess is what it was truthfully.”

 

Beberapa Perkongsian Halima Mengenai Fesyen Hijab Yang Tidak Mencerminkan Imejnya. Kadangkala Dia Juga Tidak Menyarungkan Hijab Langsung. Sebaliknya Dia Memakai Seluar Denim Dan Baju Hoodie Untuk Menggelar Dirinya Model Hijabi.

 

Sumber Foto: Instagram Story @halima.
Sumber Foto: Instagram Story @halima.
Sumber Foto: Instagram Story @halima.
Sumber Foto: Instagram Story @halima.
Sumber Foto: Instagram Story @halima.

 

Halima mengakhiri muat naik panjang lebar di Instagram Story semalam dengan berkata industri fesyen kini masih belum memahami golongan hijabi dan dia sama sekali tidak ‘terburu-buru untuk kembali kepada industri tersebut’.

“Ibu saya pernah berkata, perbaikilah diri. Saya lebih baik dan dirahmati sebelum menjadi model fesyen. Mereka yang datang mencari saya. Apa yang perlu saya takutkan? Perbaiki kesilapan yang telah saya lakukan secara terbuka, dan saya tidak pernah merasa lebih bebas dan lega.”

 

Sumber Foto: Instagram Story @halima.
Sumber Foto: Instagram Story @halima.
Sumber Foto: Instagram Story @halima.

 

“Saya perlu melalui kesilapan-kesilapan itu untuk menjadi seorang role model yang boleh kamu percayai. Ingat, saya tidak mempunyai sesiapa (role model) sebelum saya menyertai industri fesyen. Jadi, kesilapan tersebut saya ambil sebagai pengalaman yang mengajar.”

Namun, bukan semua pengalaman yang dikutip oleh Halima dalam dunia fesyen itu negatif. Dalam salah satu posting terawal, Halima kongsikan foto kempen kecantikan Fenty Beauty oleh Rihanna sambil berkata;

“Ini adalah kempen fesyen pertama saya dan semuanya terjadi kerana Rihanna. Dia membenarkan saya memakai hijab yang saya bawa ke set penggambaran. Inilah gadis yang ingin saya jadi semula, HALIMA yang sebenar.”

 

Sumber Foto: Instagram Story @halima.
Sumber Foto: Instagram Story @halima.

 

Jadi, adakah Halima nekad untuk terus menghilangkan diri dari dunia fesyen?

Well, maybe yes and no.

 

Sumber Foto: Instagram Story @halima.
Sumber Foto: Instagram Story @halima.

 

Pada pandangan penulis, Halima telah menjadi seorang figura yang lebih daripada gelaran ‘model hijabi antarabangsa’ sepanjang 3 tahun ini. Dia pernah dilantik oleh UNICEF sebagai duta sejak tahun 2018 untuk membawa kesedaran kepada masyarakat AS mengenai kehidupan kanak-kanak yang memerlukan bantuan di seluruh dunia.

Malah pada bulan Mac tahun ini, dia telah bekerjasama dengan UNICEF untuk kempen #UcanLearn demi membantu kanak-kanak menyambung pelajaran mereka. Pada bulan Jun pula, Halima terpilih untuk bersama-sama hospital St. Cloud di negeri asalnya, Minnesota dan menyiapkan rekaan pelitup muka bagi frontliner yang memakai hijab.

Pengaruh Halima kepada generasi muda dan golongan berhijab terutamanya sudah terlalu besar untuk dia meninggalkannya begitu saja.

 

Sumber Foto: Instagram Story @halima.
Sumber Foto: Instagram Story @halima.
Sumber Foto: Instagram Story @halima.

 

Penulis percaya, kita akan melihat Halima Aden yang baru selepas ini. As an international model, and more.

10 Individu Muslim Yang Diiktiraf Dunia, Bukti Islam Tidak Sekat Kejayaan – REMAJA

Published by
FZ