Han Byul Buat Kejutan Juarai Big Stage 2019, Neeta Manisha Kedua

Share

 

Kedua-dua penyanyi ini sememangnya diramal merebut kejuaraan malam finale Big Stage 2019 yang berlangsung sebentar tadi.

 

Namun, penyanyi dari Korea Selatan, Han Byul membuktikan dia mempunyai x-factor dengan kedua-dua persembahan bertenaga pada malam ini sekaligus memenangi hati para juri dan undian peminat di rumah.

Han Byul mencabar diri dan membawakan lagu Lose Yourself nyanyian asal Eminem dan menyanyikan single baru ciptaan Haqiem Rusli bertajuk Luka & Bahagia.

Han Byul akhirnya Berjaya menjarakkan diri daripada pemenang tempat kedua, Neeta Manisha dengan kutipan 2 mata. Lantas, dia merangkul hadiah wang tunai RM100,000, sebuah kereta Perodua Axia Style, sebuah telefon pintar VIV0 V17 dan trofi sumbangan Astro.

Pertembungan sengat di antara Han Byul dan Neeta sudah dapat dijangka sejak 2 konsert lalu apabila mereka berdua semakin konsisten dengan persembahan masing-masing dan berada pada kelas tersendiri.

Neeta membawakan lagu nyanyian Whitney Houston, I Wanna Dance With Somebody sebagai pembuka malam finale dan single baru berjudul Ruang Mimpi. Tempat ketiga pula jatuh kepada Adzrin, diikuti oleh Irfan Haris (keempat) dan Dinda Permata (kelima).

Dalam ucapannya, Han Byul bersyukur dengan kemenangan tersebut dan menganggap pertandingan Big Stage 2019 sebagai momen yang sukar untuk dilupakan olehnya.

“Saya berterima kasih kepada kesemua peminat, kru, peserta, juri dan Malaysia kerana telah menerima kehadiran saya di sini,” katanya.

*

Malam finale Big Stage musim kedua ini telah diadili oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, Cakra Khan dan juri jemputan, Misha Omar.

Korang happy dengan result tersebut?

Jom tengok video highlights pesembahan dan kemenangan Han Byul di bawah.

Published by
FZ