
Single terbaru Nabil Razali bukan hanya berjaya menambat hati peminat, malah ramai selebriti turut membuat cover lagu tersebut dengan versi mereka sendiri.
Terbaru, selebriti kelahiran Korea, Hyan Byul turut menyanyikan lagu Peluang Kedua ini dan apa yang lebih istimewa adalah dia menukar bahagian korus lagu ini dalam versi Korea.
Pergh, memang feeling. Macam tengah tengok K-Drama pula. Hiks!
Ramai netizen memberikan pujian kepada Han Byul kerana dikatakan mampu menyampaikan lagu Peluang Kedua dengan baik dan penuh penghayatan.
Malah, ada juga yang meminta Han Byul menyanyikan lagu tersebut dalam versi penuh Korea.
Hm, confirm best kalau lagu ni dibuat dalam versi penuh Korea kan?
“Kafir Adalah Kata-Kata Yang Kasar, Saya Masih Amalkan Ajaran Islam” -Fathia Latiff

Pelakon sensasi, Fathia Latiff tampil menafikan dakwaan ramai bahawa dirinya tidak lagi mengamalkan ajaran Islam.
Pelakon naskhah hit Ariana Rose itu berkata, tuduhan dirinya kini sudah murtad yang dibuat warganet hanya berdasarkan video di TikTok adalah satu dakwaan yang tidak berasas.
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Sampai Aku Keluar Agama Sebab Korang…” -Fathia Latiff
“Saya masih mengamalkan ajaran Islam, tetapi mereka membuat andaian dari komen-komen di TikTok yang tidak benar dan tanpa berasas.
“Kafir adalah kata-kata yang kasar, bukan sahaja dalam kalangan Muslim tapi penganut agama lain,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.
Dalam pada itu, aktres berusia 37 tahun itu turut menegaskan semua perkongsiannya adalah cara menzahirkan luahan, bukan meminta ditafsirkan khalayak.
“Semua video TikTok saya adalah pandangan saya sendiri, cara saya mengekspresi diri dan netizen tidak pernah memberi kesan kepada kehidupan saya,” ujarnya.
Sebelum ini, Fathia di aplikasi berkenaan menzahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir warganet yang didakwa telah menyakitinya sehinggakan dia memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan menjadi asbab dirinya keluar agama Islam.
Menerusi hantaran tersebut, dia meluahkan rasa bengang apabila kerap menjadi bahan kutukan netizen sehingga menganggu keadaan mentalnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Fathia Latiff
Menangi Sepasang Tiket Percuma Ke Tayangan Perdana Filem YESTERDAY

Peraduan #WayangRemaja kini kembali lagi dan kali ini, kami nak berikan korang dua pass masuk percuma menonton tayangan perdana filem YESTERDAY pada 25 Jun nanti.
Mengisahkan tentang seorang penyanyi dan penulis lagu bernama Jack Malik menyimpan impian untuk menjadi terkenal. Namun, walaupun rakan baiknya sejak kecil, Ellie, terus menyokongnya, impiannya sering gagal.
Suatu hari, dunia berdepan satu insiden misteri kerana satu kemalangan bas. Apabila Jack sedar, dia mendapati tiada seorang pun mengenali The Beatles kecuali dirinya. Dengan bantuan Debra, ejen Amerikanya, dia mula menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu ibarat lagunya sendiri. Ini membuatkannya mula terkenal tetapi kini dia berdepan risiko kehilangan Ellie.
Filem yang dibintangi oleh Himesh Patel, Lily James, Kate McKinnon, Ed Sheeran, Ana de Armas, Lamorne Morris bakal ditayangkan diseluruh pawagam tanah air bermula 27 Jun 2019.
Lebih menarik lagi, penampilan Ed Sheeran dalam filem ini mampu memberikan impak dengan kemunculan artis popular tersebut.
Kalau korang nak jadi yang pertama menonton bersama Remaja, jawab saja soalan mudah yang kami sediakan dibawah.
Tayangan perdana Remaja x YESTERDAY
Tarikh: 25 Jun 2019
Masa: 9 malam
Lokasi: TGV Cinemas 1 Utama
Drama Terbaru Lakonan Jang Nara Paling Hit Akhir Tahun Ini? Dia Rasa..

Baru ditayangkan untuk satu episod bermula semalam di SBS, drama bersiri ‘VIP’ lakonan Jang Nara (My Love Pattzi) dan Lee Sang Soon (Life Is Beautiful) sudah diramalkan menjadi drama paling hit untuk akhir tahun 2019!
Drama VIP menceritakan mengenai sekumpulan pekerja di department store yang dikunjungi oleh golongan VIP. Ada di kalangan mereka yang walaupun berjaya dalam karier namun terpaksa berdepan dengan rumah tangga yang dalam kehancuran.
Di situlah watak Jang Nara berkembang. Sebagai timbalan ketua untuk bahagian VIP (dan hanya suri rumah biasa) dia terpaksa melayan klien yang banyak ragam.
Menurut rating, drama VIP disukai oleh para penonton apabila ia mengatasi beberapa rancangan di saluran lain pada slot masa sama.
Namun apa pula pendapat Jang Nara sendiri? Adakah dia merasakan drama VIP ini sebagai antara drama lakonannya yang terbaik?

“Na Jung Sun ialah karakter yang lain daripada lakonan saya sebelum ini. Dia telah lama berkahwin namun saya belum lagi. Jadi saya banyak bercakap dengan kawan-kawan yang telah berkahwin untuk betul-betul mendalami karakter.
“Lee Sang Yoon yang membawakan watak suami saya dalam drama ini juga memudahkan kami mendapat chemistry,” katanya menerusi temuramah eksklusif bersama media di Malaysia.
Menurut Jang Nara lagi, dia tidak boleh memberikan spoiler.
Tetapi menerusi 2 episod awal ini, penonton dapat melihat kehidupan sebenar dunia VIP, mengenai rahsia yang mereka simpan dan lindungi daripada pengetahuan umum.
Kami bertanyakan juga, siapakah VIP dalam hidup Jang Nara sendiri?
“Keluarga, saya akan lakukan apa saja yang boleh untuk mereka.”
Sweet kan!
Bagi peminat Jang Nara di Malaysia, dia berharap agar dapat bertemu dengan kita semua jika mempunyai peluang. Sementara itu, jom tonton drama VIP! Seriously, kami juga menyukainya kerana ia membuatkan penonton tak senang duduk.
Jangan lupa untuk menonton drama VIP di ONE HD (saluran Astro 393).
Bagi yang belum menonton, ini dia klip trailer drama VIP.