Nampaknya apa saja berita yang viral, cepat saja mendapat respon dari masyarakat. Ternyata masyarakat hari ini memang menyukai sesuatu yang berbeza.
Terkini, selepas mengumumkan berita pertunangan dengan Putera Harry, tempias glamor mula melingkari kehidupan Meghan Markle. Apa saja jenama yang tersalut di tubuhnya akan menjadi tumpuan.
Jika sebelum ini kot tersarung dibadannya diburu peminat, terbaru, tas tangan jenama Startberry dipegang pula menjadi sangat laku dan menjadi buruan biarpun harganya agak mahal USD667 bersamaan RM2722.
Beg berjenama yang berpengkalan di Edinburgh, England itu mula diburu peminatnya selepas gambar Meghan membawa beg tote itu semasa lawatannya ke Nottingham untuk menemami Putera Harry tersebar di media.
Tapi untuk mendapatkannya untuk meraikan Krismas ini, sudah tidak boleh berangan lagi kerana stoknya sudah habis terjual dan hanya akan dapat yang baru pada Januari tahun depan.
“Jualannya sangat mengagumkan kepada kami, ia benar-benar jualan terbaik,” kata seorang jurucakap Strathberry.
Beg Starthberry ini kelihatan elegan. Bahagian luar mempunyai pemegang emas dan lipatan sempurna.
Menurut majalah Elle UK, Strathberry adalah jenama premium yang boleh ditemui di pusat beli-belah terkemuka di seluruh dunia.