“Handle With Care..” FIZO OMAR Pesan Dan Doakan Urusan Kamal Adli

Share

 

Peminat dua selebriti popular, Kamal Adli dan Fizo Omar sejak awal pembabitan mereka dalam industri seni pasti tahu mengenai persahabatan yang terjalin di antara mereka sejak bergelar finalis pencarian Hero Remaja tahun 2007/2008.

Pada waktu itu, Kamal Adli telah menyandang gelaran juara manakala Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar memenangi tempat kedua.

Baru-baru ini setelah Kamal dan isterinya, Uqasha Senrose membuat pengumuman tergempar bagi menyatakan mereka sebenarnya telahpun mengikat tali perkahwinan sejak 5 November lalu dalam sebuah majlis tertutup, tentunya salah seorang insan paling gembira apabila mendapat tahu berita tersebut ialah Fizo Omar.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram-nya, Fizo menyampaikan ucapan istimewa buat pasangan pengantin baru itu yang sama cantik sama padan itu.

 

Memori Bersama

Mengimbas semula pengalamannya bersama Kamal sewaktu bersusah-payah membina nama dalam industri lakonan satu ketika dahulu, Fizo menyifatkan sahabatnya yang versatil itu sebagai seorang sahabat yang baik dan selalu ada dengannya sejak dahulu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN : Norman Hakim, Fizo Omar & Kamal Adli Throwback Zaman Hero Remaja – REMAJA

Ketika di awal pembabitan mereka, Fizo mengakui bukan mudah untuk terus berjaya dalam industri seni apatah lagi untuk dirinya yang berasal dari kampung.

Dengan bantuan Kamal, mereka berdua saling membantu baik dari segi berkongsi makanan, pakaian dan terus saling berhubung setelah sama-sama berjaya.

*

Tahniah sahabat!

So happy for you both, lovely birds. Pandai korang cover line ek Kamal Adli & Uqasha Senrose.

Tahun 2007 sama-sama Abe Joe (dan) Kamal masuk industri ini melalui platform Pencarian Hero Remaja. Aku ingat lagi masa tu dua-dua tengah struggle. Aku pula baru habis belajar UiTM and continue main bola. Kamal tengah belajar lagi.

Dulu kitaorng tak ada duit beb! Nak beli baju untuk photoshoot memang tak ada la. So mix and match la apa yang ada. Aku pakai baju kau and kau pakai seluar aku. Haa macam itu la lebih kurang!

Hari ni kau dah berjaya jadi one the best actor in Malaysia and dah jadi suami orang dah. Aku tahu your life journey memang tough bro. Sekarang kau dah dapat reward in your carieer and dapat ‘mak cik’ cantik tu wehh. So proud of you. You deserve it bro.

Kene pula ‘mak cik’ cantik kau sekampung dengan aku. Lepas ini mu keno balik kelate la wehh, balik Bukit Abal selising.

Aku tahu Uqasha tu manja dia lain macam tahap kucing parsi tau. Hahhahaha, so all the best to you bro.

Pesanan dari sahabat kau ni, 

HANDLE WITH CARE. ONCE BROKEN, KAU TIDUR LUAR!

*

Sebagai komen balas, Kamal sempat meninggalkan ucapan terima kasih kepada Fizo Omar yang selalu memahaminya. Dia juga berjanji akan menjadi suami yang baik untuk isteri tercinta dan sempat mendoakan agar sahabatnya itu terus bahagia di dunia dan akhirat.

Rata-rata warganet bangga dengan persahabatan dua pelakon ini.

Bromance goals!

Bukan hanya sama-sama sewaktu sudah berada di puncak, tetapi selalulah menghargai sahabat kita yang ada sewaktu kita masih di bawah.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana