Jika berhadapan dengan situasi handphone jatuh ke dalam air, apa reaksi pertama anda? Terkejut? Sedih? Nak menjerit?
Ya, tipulah kalau tak terjerit sikit kan. Handphone sekarang bukan harga RM200-300. Mau tak menjerit bila barang bernilai RM5k jatuh dalam lubang jamban.
Nak menangis pun tak guna, tapi apa patut anda buat bila mengalami situasi seperti ini?
1. Keluarkan handphone secepat mungkin
Pertama sekali, tenang dan jangan panik. Ambil semula handphone tersebut, cepat-cepat la bertindak.
2. Matikan handphone
Selepas itu, matikan handphone tersebut, jangan on semula kerana berkemungkinan akan ada lintar pintas.
3. Cabut bateri telefon
Perkara utama yang perlu dilakukan dengan segera adalah dengan mencabut bateri telefon bagi pengguna Android untuk membantu mengurangkan risiko kerosakan litar dalaman.
Ads
4. Keluarkan SIM kad
Lap SIM kad anda sehingga kering dan biarkan.
5. Cabut apa-apa peranti luaran seperti kad SD
Selain bateri, anda juga perlu menanggalkan sebarang casing phone atau komponen luaran handphone bagi membolehkan ia kering dengan lebih cepat.
6. Letakkan ke dalam vacuum bag
Cara ini dapat mengeringkan komponen dalaman handphone. Letakkan ke dalam vacuum bag dan sedut, untuk memberi kesan vacuum. Ia akan menghilangkan kelembapan yang ada.
Ads
7. Timbunkan ke dalam beras
Cara ini bukan mitos kerana ia benar-benar membantu. Timbunkan handphone ke dalam beras supaya ia dapat menyerap kelembapan dan air yang bertakung pada handphone akan diserap oleh beras tersebut.
Sebelum letak handphone, pastikan bateri dan dicabut. Timbunkan sekali bateri ke dalam beras. Cara ini mengambil masa antara 24 jam hingga 72 jam dan kemudian cuba untuk hidupkannya semula.
8. Guna silica gel
Silica gel selalunya terdapat dalam ubat untuk mengekalkan kekeringan. Tapi ia sukar untuk didapati. Sekiranya ada, anda boleh masukkan handphone ke dalam bekas yang mempunyai silica gel ini dan biarkan semalaman.
Ads
9. Jangan guna hair dryer
Jangan sesekali menggunakan hair dryer untuk mengeringkan handphone walaupun dalam mode paling slow. Ia hanya merosakkan lagi handphone anda kerana udara panas daripada alat tersebut tidak sesuai untuk mengeringkan barangan elektronik yang lain.
10. Check handphone selepas 24 jam
Pastikan ia telah kering dengan sempurna. Check semua bahagian handphone dan jika ia sudah dalam keadaan yang baik, pasangkan semula bateri telefon anda.
11. Cas handphone
Kalau handphone tersebut tidak dapat dihidupkan semula, cuba cas semula kerana mungkin bateri sudah habis.
12. Turn it on..
Selepas cas handphone, cuba on semula. Jika masih tidak berfungsi, pergilah ke kedai membaiki handphone.
Setidak-tidaknya kita dah berikhtiar beberapa cara untuk membaik pulih handphone tersebut kan? Jadi, jika handphone anda mengalami masalah seperti ini, jangan panik dan cubalah tip-tip yang kami kongsikan ini.
https://www.youtube.com/watch?v=sAo8k24hDFE
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas Singapura dan Thailand menjadi negara Asia Tenggara yang mempunyai cawangan Apple Store, khabarnya negara kita akhirnya akan menerima Apple Store seawal tahun 2022 nanti.
Menurut laporan daripada The Edge, besar kemungkinan ia akan dibuka di The Exchange, sebuah pusat membeli-belah yang terletak di tengah-tengah Tun Razak Exchange. Perbincangan antara pihak Apple dan The Exchange masih lagi dilakukan, namun keputusan muktamad belum lagi dibuat. Masih banyak perkara yang harus diteliti dan diperlukan sebelum Apple Store pertama dibuka di Malaysia.
The Exchange dilihat sebagai lokasi paling sesuai dengan perancangan Apple untuk menjalankan operasi yang benar-benar lestari dan mesra alam. Bangunan ini dibina untuk melepasi piawaian yang ditetapkan oleh Leadership in Energy and Environmental Design (LEED) dan Green Building Index (GBI) untuk memastikan ia benar-benar lestari.
Operasinya juga mensasarkan untuk sentiasa neutral karbon dengan segala sisa dikitar atau digunakan semula.
Setakat ini, tiga Apple Store yang ada di Asia Tenggara terletak di Orchard Road dan dua lagi di Thailand, Iconsiam dan Central World.
Pastinya pengikut setia Apple di Malaysia sudah tidak sabar dan teruja menantikan jawapan sama ada Apple Store benar-benar akan membuka cawangannya di negara kita atau tidak.
Sudah tidak dapat dinafikan lagi, aplikasi TikTok kini menjadi pilihan utama pengguna lebih-lebih lagi bagi golongan muda untuk melakukan carian di media sosial.
Ramai yang menggunakan TikTok untuk mencari lokasi atau restoran menarik untuk dikunjungi, malah gosip-gosip terkini juga lebih cepat tersebar menerusi laman TikTok betul tak?
Walaupun sudah menjadi antara platform media sosial popular dunia, TikTok tetap meneruskan usaha untuk meningkatkan jumlah pengikut mereka, malah TikTok turut memberi ganjaran kepada pengguna sedia ada yang berjaya menjemput kenalan mereka untuk mendaftar menggunakan akaun TikTok.
TikTok menawarkan sekitar RM55 ke RM65 untuk menjemput rakan baharu menyertai platform itu. Wah, berbaloi kan?
Untuk menebus ganjaran tersebut, individu yang dijemput itu perlulah meluangkan masa sekitar 30 minit setiap hari selama 10 hari. Dengan cara ini juga dapat menaikkan lagi engagement platform media sosial itu, sekali gus turut memberi ganjaran kepada pengguna yang berjaya menarik lebih ramai orang untuk menyertai TikTok.
Jika dahulu TikTok dianggap sebagai platform untuk ‘berjoget’, kini tidak lagi kerana pelbagai info menarik dan ilmu pengetahuan turut disebarkan menerusi laman media sosial itu.
Sebelum ini, TikTok secara rasmi telah memperkenalkan ciri baharu TikTok Shop di Malaysia yang membolehkan proses jual-beli terus dilakukan pada platform tersebut tanpa perlu meninggalkannya. TikTok kini sudah menjadi aplikasi ‘Shopertainment’, dimana pengguna boleh mengikuti kandungan dan membeli-belah terus di platform berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akibat sikap tidak endah, seorang remaja maut apabila terkena serangan elektrik di atas katilnya.
Seperti remaja sebayanya, Nong Ying, 17 yang berasal dari Thailand menghabiskan masa di atas katil bersama telefon pintarnya yang sedang dicas.
Namun, gara-gara dia degil mengecas dengan kabel USB yang telah rosak (frayed), kabel tersebut tersentuh bahagian kaki katil yang diperbuat daripada besi dan dia dikejutkan dengan serangan elektrik.
Nong Yin, 17.Wayar kabel yang dibalut dengan duct tape.
Ibu Nong dilaporkan pulang ke rumah dan mendapat anaknya itu sedang kejung terlantar di dalam biliknya.
Beliau cuba untuk mengejut Nong yang diingatkan sedang tidur tetapi beliau sendiri terkena kejutan elektrik setelah menyentuh tubuh Nong.
Si ibu serta-merta menutup suis kabel tetapi jelas, ia sudah terlambat dan Nong telah meninggal dunia.
Menurut laporan Ketua Polis Siasatan, Khanti Peansoongnerm pula, mereka mendapati tangan Nong terbakar akibat memegang telefonnya.
Keadaan telefon pintar Nong yang rosak selepas terkena serangan elektrik.
*
Familiar bukan kes ini?
Penulis sendiri selalu melihat rakan dan ahli keluarga sendiri membalut kabel USB mereka yang telah rosak dan tertanggal daripada ‘badannya’ semata-mata ingin berjimat.
Ingat, berjimat pun perlu kena dengan tempatnya.
Kalau sehingga boleh mengancam nyawa, it is not worth it guys. Lebih baik kita utamakan keselamatan dan membeli kabel USB yang baru.
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...