Jika berhadapan dengan situasi handphone jatuh ke dalam air, apa reaksi pertama anda? Terkejut? Sedih? Nak menjerit?
Ya, tipulah kalau tak terjerit sikit kan. Handphone sekarang bukan harga RM200-300. Mau tak menjerit bila barang bernilai RM5k jatuh dalam lubang jamban.
Nak menangis pun tak guna, tapi apa patut anda buat bila mengalami situasi seperti ini?
Pertama sekali, tenang dan jangan panik. Ambil semula handphone tersebut, cepat-cepat la bertindak.
Selepas itu, matikan handphone tersebut, jangan on semula kerana berkemungkinan akan ada lintar pintas.
Perkara utama yang perlu dilakukan dengan segera adalah dengan mencabut bateri telefon bagi pengguna Android untuk membantu mengurangkan risiko kerosakan litar dalaman.
Lap SIM kad anda sehingga kering dan biarkan.
Selain bateri, anda juga perlu menanggalkan sebarang casing phone atau komponen luaran handphone bagi membolehkan ia kering dengan lebih cepat.
Cara ini dapat mengeringkan komponen dalaman handphone. Letakkan ke dalam vacuum bag dan sedut, untuk memberi kesan vacuum. Ia akan menghilangkan kelembapan yang ada.
Cara ini bukan mitos kerana ia benar-benar membantu. Timbunkan handphone ke dalam beras supaya ia dapat menyerap kelembapan dan air yang bertakung pada handphone
akan diserap oleh beras tersebut.Sebelum letak handphone, pastikan bateri dan dicabut. Timbunkan sekali bateri ke dalam beras. Cara ini mengambil masa antara 24 jam hingga 72 jam dan kemudian cuba untuk hidupkannya semula.
Silica gel selalunya terdapat dalam ubat untuk mengekalkan kekeringan. Tapi ia sukar untuk didapati. Sekiranya ada, anda boleh masukkan handphone ke dalam bekas yang mempunyai silica gel ini dan biarkan semalaman.
Jangan sesekali menggunakan hair dryer untuk mengeringkan handphone walaupun dalam mode paling slow. Ia hanya merosakkan lagi handphone anda kerana udara panas daripada alat tersebut tidak sesuai untuk mengeringkan barangan elektronik yang lain.
Pastikan ia telah kering dengan sempurna. Check semua bahagian handphone dan jika ia sudah dalam keadaan yang baik, pasangkan semula bateri telefon anda.
Kalau handphone tersebut tidak dapat dihidupkan semula, cuba cas semula kerana mungkin bateri sudah habis.
Selepas cas handphone, cuba on semula. Jika masih tidak berfungsi, pergilah ke kedai membaiki handphone.
Setidak-tidaknya kita dah berikhtiar beberapa cara untuk membaik pulih handphone tersebut kan? Jadi, jika handphone anda mengalami masalah seperti ini, jangan panik dan cubalah tip-tip yang kami kongsikan ini.