Kepada semua pengundi muda, alert okay dengan larangan membawa handphone ke tempat pengundian terutamanya di petak tanda undi pada Pilihan Raya Umum ke-15, Sabtu depan (19 November 2022)!
ARTIKEL BERKAITAN : PRU15 Makin Dekat, Cara Mudah Semak Status Pendaftaran Sebagai Pengundi
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan peraturan terbaharu kepada semua pengundi yang diumumkan menerusi sebaran sebuah poster “Langkah Pengundian”
di Facebook rasminya.Melalui poster itu, jelas menunjukkan larangan membawa telefon bimbit dilukis pada langkah ke-6 di mana pengundi perlu menyerahkan telefon bimbit mereka sebelum menanda kertas undi di petak undi.
“Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit,” menurut poster itu.
Selesai memasukkan kertas undi ke dalam peti undi, pengundi boleh mengambil semula telefon bimbit daripada KTM itu tadi dan keluar meninggalkan ruangan tersebut. Ini bermakna pengundi tidak dibenarkan merakam gambar atau video dengan kertas undi yang diterima di ruangan tersebut.
Hal ini, selepas mengambil kira pendapat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan menyarankan SPR untuk mengenakan larangan itu bagi mengelak budaya rasuah.
Beliau mengingatkan SPR bahawa pengundi boleh menunjukkan gambar kertas undi yang dipangkahnya kepada parti politik untuk mendapat habuan.
Ooo, patutlah tak dibenarkan bawa handphone. Baru ingat nak OOTD depan petak mengundi.hehe
BACA LAGI : Throwback Tarikh-Tarikh Pilihan Raya Di Malaysia Sejak 1959 – REMAJA
Sumber : Facebook SPRM
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.