Pelbagai respon penonton dan peminat menaburi media sosial selepas berakhirnya finale Dewi Remaja 2018/2019
Ada yang menyokong, ada yang menyangkal. Lumrahlah adat bertanding, akan hanya ada seorang pemenang saja. Tetapi menariknya mengenai juara pada edisi kesepuluh Dewi Remaja ini iaitu Haneesya Hanee, dia telah bergelar seorang pelakon terlebih dahulu sebelum menyertai pencarian ini.
Lantas, ada kata-kata nakal yang mengatakan pendapat seperti, “Alah, dah jadi pelakon. Boleh agak dah menang.” Hhm, apa pendapat remaja berusia 18 tahun ini?
“Bila Hanee ambil keputusan untuk sertai pertandingan seperti ini, itu bermaksud Hanee berada pada satu tahap yang sama dengan semua peserta. Jadi, sama ada sudah berlakon atau tidak – itu Hanee tolak ke tepi.
“I chose to be zero from the beginning, just like the other 11 girls. Pengalaman yang ada tu, Hanee gunakan sebagai pengajaran. Tak bermakna Hanee sudah berlakon, Hanee lebih hebat atau ada kelebihan berbanding mereka.
Ads
“Satu perkara yang Hanee sukakan tentang Dewi Remaja adalah kami semuanya mempunyai pendapat yang sama. Seperti Sherin dan Tia, Hanee percaya pada rezeki dan mungkin semalam rezeki berpihak kepada Hanee untuk menjadi juara.
Hanee sudah terima tawaran berlakon terbaru?
“Belum lagi kerana Hanee habiskan tempoh 3 bulan ini untuk fokus dengan Dewi Remaja. Oleh kerana Hanee bermula dengan modelling, Hanee masih akan teruskan dalam bidang tersebut. Baru 2 tahun lalu, Hanee bermula menjadi seorang model dengan Karangkraf melalui Majalah Remaja. Semuanya kerana sokongan ibu Hanee sendiri.
“Pada masa yang sama jika ada tawaran lakonan, Hanee akan kejar juga.”
Ads
***
Dalam pada itu, kami bertanyakan juga kepada pemenang tempat kedua, Tia Sarah dan pemenang tempat ketiga, Sherin Amiri tentang apakah faktor yang membolehkan mereka berada di tahap ini, dan what is next for them?
Ads
“Sherin yakin dengan kelebihan diri sendiri, disebabkan itu Sherin berada pada tahap ini. Buat masa sekarang, Sherin akan menyambung pelajaran. Jika ada peluang berlakon, insyaAllah Sherin akan terima kerana itu juga adalah antara cita-cita Sherin, selain menghabiskan pelajaran,” kata bekas pramugari syarikat penerbangan antarabangsa itu.
Tia pula berpendapat dia percaya rezeki.
“Sejak dahulu lagi Tia katakan, Tia menyertai Dewi remaja bukan untuk bertanding tetapi untuk mengutip pengalaman. They know that about me, tapi Tia percaya jika kita lakukan yang terbaik, rezeki itu tak ke mana. I am going with the flow.
“Jika diberi kesempatan untuk menghabiskan pengajian dan seterusnya menyertai industri seni, tentunya Tia inginkan kedua-duanya. I believe in girls being beautiful with brains.”
Congrats Girls!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ujibakat pencarian Dewi Remaja 2019 telahpun bermula semalam dan hey, cantiknya semua!
Akan tetapi, bukan kecantikan saja yang menjadi kriteria untuk panel juri. Kebijaksanaan, cara pembawaan diri, perlakuan, misi penyertaan dan overall package yang dicari oleh mereka.
Dalam ramai-ramai peserta yang hadir semalam, ada seorang yang mencuri tumpuan kami.
Aina Shuada menyertai pencarian Dewi Remaja untuk kali pertama. Kalau diperhatikan daripada sesi ujibakatnya, para panel kelihatan senang dengan gaya & dirinya.
Dalam diam, dia juga menggemari sukan bola sepak. Haa, siapa kata gadis berhijab tak minat bersukan?
“Ya saya memang ikuti bola sepak dan juga bermain jika ada masa terluang. Entahlah, sejak kecil dah minat. Tak ada masalah pun walaupun ramai yang anggap bola sepak itu sinonim dengan lelaki.”
Kami pun terdengar yang Aina merupakan teman istimewa seseorang – specifically pemain bola sepak kebangsaan. Dengar cerita sudah lapan tahun bersama..
Ouuh, tu yang bertambah minat bola sepak ke? Disebabkan Syazwan Andik?
“Ya dia mungkin teman istimewa, tapi saya minat bola sepak sejak dulu. Bukan disebabkan itu..,” katanya.
Eceh ye ke. Hihi!
Apa-apa pun, kami ucapkan all the best kepada Aina dan peserta lain yang hadiruntuk ujibakat hari kedua pencarianh Dewi Remaja 2019.
Bagi yang menonton siaran langsung Meletop di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) semalam, pastinya korang masih ingat kelibat 12 orang peserta Dewi Remaja 2019 bersama pengacaranya, Nabil Ahmad dan Neelofa.
Sebelum episod pertama ditayangkan pada 26 Oktober (Sabtu) ini, para finalis telah dijemput ke Meletop untuk memperkenalkan diri masing-masing buat kali pertama di hadapan orang ramai selepas sesi sidang media yang berlangsung pada 15 Oktober lalu.
Seperti biasa, Neelofa bertanyakan soalan bernas kepada mereka. Cuma ada satu soalan yang mencuri perhatian ramai netizen dan ia hadir daripada Dewi Remaja 2009/10 itu sendiri.
“Semasa saya bertanding dahulu, media sosial tidak begitu kuat seperti sekarang. Yang ada pun hanyalah Facebook dan kita mudah untuk mengawal pressure yang datang darinya.
“Zaman korang pula berlainan. Bagaimana nak elakkan kontroversi berlaku lagi dalam Dewi Remaja pada kali ini?”
Soalan itu relevan memandangkan penganjuran pada edisi kesepuluh yang lalu dicemari oleh kontroversi yang sedikit sebanyak mencacatkan legasi pencarian ini sejak ia dianjurkan pada tahun 1985.
Finalis Top 12 tidak tersentak dengan soalan Neelofa itu, malah lancar menjawab semula. Salah seorang finalisnya iaitu Adriana berkata, “Saya rasa sukar untuk kita kawal apa yang orang luar cakap. Susah nak tutup mulut orang. Tetapi apa yang kami boleh lakukan adalah untuk menjaga perilaku yang baik.”
Seorang lagi iaitu Shaza Bae pula berkata mereka perlu sedar dengan komitmen selepas bergelar peserta Dewi Remaja 2019.
“Bila sudah masuk ke pertandingan seperti ini, kami secara tak langsung sudah meletakkan diri kita di khalayak ramai. Segala kecaman dan kritikan perlu kta hadapi kerana sudah berada di bawah spotlight umum.”
Jelas Sharlina Gilbert pula, “Kita perlu tahu cara untuk mengawal diri sendiri di media sosial. Yang negatif abaikan, yang positif kita ambil untuk perbaiki diri.”
*
Sementara itu, Nabil ingin tahu mengenai misi mereka menyertai Dewi Remaja 2019. Bagaimana mereka ingin memberikan inspirasi kepada penonton terutamanya kepada remaja yang lebih muda daripada mereka.
“Nynaa sebelum ini perlu seimbangkan pembelajaran, peluang berlakon dan karier sebagai seorang model. Orang luar nampak model ini mempunyai kerja yang mudah, tetapi tidak ya. Jadi saya rasa kami sebagai finalis boleh memberikan inspirasi dari sudut itu.
“Mereka perlu utamakan pembelajaran, tetapi jangan sesekali lupa untuk mengejar impian,” kata graduan jurusan perakaunan dan kewangan itu.
*
So korang dah ready untuk menonton episod pertama Dewi Remaja 2019?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Episod ketiga Dewi Remaja 2019 berlalu lagi pada minggu ini dan seperti biasa, seorang lagi peserta perlu meninggalkan pencarian.
Model dan graduan Psikologi, Nina Amin menjadi finalis kedua yang tersingkir selepas Yusmyra Natasya pada minggu lalu.
Dalam episod yang bersiaran semalam di saluran Astro Ria & Ria HD, 11 orang finalis diberikan cabaran lakonan bersama mentor mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini iaitu ‘Ibu’ Fauziah Nawi.
Untuk cabaran pertama, Nina dan ahli kumpulan, Syamira Izzati berjaya untuk menyakinkan Ibu dengan lakonannya sebagai ‘Dukun & Pontianak’ (meskipun tidak ditunjuk dalam episod semalam).
Nina dipilih sebagai pemenang cabaran tersebut dan memilih skrip teater ‘Tentang Bulan’ bersama ahli grup seperti Syamira, Azra, Shaza Bae, Sharlina Gilbert dan Dian Fernandez.
Namun menurut juri yang menilai, lakonan Nina sedikit dibayangi oleh finalis lain yang lebih menyerlah di pentas Istana Budaya tersebut. Walaupun Nina berjaya membawakan watak Rindu itu, namun ia tidak memadai untuk menyelamatkannya ke episod keempat.
Bak kata Ibu Fauziah Nawi, “Anda semua telah melakukan tugasan yang mustahil; iaitu untuk berlakon di pentas teater dengan persediaan beberapa hari saja.
”Semuanya boleh berlakon bagi Ibu, tetapi mungkin kerana finalis lain melakukan tugasan dengan lebih baik, seseorang harus berada di bawah.”
”Secara keseluruhan Nina berpuas hati dengan pencapaian dan pengalaman dalam Dewi Remaja 2019. Cuma of course, Nina sedikit kecewa dengan keputusan di episod ketiga ini.
”Apapun, Nina ingin berterima kasih kepada semua kru dan produksi yang memilih Nina sebagai salah seorang finalis kali ini. Dan kepada 11 orang finalis dan kawan Nina di dalam Dewi Remaja 2019, terima kasih kerana selalu berada bersama Nina.
”Terima kasih kepada supporters terutamanya kepada keluarga Nina sendiri yang sentiasa push Nina ke hadapan dan percaya dengan potensi Nina.
”Jika ada rezeki tak ke mana. Doakan Nina selepas ini,” katanya yang juga mempunyai bakat besar dalam bidang peragaan.
*
Bagi korang yang terlepas untuk menonton episod ketiga Dewi Remaja 2019, korang boleh menyaksikannya di aplikasi Astro Go. Ataupun menonton siaran ulangan pada hari Selasa, jam 1.30 petang di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres berbakat besar, Qistina Raisah meluahkan rasa syukur selepas berjaya memiliki sebuah kereta idaman, Toyota Yaris, dengan wang simpanannya sendiri.Yang lebih membanggakan, pencapaian tersebut...