“Hanee Menang Bukan Kerana Sudah Bergelar Pelakon..” What’s Next Untuk Top 3?

Share

 

Pelbagai respon penonton dan peminat menaburi media sosial selepas berakhirnya finale Dewi Remaja 2018/2019

 

Ada yang menyokong, ada yang menyangkal. Lumrahlah adat bertanding, akan hanya ada seorang pemenang saja. Tetapi menariknya mengenai juara pada edisi kesepuluh Dewi Remaja ini iaitu Haneesya Hanee, dia telah bergelar seorang pelakon terlebih dahulu sebelum menyertai pencarian ini.

Lantas, ada kata-kata nakal yang mengatakan pendapat seperti, “Alah, dah jadi pelakon. Boleh agak dah menang.” Hhm, apa pendapat remaja berusia 18 tahun ini?

“Bila Hanee ambil keputusan untuk sertai pertandingan seperti ini, itu bermaksud Hanee berada pada satu tahap yang sama dengan semua peserta. Jadi, sama ada sudah berlakon atau tidak – itu Hanee tolak ke tepi.

I chose to be zero from the beginning, just like the other 11 girls. Pengalaman yang ada tu, Hanee gunakan sebagai pengajaran. Tak bermakna Hanee sudah berlakon, Hanee lebih hebat atau ada kelebihan berbanding mereka.

“Satu perkara yang Hanee sukakan tentang Dewi Remaja adalah kami semuanya mempunyai pendapat yang sama. Seperti Sherin dan Tia, Hanee percaya pada rezeki dan mungkin semalam rezeki berpihak kepada Hanee untuk menjadi juara.

Hanee sudah terima tawaran berlakon terbaru?

“Belum lagi kerana Hanee habiskan tempoh 3 bulan ini untuk fokus dengan Dewi Remaja. Oleh kerana Hanee bermula dengan modelling, Hanee masih akan teruskan dalam bidang tersebut. Baru 2 tahun lalu, Hanee bermula menjadi seorang model dengan Karangkraf melalui Majalah Remaja. Semuanya kerana sokongan ibu Hanee sendiri.

“Pada masa yang sama jika ada tawaran lakonan, Hanee akan kejar juga.”

***

 

Dalam pada itu, kami bertanyakan juga kepada pemenang tempat kedua, Tia Sarah dan pemenang tempat ketiga, Sherin Amiri tentang apakah faktor yang membolehkan mereka berada di tahap ini, dan what is next for them?

“Sherin yakin dengan kelebihan diri sendiri, disebabkan itu Sherin berada pada tahap ini. Buat masa sekarang, Sherin akan menyambung pelajaran. Jika ada peluang berlakon, insyaAllah Sherin akan terima kerana itu juga adalah antara cita-cita Sherin, selain menghabiskan pelajaran,” kata bekas pramugari syarikat penerbangan antarabangsa itu.

Tia pula berpendapat dia percaya rezeki.

“Sejak dahulu lagi Tia katakan, Tia menyertai Dewi remaja bukan untuk bertanding tetapi untuk mengutip pengalaman. They know that about me, tapi Tia percaya jika kita lakukan yang terbaik, rezeki itu tak ke mana. I am going with the flow.

“Jika diberi kesempatan untuk menghabiskan pengajian dan seterusnya menyertai industri seni, tentunya Tia inginkan kedua-duanya. I believe in girls being beautiful with brains.”

Congrats Girls!

 

Published by
FZ