Kemunculan Haneesya Hanee dalam industri hiburan tanah air bukanlah sesuatu yang baru baginya. Gadis ini telah menceburi bidang modeling seawal usia 16 tahun lagi.
Pertama kali menyertai Majalah Remaja ketika sesi photoshoot, Haneesya sudah mula menunjukkan bakatnya dan kami percaya yang gadis ini bakal menyinar satu hari nanti.
Perkenalan yang bermula di laman Instagram, ketika itu Hanee hanya bermula sebagai seorang model sambilan.
Selepas menyertai dunia modeling, dia terus mencuba untuk berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Drama yang berjaya melonjakkan nama Haneesya, Cik Reen Cik Ngok Ngek telah menguatkan lagi namanya di persada dunia hiburan tanah air.
Kemunculan Haneesya Hanee di dalam Pencarian Dewi Remaja 2018/19 dilihat mampu untuk memberikan saingan sengit kepada semua para finalis. Setiap minggu, komitmen dan pencapaian yang diraih mendapat perhatian pihak juri.
Sokongan peminat yang diterima juga sungguh mengalakkan. Mungkin kerana ini juga yang membuatkan Haneesya lebih bersemangat untuk berjuang dalam pencarian Dewi Remaja kali ini.
Walau apapun terjadi, kami pasti akan ada rezeki lain buat Haneesya Hanee. Segala komitmen dan semangat yang ditunjukkan sebelum ini menyakinkan kami bahawa anak gadis ini mampu untuk survive dalam industri.
Kami di Remaja ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Haneesya dan teruskan usaha anda untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya.
“Ilmu Tak Akan Habis”, Amy Nur Tinie Cuba Nasib DiDewi Remaja 2019
Memiliki pakej yang sempurna, Amy Nur Tinie pengacara, model dengan memiliki ketinggian 173 sentimeter ini tampak selesa dengan task yang diberikan dalam casting Dewi Remaja 2019.
Mana tidak kekoknya, gadis manis berusia 23 tahun yang mesra disapa Tinie ini memang biasa menyertai pertandingan ratu cantik dan pernah menyandang pelbagai kemenangan, antara yang dimenanginya ialah juara Miss Malaysia Kebaya 2016.
Walaupun sudah mempunyai ‘nama’ dan berpengalaman lebih daripada peserta-peserta lain tatapi tinie tetap bersikap rendah diri. Beliau berhadap dapat belajar lebih lagi jika berjaya terpilih dalam pertandingan dewi remaja 2019 kerana ini merupakan impiannya sejak kecil lagi.
Program Dewi Remaja Berbeza Dengan Yang Lain
Minatnya yang mendalam terhadap pengacaraan dan impiannya dari kecil untuk menyertai Dewi Remaja membawa dirinya hadir pada hari ini.
View this post on Instagram
@amynurtinie #dewiremaja2019 #dewiremaja
A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
Mengakui menyertai Dewi Remaja untuk dijadikan sebagai platform untuknya lebih berjaya walaupun sudah banyak menyertai pelbagai pertandingan sejak dari kanak-kanak lagi.
“Ilmu tidak akan habis, saya berharap jika saya berjaya ke peringkat seterusnya saya dapat mengembangkan lagi bakat yang saya ada,’ Ujar Tini
Menjadikan pengalaman yang dimiliki sebagai kelebihan buatnya. Namun beliau terus berdoa agar mampu ke peringkat seterusnya. Good luck kami ucapkan buat Amy Nur Tinie dan moga terus berjaya di masa akan datang.
“I Still Carry The Name Of Dewi Remaja” Pushpa Narayan Finalis 02/03
Isi Kandungan
Toggle
Pushpa Narayan adalah antara finalis pencarian Dewi Remaja bukan Melayu yang paling mendapat perhatian dalam industri hiburan tempatan.
Mengimbau kenangan 16 tahun dahulu ketika menyertai pencarian Dewi Remaja 2002/2003, Pushpa Narayan berjaya meraih tempat kedua pada ketika itu bersama pemenangnya, Annahita Bakavoli dan pemenang tempat ketiga, Estelle Looi Mei Ling.
Walaupun setelah sekian lama meninggalkan pentas Dewi Remaja, Pushpa masih dengan rendah diri berterima kasih kepada Majalah Remaja dan Kumpulan Media Karangkraf kerana banyak membantu dan mengajar beliau ketika menyertai dunia hiburan, ketika menjadi sebutan ramai sampailah sekarang.
“Sampai ke hari ini, saya masih dijemput oleh pihak Nu Ideaktiv (dahulunya grup majalah Karangkraf) untuk menjayakan sesi penggambaran dan temu ramah. Terbaru adalah bersama Amber Chia dan Yana Samsuddin untuk cover majalah Mingguan Wanita bulan Ogos lalu,” katanya ketika sesi penggambaran video REMAJA.
Zaman Keluar Cover Majalah
Pushpa yang kini bergelar ibu kepada Rhea Rosa Robless dan Robert Richard sempat mengimbas kembali semasa beliau bertanding. “Corak pertandingan dulu dan sekarang sangat berbeza. Kami dulu tidak keluar TV, sekarang finalis bertuah apabila dikenali oleh masyarakat dengan pantas. Tambahan pula dengan kuasa media sosial.
“Tapi apa yang kekal adalah misi Dewi Remaja, dari dulu hingga sekarang.
“Pencarian Dewi Remaja berbeza dengan pertandingan ratu cantik lain kerana ia tidak berlandaskan paras rupa jelita semata-mata. Kami diberikan pelbagai tugasan untuk juri menilai semua finalis hingga ke peringkat final.
“Antara cabaran yang diberikan ialah tugasan cover magazine, modelling, catwalk, tugas pengacaraan dan banyak lagi. Cantik bukan sekadar rupa dan bakat saja. Personaliti itu penting,” kata beliau.
“Waktu itu kami lakukan photoshoot pada setiap bulan. Setiap finalis akan bergelar cover girl bulanan Majalah Remaja. So masa itu ada 24 finalis untuk melengkapkan isu selama 2 tahun.”
Perlu Bijak Bawa Diri
Tidak dinafikan, pencarian Dewi Remaja menjadi platform terbaik buat para gadis untuk meneruskan cita-cita, khasnya dalam dunia glamor. Namun menurut Pushpa Narayan, setiap peserta perlu bijak dalam mendepani masalah atau kontroversi yang melanda.
“Walaupun saya non Muslim, I still carry the name of Dewi Remaja. I have to think carefully of what i do, my behavior because I am representing Dewi Remaja. Whatever yang you buat akan menjadi contoh buat semua remaja di luar sana…”
Pelakon dan model ini juga sempat berkongsi bagaimana dia sangat enjoy pengalaman bersama Dewi Remaja 2002/03. Kru produksi pada ketika itu banyak memberi beliau pengalaman yang bagus dari segi cara berdepan dengan camera dan membiasakan diri berhadapan dengan orang baru.
“Dewi Remaja memberikan pengalaman dan mengajar erti confidence, dan selepas itu kami dapat memperbaiki cara membawa diri di dalam industri sebagai seorang public figure.”
“Semua Boleh Berlakon, Tapi..” Nina Amin Tersingkir Episod 3 Dewi Remaja 2019
Episod ketiga Dewi Remaja 2019 berlalu lagi pada minggu ini dan seperti biasa, seorang lagi peserta perlu meninggalkan pencarian.
Model dan graduan Psikologi, Nina Amin menjadi finalis kedua yang tersingkir selepas Yusmyra Natasya pada minggu lalu.
Dalam episod yang bersiaran semalam di saluran Astro Ria & Ria HD, 11 orang finalis diberikan cabaran lakonan bersama mentor mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini iaitu ‘Ibu’ Fauziah Nawi.
Untuk cabaran pertama, Nina dan ahli kumpulan, Syamira Izzati berjaya untuk menyakinkan Ibu dengan lakonannya sebagai ‘Dukun & Pontianak’ (meskipun tidak ditunjuk dalam episod semalam).
Nina dipilih sebagai pemenang cabaran tersebut dan memilih skrip teater ‘Tentang Bulan’ bersama ahli grup seperti Syamira, Azra, Shaza Bae, Sharlina Gilbert dan Dian Fernandez.
Namun menurut juri yang menilai, lakonan Nina sedikit dibayangi oleh finalis lain yang lebih menyerlah di pentas Istana Budaya tersebut. Walaupun Nina berjaya membawakan watak Rindu itu, namun ia tidak memadai untuk menyelamatkannya ke episod keempat.
Bak kata Ibu Fauziah Nawi, “Anda semua telah melakukan tugasan yang mustahil; iaitu untuk berlakon di pentas teater dengan persediaan beberapa hari saja.
”Semuanya boleh berlakon bagi Ibu, tetapi mungkin kerana finalis lain melakukan tugasan dengan lebih baik, seseorang harus berada di bawah.”
”Secara keseluruhan Nina berpuas hati dengan pencapaian dan pengalaman dalam Dewi Remaja 2019. Cuma of course, Nina sedikit kecewa dengan keputusan di episod ketiga ini.
”Apapun, Nina ingin berterima kasih kepada semua kru dan produksi yang memilih Nina sebagai salah seorang finalis kali ini. Dan kepada 11 orang finalis dan kawan Nina di dalam Dewi Remaja 2019, terima kasih kerana selalu berada bersama Nina.
”Terima kasih kepada supporters terutamanya kepada keluarga Nina sendiri yang sentiasa push Nina ke hadapan dan percaya dengan potensi Nina.
”Jika ada rezeki tak ke mana. Doakan Nina selepas ini,” katanya yang juga mempunyai bakat besar dalam bidang peragaan.
*
Bagi korang yang terlepas untuk menonton episod ketiga Dewi Remaja 2019, korang boleh menyaksikannya di aplikasi Astro Go. Ataupun menonton siaran ulangan pada hari Selasa, jam 1.30 petang di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)