Sejak beberapa hari lalu, kecoh di platform Twitter apabila seorang pelajar di sebuah universiti awam yang dikenali sebagai Rashifa Aljunied tampil menyuarakan bantahan mengenai isu elaun untuk mahasiswa yang membuat latihan industri (internship).
Rashifa yang juga pelajar jurusan pengajian antarabangsa dan strategik menyuarakan bantahan dengan membawa sepanduk tertera ‘intern bukan buruh percuma’ menerusi ciapan dimuat naik berserta sebuah bebenang.
Dalam ciapan tersebut, gadis itu turut menyatakan dia bakal menjalani latihan industri bermula semester hadapan dan disebabkan itu dirinya meluahkan kerisauan dengan masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar.
ARTIKEL BERKAITAN: Cemerlang Dari Gred G Ke A, Iman Troye ‘Offer’ RM 300 Buat Pelajar SPM
Starting my internship next semester, so I’ll be walking around with this to express my worry.
The gov increased min wage of RM1.5k, but this policy didn’t include interns.
Interns are unprotected by the employment act in Malaysia, hence the risk of exploitation by companies. pic.twitter.com/gxr6qmkZyq
— rashifa (@youngaljunied) June 14, 2023
Sehubungan dengan itu, Presiden Mahasiswa Demokratik, Ashraff Fahmy tampil menjelaskan realiti sebenar yang dihadapi pelajar latihan industri, apabila menyedari ramai yang persoalkan kewajaran mahasiswa mendesak agar isu tersebut agar diketengahkan.
Ini antara penjelasan Ashraff mengenai realiti pelajar intern menerusi sebuah bebenang di Twitter:
1. Masalah kebajikan di tempat kerja
Sebagai pelajar intern, walaupun berada di industri tetapi mereka ini tidak dikira sebagai pekerja di bawah Akta Kerja 1955. Sebab itulah segala kebajikan mereka bila “bekerja” tidak tertakluk di bawah akta ini.
Perkara seperti OT (kerja lebih masa), waktu bekerja, jumlah cuti yang perlu diberikan ini semua atas budi bicara majikan.
Akhirnya majikan mengambil kesempatan dan mereka terperangkap atas dasar “gred” dalam hal ini.
2. Bayaran yuran penuh walaupun tidak berada di kampus
Pelajar intern ini perlu membayar penuh yuran semester mereka, walaupun mereka tidak jejak pun kaki dekat universiti sepanjang tempoh semasa latihan industri.
Kalau anda ada masalah dengan syarikat tersebut seperti dibuli dan sebagainya, ada universiti yang mengenakan caj perkhidmatan mencecah ratusan ringgit untuk anda menukar tempat intern. Ini kerana universiti ingin menjaga hubungan dengan industri.
3. Wang untuk menyara hidup
Ramai pelajar yang datang jauh ke bandar hanya untuk cari peluang pekerjaan. Ada antara mereka perlu mencari rumah/bilik sewa. Belum kita kira duit makan, wang pengangkutan untuk terus menyara hidup.
Bagaimana mereka nak hidup jika industri tidak membayar mereka? Memaksa mereka bekerja lebih masa dan mengeksploitasi hak mereka?
Kerana itu ada syarikat anggap intern ini sebagai “free labour” untuk kurangkan kos operasi syarikat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Twitter Ashraff Fahmy