Sejak musim minggu fesyen Spring Summer 2020 tahun lalu, beberapa buah jenama fesyen terkenal mulai memperkenalkan anggota kumpulan K-pop, Blackpink sebagai tetamu jemputan utama mereka.
Ini kerana mereka sedar akan impak viral yang bakal membantu jenama fesyen masing-masing untuk mencuri perhatian seluruh dunia.
Terbaru, Lisa Blackpink telah mencetuskan fenomena di media sosial apabila kehadiran ke pertunjukan fesyen Prada di Milan semalam menjadi topik trending pertama.
Sebelum tiba ke acara tersebut, Lisa melakukan Instagram takeover ke atas akaun Prada untuk menayangkan dengan lebih dekat pakaian yang dipilih dan diperagakan olehnya.
Lisa dan Prada tidak sewenang-wenangnya memilih pakaian serba keemasan, stokin dan kasut hitam itu.
Menurut Lisa, inspirasi kombinasi 2 warna tersebut diperolehi daripada stail rambutnya yang baru diwarnakan hitam.
“I just dyed my hair black, so I want to make it different,” katanya di Instagram story sebelum menunjukkan snek yang dibawa oleh Lisa di dalam begnya.
Comel!
Lisa yang juga merupakan wajah terbaru Prada di Korea sekali lagi tidak gagal untuk menjadi tumpuan ramai.
Tahun lalu, dia menghadiri ke acara Celine (foto atas) di Paris manakala ahli kumpulan Blackpink yang lain ke acara fesyen berbeza.
https://www.remaja.my/media-thailand-bocor-bayaran-lisa-blackpink-rm2-7-juta-untuk-iklan-produk-je/
“Tak Tahu Siapa Suka Atau Benci Kita.” Kamal Adli Nasihat Jaga Keselamatan Diri
Hati manusia siapalah yang tahu kan.
Malang tidak berbau apabila pelakon dan Juara Hero Remaja 2007/2008 , Kamal Adli dipukul seorang lelaki sehingga cedera teruk di kepala semalam semasa berada di Singapura.
ARTIKEL BERKAITAN : “Malang Yang Tak Berbau, Bukannya Orang Singapura Jahat..” Uqasha Senrose Redha Dugaan Timpa Kamal Adli, Mohon Doa
Susulan kecederaan pada beberapa bahagian badan, Kamal Adli melalui laman instagramnya memberitahu kini dia sedang menggunakan ubat penahan sakit.
“Alhamdulillah alhamdulillah amin. Kamal semakin stabil tapi masih under medication untuk tahan sakit dan nanah dan lebam lebam pada badan dan dijaga isteri.
“Terima kasih atas doa kalian especially artis-artis di booth dan juga orang-orang Malaysia, Singapura yang tolong Kamal,”titipnya.
Selepas serangan pada Ahad lalu, pelakon Black itu menitipkan nasihat agar sentiasa mengutamakan keselamatan. Kamal juga menyuarakan trauma yang dialami isteri, Uqasha Senrose.
Enggan hubungan muhibah Malaysia-Singapura keruh selepas insiden serangan, beliau memohon agar warganet tidak berbalah.
“Cuma Kamal harap semua orang tolong jaga keselamatan kerana kita tak tahu siapa suka atau benci kita. Doakan untuk isteri saya yang masih trauma pasal isu ini. Saya sayang isteri saya.
“Yang ketuk saya seorang sahaja, bukan satu Singapura. Jangan gaduh-gaduh,” titipnya.
Hakim Daerah Terence Tay memaklumkan tertuduh akan direman di Institut Kesihatan Mental selama dua minggu bagi menjalani penilaian psikiatri.
Lelaki itu didakwa di Mahkamah Negeri Singapura pada kerana “terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya”. Senjata iaitu cota besi telah dirampas sebagai bahan bukti. Sebutan semula kes itu akan dibuat pada 28 Mac.
Sebelum ini, Uqasha Senrose mengakui trauma dengan kejadian suaminya, Kamal Adli dipukul seorang lelaki sehingga cedera teruk di kepala semalam semasa berada di Jualan Mega Hari Raya 2023 ,Singapore Expo baru-baru ini.
BACA LAGI : Kamal Adli Cedera Diserang Dengan Cota, Terpaksa Ditidurkan – REMAJA
Sumber: Instagram Kamal Adli, Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Didakwa Hidap Anoreksia, Ariana Grande Akhirnya Buka Mulut
Siapa tidak kenal dengan bintang popular antarabangsa ini. Ariana Grande, kesemua runut bunyinya tidak pernah menghampakan pencinta muzik.
Baru-baru ini, pelantun lagu hit 7 Rings itu telah menarik perhatian ramai termasuk para media selepas memuat naik foto terbaharu di entri Instagram miliknya.
Beberapa hantaran yang dimuat naik bersama pelakon Cynthia Erivo tersebut menuniukkan Ariana kelihatan sangat kurus sehingga menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
ARTIKEL BERKAITAN: “la Sangat Menakutkan…” Hailey Bieber Kongsi Kesan Serangan Strok Mini Terhadap Kesihatannya
Keadaan penyanyi lagu Side To Side itu sekali gus menimbulkan spekulasi tidak enak termasuk ada yang mendakwa dia menghidap penyakit anoreksia.
Enggan membiarkan perkara tersebut terus menjadi tanda tanya ramai terutama para peminatnya, Ariana akhirnya membuka mulut.
Dia memberitahu keadaan dirinya menerusi sebuah hantaran video berdurasi tiga minit lebih yang dikongsikan dalam aplikasi TikTok miliknya.
Katanya, dia mengakui sebenarnya tidak gemar untuk bercakap mengenai keadaan tubuh badannya.
Ariana bagaimanapun memaklumkan, dia sihat dan berada dalam yang keadaan baik walau kelihatan lebih kurus berbanding sebelum ini.
“Saya tahu semua ini tidak perlu dijelaskan. Tetapi saya mahu jadi lebih terbuka. Saya mahu anda tahu, sihat itu hadir dalam pelbagai rupa.
“Besar, kecil, tinggi atau rendah, sihat itu ada pelbagai rupa dan kecantikan tersendiri.
“Kita punya pilihan sama ada memberi fokus kepada perkara yang positif sahaja atau terus melihat sesuatu dari sudut pandang negatif,” tuturnya.
Bahkan, ketika tubuhnya lebih berisi pada tahun lalu, dia sebenarnya sedang berperang dengan masalah kemurungan sehingga perlu mengambil ubat-ubatan.
“Keadaan yang anda lihat sekarang adalah lebih sihat berbanding ketika tubuh saya berisi. Ketika itu saya mengalami kemurungan dan perlu bergantung dengan ubat-ubatan.
“Anda tidak pernah tahu apa yang seseorang sedang tempuhi dalam kehidupannya. Mungkin anda datang daripada keluarga yang bahagia. Tetapi tidak semuanya memiliki kebahagian itu.
“Jadi lebih baik kita berbaik dengan semua orang dan cuba memahami setiap orang ada perjuangan mereka sendiri,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Tiktok Ariana Grande
“Saya Harap Peminat Tak Sedih…” -Tetap Positif, Isaac Voo ‘Reda’ Tersingkir Awal
Menerusi konsert minggu kedua, Isaac Voo yang mendendangkan lagu Terhangat Di Pasaran nyanyian asal KRU dan Adam menerima kutipan markah paling rendah.
Oleh hal demikian, Isaac yang juga anggota kumpulan IN2IT menjadi peserta Big Stage 2023 pertama yang tersingkir, pada malam semalam.
Walaupun menerima keputusan dengan hati terbuka, namun Isaac mengakui ada berasa sedikit sedih kerana tidak dapat menunjukkan lagi bakat serta kreativiti yang ada untuk para penonton dan peminatnya.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Plot Twist’ Big Stage 5 Minggu 2: Isaac Voo Tersingkir, Juri Gunakan Imuniti-X, Nadeera Zaini Pula Ungguli Tangga Pertama!
Tetap positif, Isaac Voo juga meminta para peminatnya agar menerima keputusan penyingkirannya pada minggu kedua program itu bersiaran.
“Sejujurnya saya ada rasa sedikit sayang (sedih) sebab masa rehearsal memang saya tiada suara dan hari ini (semalam) saya rasa tidak dapat buat yang terbaik.
“Saya rasa boleh buat lebih baik untuk next time sekiranya tidak disingkirkan. Selain itu, saya sedikit sedih untuk peminat sebab mereka selalu undi saya tapi tidak mengapa… ini bukan pengakhiran. Mana tahu, di masa akan datang nama saya boleh jadi besar, kita tidak tahu kan.
“Saya harap peminat tidak sedih sebab setiap perjalanan itu ada turun naiknya di kita kena terus berusaha sahaja,” tuturnya kepada Remaja.
Selain itu, Isaac turut memaklumkan dirinya menerima keputusan daripda pihak juri dengan hati yang terbuka malah turut meminta peminat agar tidak ‘menyerang’ rakan seperjuangannya, Naufal Azrin yang diselamatkan pihak juri dengan mengguna kuasa Immuniti-X.
“Saya percaya mesti ada sebab kenapa juri memilih saya (untuk disingkirkan) dan saya menerima keputusan ini dengan baik.
“Saya juga tidak pernah terasa dengan komen Abang Ajai sebab saya terima apa yang dia komen tentang saya dengan hati terbuka.
“Saya sertai Big Stage sebab saya mahu dengar reaksi atau maklum balas yang mana saya boleh perbaiki diri lagi. Walaupun saya tersingkir tapi tak perlu serang sesiapa,” ujarnya panjang.
Nama Isaac diumumkan tersingkir selepas dua juri tetap, Ajai dan Aina Abdul membuat keputusan tersebut demi menyelamatkan Naufal yang sepatutnya terkeluar berdasarkan undian juri serta peminat yang tidak menyebelahi dirinya.
11 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Hoondoo, COEX, Waode, Naufal Azrin, Aufahanie, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz, Firdaus Rahmat, Puteri Khareeza, Meer Nash dan Farhan Shah.
Rancangan realiti yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose ini turut dijurikan oleh Penyanyi berbakat, Aina Abdul sebagai juri tetap Big Stage 2023 bersama komposer terkenal, Ajai selain juri juara undangan ialah Andmesh Kamaleng.
Manakala, figura yang menduduki kerusi juri presiden netizen pada minggu ini ialah pempengaruh media sosial, Ryan Bakery.
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.