Hiburan

Hanis Zalikha & Hairul Azreen Dibanjiri Ucapan Tahniah, Yusuf & Alisa Bakal Dapat Adik?

Share

Usahawan popular, Hanis Zalikha dan suami tercintanya yang juga pelakon, Hairul Azreen menjadi bualan hangat warganet di media sosial susulan hantaran terbaharunya di entri Instagram.

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik, memaparkan momen Hanis Zalikha bersama keluarga kecil tercintanya bercuti di Maldives.

“Makan dalam gelap bersama-sama,” tulisnya di ruangan kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Puteri Aishah Selamat Lahir Putera Sulung

Salah satu foto menunjukkan Hairul Azreen bergambar sambil meletakkan tangannya pada perut isterinya itu menjadi tanda tanya pengikutnya.

Susulan itu, timbul spekulasi bahawa Hanis kini sedang berbadan dua malah para peminat dan rakan artis mula mengucapkan tahniah buat pasangan ini kerana mereka mendakwa terlihat penampakan baby bump pada foto yang dikongsikan itu.

“Yey, tahniah,” komen pelakon Fasya Sandha.

“Eh, Omg ye ke eh okey,” komen pelakon Mira Filzah.

“Kita nampak baby bump!” komen juga seorang pengikutnya.

Namun menerusi perkongsian di Instastory, Hanis memberitahu bahawa melakukan posing meletakkan tangan pada perut isteri ketika bergambar adalah satu kebiasaan yang dilakukan para suami.

Sekadar informasi, Hanis dan Hairul berkahwin pada tanggal 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Hanis Zalikha


Published by
Fath