Kehadiran penceramah Muslim dari India, Dr Zakir Naik ke Malaysia tidak pernah lekang daripada kontroversi.
Dan kali ini, situasi tersebut masih tidak berubah.
Pada sebuah slot syarahan yang berlangsung di Kota Bharu Kelantan pada 9 Ogos lalu, Dr Zakir Naik telah mengeluarkan satu kenyataan bersifat rasis terhadap masyarakat Cina serta India di Malaysia.
Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, kenyataan itu berbunyi, “Agama Islam tersebar secara aman menerusi para pedagang. Malaysia (awalnya) menjadi (negara) Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang, India datang, Inggeris datang. Mereka adalah tetamu baru kita.”
Err.. “Kita” ?
Kenyataan tersebut nyata tidak dipersetujui oleh beberapa orang menteri negara. Terbaru, menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga inginkan Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India.
Kata beliau menerusi kenyataan media melalui aplikasi WhatsApp, “Serangan ke atas saudara (berbangsa) Cina dan India adalah serangan terhadap semua rakyat Malaysia. Memanggil rakyat Malaysia sebagai ‘tetamu’ adalah tindakan yang tidak masuk akal.
“For God’s sake, they are Malaysians! Enough is enough..,” saran beliau.
Sebelum ini, Dr Zakir Naik menafikan tuduhan akan memecah belahkan masyarakat Malaysia melalui syarahan. Beliau berpendapat ramai pengkritiknya yang selalu salah tafsir ucapan beliau untuk tujian politik dan aniaya.
Dan untuk pengetahuan, beliau kini dikehendaki di India atas tuduhan rasuah serta pengubahan wang haram.
Sumber: Sinar Harian