Hiburan

Hantaran ‘Mengundang’ Di Instagram Demi Promosi Konsert, Bella Astillah Mohon Maaf Kepada Peminat

Share

Hantaran penyanyi dan pelakon, Bella Astillah di akaun Instagram-nya sebentar tadi telah mengundang pelbagai pertanyaan oleh para peminat dan rakan media.

Ini berikutan isi kandungannya yang seakan memberikan petunjuk bahawa Bella ingin mengumumkan sesuatu yang boleh menggemparkan seluruh negara.

“Salam sayang semua, Bella ada sesuatu yang ingin Bella announce kejap lagi, harap sangat semua dapat menerima dengan baik dengan apa yang Bella akan sampaik kejap lagi.”

Justeru, ramai pihak yang membuat spekulasi kononnya Bella mungkin sekali lagi ingin memberi gambaran terhadap status empunya diri yang baru sahaja melalui proses penceraian daripada suaminya, Aliff Aziz.

Bella Astillah

Namun, spekulasi itu ternyata meleset apabila Bella mendedahkan dirinya akan muncul dalam sebuah persembahan konsert pada 30 November ini di Zepp, Kuala Lumpur. Konsert berjudul A Night With Sumandak Stars ini tampil berlainan daripada konsert-konsert hiburan lain apabila ia akan menggabungkan tujuh orang srikandi moden dari Sabah di atas satu pentas yang sama.

Selain Bella, antara yang dijadualkan menghiburkan pengunjung ialah Adira Suhaimi, Marsha Milan, Stacy Anam, Diddy Astillah, Wani Kayrie dan Nikki Palikat.

Menerusi sesi Instagram Live sebentar tadi usai sidang media, Bella tampil memohon maaf jika telah menyinggung hati mana-mana pihak dengan hantaran yang disifatkan sebahagian pengikutnya sebagai ‘click bait’ tadi.

“Pertama sekali, saya mohon maaf jika ada yang mungkin kurang senang dengan hantaran saya. Ia adalah di atas permintaan penganjur. Tapi, saya pun tumpang gembira apabila ramai yang ambil berat dan risau (dengan keadaan Bella).

“Tujuan saya memuat naik hantaran tersebut adalah bagi mengumumkan saya bakal muncul dalam konsert (A Night With) Sumandak Stars. 30 peratus jumlah tiket telahpun terjual. Saya amat-amat gembira (dengan penjualan tiket) dan kamu juga boleh dapatkan tiket selepas ini. Jujurnya, saya tidak sabar untuk menghiburkan kamu semua,” ulasnya.

Tambah Bella lagi, mereka bertujuh turut merancang untuk melakukan persembahan seterusnya di Sabah pada tahun hadapan.

Haih Bella ini, buat nervous je tadi…

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ