Hantu Munafik 2 Dilakonkan Aktor Helok Rupanya! Ni Dia Iwang Ali

Share

 

Fuh, ingatkan teknologi GGi di Malaysia je yang semakin hebat.

 

Rupa-rupanya, skil solekan untuk filem dan drama tempatan pun memang terbaik!

Buktinya adalah solekan yang dilakukan untuk watak hantu perempuan yang korang tonton di dalam filem Munafik 2. Siapa sangka di sebalik kostum dan solekan hantu itu, pelakonnya iaitu Shahidan Izwan Mohd Ali atau Iwang Ali sebenarnya ‘helok’ korang… *drools

*

 

 

Instagram

 

 

Pengarah Munafik 2 dikatakan memang mencari pelakon yang mampu membawakan watak hantu sejak filem Munafik 1 lagi. Bila Syamsul terserempak dengan Iwang semasa dia menemankan kawan di set penggambaran, terus pengarah itu menawarkan watak hantu tersebut kerana fizikal Iwang yang tinggi.

Kiranya, Iwang telah bawakan watak tersebut sejak Munafik 1 lagi. Cuma kita je yang tak nampak rupa sebenar dia sebab telah dimekap tebal. Mesti kena ambil masa yang lama kan di bilik mekap?

 

 

Instagram

 

 

“Saya kena habiskan masa berjam-jam untuk mekap saja! Tapi cabaran sebenar adalah semasa berlakon kerana semua orang datang ke pawagam untuk menonton sama ada wakak seramnya menakutkan atau tak.

“Antara babak paling mencabar adalah semasa saya perlu menyelam dan mencekik abang Syamsul di dalam sungai. Dah lah sejuk, sungai pun dalam. Saya cepat-cepat nak habiskan babak itu, dan nasib baik abang Syamsul puas hati dengan performance saya pada masa itu, katanya yang kini bertugas di radio Era sebagai salah seorang ahli pasukan ‘Dak Dak Era’.

 

 

 

Instagram

 

 

Pelakon muda berdarah kacukan Malbarri dan Melayu ini juga berkata dia teringin untuk membawa watak lain kalau diberi kesempatan. Iyalah, tak kan nak jadi hantu sampai bila-bila Hehe..

Apapun, good job Iwang!

Meremang jugalah kami dalam pawagam semasa menonton Munafik 2.

Published by
FZ