Hanya Sejam Sesi Taaruf, Da’i Syed Temui Cinta Sejati Dalam Diri Hana Ismail

Share

Pendakwah selebriti dan penyanyi, Da’i Syed yang baru sahaja bergelar suami kepada suri hati pilihannya, Hana Ismail, Sabtu lalu tampil berkongsi saat perkenalan mereka berdua.

Menerusi satu perkongsian di InstaStory, Da’i Syed memaklumkan detik pengenalan bersama isteri tercinta yang juga pengacara televisyen tersebut hanya mengambil masa yang singkat.

Katanya, mereka cuma mengambil masa satu jam sahaja bagi sesi bertaaruf (mengenali satu sama lain) dan tujuh hari kemudian diluang untuk melakukan istikharah.

Hanya selepas itu, Syed dan ahli rombongannya bertemu dengan keluarga pihak wanita bagi menghalalkan hubungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengacara TV AlHijrah, Hana Ismail Jadi Gadis Pilihan Da’i Syed?

Dalam pada itu, Syed mengharapkan perkahwinan mereka ini dapat melengkapi kekurangan antara satu sama lain.

“Demi tuhan! Kami tidaklah berkenalan lama, hanya ‘satu jam’ bertaaruf dan tujuh hari istikharah.

“Kemudian bertemu dengan keluarganya untuk menghalalkan dia. Jodoh ini sangat misteri. MasyaAllah! Semoga dia melengkapi kekurangan ku. Insya-Allah,” coretnya ringkas.

Sekadar informasi, pasangan dua sejoli itu selamat diijab kabul dengan sekali lafaz di Masjid Mas’ud, Jalan Damai pada jam 11.43 pagi.

Da’i Syed dan Hana sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 16 November lepas. Namun momen tersebut tidak dihebahkan kepada mana-mana pihak luar termasuk penggiat media.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber & kredit foto: Instagram Da’i Syed

Published by
Fath