Penganjur JioBuddy mengumumkan akan menganjurkan Anuar Zain 40th Anniversary Concert pada 28 Oktober ini di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam.

Pastinya, ia adalah sebuah khabar gembira yang dinanti-nantikan oleh seluruh penggemar muzik penyanyi legenda itu yang bukan hanya berada di Malaysia tetapi juga dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Menurut figura terkenal tanah air itu, dia menjanjikan para peminat yang bakal hadir ke konsert tersebut akan membawa seribu satu kenangan dan tersenyum manis sepanjang persembahannya pada malam itu nanti.

Hanya 1 Malam, Anuar Zain Bakal Ubati Rindu Peminat Menerusi Konsert AZ40 Pada 28 Oktober Ini!

“Saya mengimpikan agar konsert AZ40 ini akan menjadi kenangan yang terindah di antara kita semua pada malam itu nanti. Juga menjadi kenangan manis buat semua tenaga kerja dan team produksi yang besar didalam menjayakan konsert AZ40 ini. ” ujar Anuar Zain.

Sementara itu, bagi pihak penganjur pula, konsert ini akan menjadi sebuah lagi lakaran sejarah yang penting buat pelantun lagu Lelaki Ini dalam perjalanan karier seninya yang sentiasa mendapat sokongan positif dari semua pihak.

Konsert ini juga bakal menjadi lambang kematangan perjalanan Anuar Zain dalam karrier seninya.

Hanya 1 Malam, Anuar Zain Bakal Ubati Rindu Peminat Menerusi Konsert AZ40 Pada 28 Oktober Ini!

“Kami di JioBuddy berbesar hati untuk menganjurkan Anuar Zain 40th Anniversary Concert kerana ia bukanlah hanya sebuah konsert biasa tetapi sebagai sebuah biografi untuk meraikan perjalanan seninya yang panjang bersama semua peminat  dan penggemar muzik beliau.

“Konsert ini juga amat penting untuk kami selaku penganjur bagi menyokong industri muzik tempatan, dan memberi yang terbaik kepada penonton mengikut kepakaran kami,” kata Sean Ng  dari JioBuddy.

Jennifer Thompson merupakan pengarah konsert ini manakala Sze Wan dipertanggungjawabkan sebagai pengarah muzik untuk Anuar Zain 40th Anniversary Concert bersama lebih kurang 25 orang pemuzik-pemuzik handalan tanah air. 

Hanya 1 Malam, Anuar Zain Bakal Ubati Rindu Peminat Menerusi Konsert AZ40 Pada 28 Oktober Ini!

Tiket-tiket akan mula dijual pada 12 Julai 2023 mulai jam 10 pagi di  www.jiotix.asia atau hubungi talian hotline tiket di +6011 510 03 111. Tiket-tiket berharga RM1188  (VIP 1), RM888 (VIP 2), RM488 (Diamond) RM388 (Platinum) dan RM 188 (Gold).

Untuk pembeli tiket pada hari pertama jualan (12 Julai 2023), anda akan berpeluang untuk memenangi telefon bimbit jenama FreeYond. Bagi pembeli tiket VIP 1 & 2 pula, mereka bakal mendapat cenderahati berupa AZ40 Premium Gift Box yang ditaja oleh Arombay, istimewa sempena konsert ini.

Raikan temujanji anda bersama Anuar Zain pada 28 Oktober 2023 jam 8.30 malam sempena  Anuar Zain 40th Anniversary Concert di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI