Hanya 2 Peserta Miss Universe Thailand Terima ‘Golden Tiara’ Bukti Kebijaksanaan, Sah Akan Menang?

Share

 

Demam pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022 semakin hangat apabila satu-persatu negara telah memahkotakan wakil masing-masing untuk bertanding pada tahun ini.

Tidak kurang juga masih ada negara yang sedang melangsungkan pertandingan di peringkat kebangsaan termasuklah di Malaysia dan negara jiran, Thailand.

Bercakap mengenai pertandingan Miss Universe Thailand (MUT) 2022, mereka baharu sahaja melangsungkan pusingan uji bakat pada hujung minggu lalu untuk memilih hanya 30 daripada 45 orang peserta sebagai finalis akhir. Pusingan uji bakat tersebut memerlukan setiap peserta memberikan pandangan bernas mereka terhadap satu kata kunci yang dipilih secara rawak.

ARTIKEL BERKAITAN : Miss Universe Thailand Drama! Guru Tidak Layak Masuk, Diganti Peserta Kegemaran Ramai – REMAJA

Menariknya mengenai pusingan ini, para juri secara sepakat boleh memberi gelaran ‘Golden Tiara’ kepada peserta yang berjaya menawan hati mereka dengan tiga kriteria ini iaitu Keyakinan (Confidence), Kebijaksanaan (Intelligence) dan Minat (Passion).

Daripada 45 orang peserta pada tahun ini, nampaknya hanya DUA orang sahaja yang berjaya mendapatkan ‘Golden Tiara’ itu.

Mereka dikenali sebagai Nicolene Limsnukan dan Nita Aksornwan. Kedua-dua gadis tersebut menambat hati juri yang tergolong daripada golongan profesional dan bekas juara Miss Universe Thailand sebelum ini.

(Dari Kiri) : Nita Aksornwan dan Nicolene Limsnukan.

ARTIKEL BERKAITAN : Miss Universe Thailand 2021 Perjuangkan Keyakinan Wanita Tanpa Mengira Saiz Badan – REMAJA

Nicolene Limsnukan memperolehi kata kunci ‘Media Literacy’ atau kecelikan media dan ujarnya,  kecelikan media adalah amat penting.

Nicolene Limsnukan.

“Bukan sahaja kita perlu berhati-hati terhadap bahan bacaan kita, kita juga harus tahu bagaimana untuk menganalisa semua media secara kritikal. Oleh itu, apabila kita membaca akhbar atau artikel, kita perlu faham apa yang sedang dibaca dan tahu sumber informasinya. Penting untuk kita mendapatkan maklumat tepat agar kita boleh belajar perkara baharu dan mampu menyampaikannya kepada orang lain,” katanya.

Nicolene kini menghitung hari sebelum bergelar graduan daripada University of the Thai Chamber of Commerce dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan. Nicolene juga bakal menyambung pelajaran di peringkat sarjana (masters) dalam bidang pemasaran.

*

Beralih kepada Nita Aksornwan

pula, gadis yang kini bergelar seorang content creator ini sememangnya bijak menawan hati penonton dengan personaliti dan skil komunikasinya.

Mendapat kata kunci ‘Equility’ atau kesamarataan, Nita berpendapat Thailand masih kurang akses kesamarataan dalam komunitinya.

Nita Aksornwan

“Berdirinya saya di sini adalah untuk meminta kesamarataan perkahwinan sesama jenis, pendidikan dan kebajikan kesihatan untuk semua orang. Saya percaya komuniti kita boleh ditambah baik jika semuanya ada kesamarataan. Terima kasih,” jelasnya.

Apabila Nita ditanya mengenai kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan rakyatnya, dia menggalakkan rakyat Thailand terus mempraktikkan pengucapan Bahasa Inggeris kerana ia boleh menambah baik perkembangan diri sendiri selain membuatkan seseorang sebagai penduduk dunia yang lebih baik.

“Anda perlu seronok mempelajarinya. Masalahnya di Thailand, kita terlalu fokus kepada peperiksaan (Bahasa Inggeris) dan melupakan komunikasi harian. Saya mulakannya kerana minat saya terhadap Taylor Swift, anda pula mungkin mempunyai inspirasi lain,” kata Nita.

Menyusuri sejarah penganjuran Miss Universe Thailand beberapa tahun kebelakangan ini, tiga juara terbarunya telah berjaya memenangi gelaran ‘Golden Tiara’ ini sewaktu mereka bertanding dahulu. Mereka terdiri daripada Anchilee Scott-Kemmis (MUT 2021), Amanda Obdam (MUT 2020) dan Paweensuda Drouin (MUT 2019).

BACA LAGI : Miss Universe Thailand 2020 Dilucut Jawatan Sebagai Duta Kesedaran Kesihatan Mental Akibat Ciapan Berbaur Politik – REMAJA

Adakah Nicolene dan Nita bakal mengulangi sejarah di mana salah seorang daripada mereka pula bakal bergelar Miss Universe Thailand? Sama-sama kita nantikan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ