Hanya 5 Kategori Pegawai Ini Boleh MINTA & SIMPAN IC Kita, Guard House Dilarang Sama Sekali

Share

Kad pengenalan adalah dokumen paling penting bagi seorang yang bertaraf warganegara.

Kebanyakan urusan berorientasikan perundangan memerlukan kad pengenalan sebagai dokumen sokongan. Justeru itu sangat penting dalam menjaga kad pengenalan agar tidak hilang, rosak dan sebagainya.

Dalam urusan seharian, ada ketika kita diminta memberi kad pengenalan khususnya untuk memasuki premis kediaman seperti kondomium oleh pengawal keselamatan warga luar seperti Nepal, Bangladesh dan mana-mana pengawal keselamatan warga asing dan perbuatan ini adalah DILARANG SAMA SEKALI.

Pengawal keselamatan warga asing dilarang sama sekali meminta dan menyimpan kad pengenalan dan kita berhak tidak memberinya. Gambar hiasan sumber internet

Warga asing adalah dilarang sama sekali untuk meminta dan menyimpan kad pengenalan kita kerana mereka bukan dalam kategori lima pegawai yang dibenarkan oleh KERAJAAN MALAYSIA.

Berikut REMAJA senaraikan lima kategori pegawai yang boleh meminta dan menyimpan kad pengenalan kita menurut Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Mereka ini terdiri dari :-

a) PEGAWAI POLIS

b) PEGAWAI PENDAFTARAN

c) PEGAWAI KASTAM

d) MANA-MANA PEGAWAI ATAU KELAS ATAU PEGAWAI AWAM YANG DIBERI KUASA OLEH KETUA PENGARAH

e) ANGGOTA TENTERA YANG BERTUGAS MENJAGA & MENGAWAS

Disebabkan kad pengenalan sangat-sangat penting dan boleh dieksploitasikan untuk kegiatan jenayah, adalah sangat penting kita menjaganya dengan baik. Jangan sewenang-wenangnya memberi pihak lain kad pengenalan korang.

Jika membuat satu urusan penting pun, pastikan salinan dokumen kad pengenalan itu di PANGKAH dan ditulis atas urusan apa kerana kita tidak mahu kad pengenalan kita di eksploitasi oleh pihak lain.

Untuk pengetahuan memegang kad pengenalan orang lain adalah satu kesalahan  kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa – Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa – Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Ingat ya, JANGAN BERI KAD PENGENALAN pada bukan individu dinyatakan di atas. Kalau buat salinan pastikan di cross dan atas tujuan apa. Sekarang terlalu banyak kejadian jenayah melibatkan kad pengenalan orang lain seperti pinjaman bank, rompakan, tipu dokumen dan banyak lagi.

Satu lagi, sila jaga kad pengenalan dengan baik ya sebab bagi kehilangan kali pertama, bayarannya dendanya adalah sebanyak RM100, kali kedua adalah RM300 dan kali ketiga dan seterusnya adalah RM1,000. Satu lagi, jika korang hilang kad pengenalan lebih dari tiga kali pemilik pemiliknya akan dirujuk ke Bahagian Siasatan & Penguatkuasasaan Jabatan.

Kalau tak nak ditimpa masalah, tolong hati-hati ya dengan kad pengenalan korang.

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros