
Siapa yang tidak kenal dengan mogul dunia hiburan dan fesyen ini. Penyanyi, pelakon dan juga usahawan fesyen, Rihanna menggemparkan peminatnya dengan penghasilan buku gergasi bernilai RM5639.
Hanya diterbitkan sebanyak 500 naskhah sahaja, ia menjadikan buku ini eksklusif. Berketebalan 504 mukasurat, buku ini memapar 1050 keping gambar berkisar perjalanan figura asal Barbados ini sejak dari awal permulaannya di dalam industri sehingga kini.

Ia seolah-olah satu buku memori besar yang menyimpan seribu satu nostalgia kenangan dan juga kejayaannya. Bayangkan buku ini sebesar ukuran televisyen kecil.

Berukuran 26.75 inci kali 21.25 inci, buku tersebut dijahit tangan dan dikemaskan dengan fabrik yang direka di Jepun. Buku yang bertajuk Rihanna: Queen Size itu ditawarkan dengan kemasan pearlescent dengan kemasan logo keluli dipotong laser dalam warna hitam matte pada kulit hadapan.
Sumber gambar: phaidon.com & Instagram Rihanna
Aina Abdul Bolot RM112,000! Dinobat Juara AJL-37, Vokal Terbaik

Lagu Terus Hidup yang dicipta sendiri oleh penyanyi, Aina Abdul membawa tuah kepadanya apabila ia diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam ini.
Aina sekaligus membawa pulang trofi dan keseluruhan hadiah wang tunai RM100,000 selaku juara AJL37 kerana ia merupakan hasil ciptaan dan nyanyian solonya sendiri.

Terlebih dahulu, Aina telah dinobatkan sebagai penerima katgeori Vokal Terbaik untuk dua tahun berturut-turut lalu membawa pulang trofi serta wang tunai RM12,000.
Lagu yang disebut-sebut sebagai salah satu pilihan utama untuk menjuarai AJL37, Suatu Malam Di Temasek nyanyian dan ciptaan Joe Flizzow dan SonaOne pula terpaksa berpuas hati di kedudukan naib juara. Mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.
Sementara itu, satu lagi buah lagu yang juga diramalkan berada dalam kedudukan Top 3 iaitu Anugerah Terindah nyanyain Alif Satar & The Locos pula menduduki tempat ketiga sekaligus melayakkan mereka menggondol trofi dan wang tunai RM30,000.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Nujum Neelofa’ Muncul Semula, Harap Peserta AJL37 Ini Akhirnya Diiktiraf! TokTi Pula Ramalkan.. – REMAJA
Berbeza dengan kategori Persembahan Terbaik yang sukar diramal pemenangnya memandangkan terlalu banyak persembahan di AJL37 pada malam ini yang menyangkal ‘expectation’ penonton baik di stadium mahupun di rumah.
Rata-rata tidak dapat melupakan betapa ‘angelic’ persembahan Terus Hidup atau betapa di luar kotak idea Naim Daniel yang menyanyikan lagu Mainan secara tergantung serta terbalik.
Namun, rezeki nyata tersurat buat Shiha Zikir yang menyampaikan lagu Irama dengan gaya penuh futuristik dan energetik. Ia melayakkan beliau membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.
Persembahan 12 finalis di AJL37 diadili 10 juri profesional termasuklah Datuk Acis, Altimet, Noryn Aziz, Jari, Ad Samad, Khir Rahman, Azlan Abu Hassan, Damian Mikhail, LY manakala Datuk Mokhzani Ismail sebagai ketua juri.
Buat julung kalinya, dua orang pengacara wanita digandingkan di pentS AJL tanpa kelibat mana-mana pengacara lelaki. Ternyata, Sherry Alhadad dan Jihan Muse berjaya menghiburkan penonton biarpun program siaran langsung itu terpaksa dilanjutkan sehingga hampir empat jam lamanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dolla, ‘Casablanca’, ‘Melur Untuk Firdaus’ & Chombi Antara Calon ‘Top 5’ Anugerah Gempak Most Wanted 2022

Edisi 2022 bagi acara Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022) beralih ke peringkat seterusnya setelah pencalonan Top 5 menerusi sembilan kategori yang dipertandingkan diumum, hari ini.
Misi GMWA 2022 untuk mengiktiraf usaha, kreativiti dan populariti pencipta kandungan digital di Malaysia adalah sejajar dengan peralihan zaman ke dunia hiburan dalam talian.
Jika dahulu, hanya penyanyi, pelakon dan pengacara sahaja yang berpeluang mengecap populariti serta dunia glamor. Kini tidak lagi apabila semakin ramai penghibur atau ‘content creator’ yang muncul menerusi platform dalam talian malah menawarkan pelbagai bentuk kandungan.
Bukan hanya mereka yang bergerak secara individu dan berkumpulan yang semakin ligat mewarnai dunia digital. Malah ada juga akaun-akaun syarikat media serta seisi keluarga yang menjadi ikutan ramai rakyat Malaysia sepanjang tahun ini. Yang penting, GMWA 2022 mengiktiraf kandungan yang positif, membawa nilai serta menghiburkan.
Jom lihat siapakah calon-calon Top 5 yang terpilih kali ini.
*
Digital Influencer Tergempak
Nelysa Norazlan
Imran Bard
Ceddy Ang
Azfar Heri
Hafiz Mahamad
ARTIKEL BERKAITAN: Nelysa Norazlan Titip Kesyukuran Berpeluang Cium Kaabah, Hajarul Aswad – REMAJA
Digital Content Creator Tergempak
Ryan Fahmi Bakery
Khairul Aming
Mek Yun
Syahmi Sazli
Namie Smy
Video Trending Tergempak
Bilal – Neelofa
Abe Bomba – Nakal Tapi Halal
Swipe Challenge – Meerqeen
Adik Curi Frame Awani – Astro Awani
Mark O’Dea & Areff Yong – Mark O’Dea
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Sembunyi Tapi Berjaga-Jaga Dengan Penyakit Ain, Neelofa Dan PU Riz Lindungi Anak – REMAJA
Drama Trending Tergempak
Melur Untuk Firdaus – TV3
One Cent Thief – Astro Shaw
Suamiku Lelaki Pendosa – TV3
Dendam Seorang Isteri – Astro Prima
Kau VS Aku – sooka
Lagu Trending Tergempak
Casablanca – Naufal Azrin & Nuha Bahrin
Bad – Dolla
Sayunk I Love You – Chombi
Satu Malam Di Temasek -Joe Flizzow
Gatal – Janna Nick
ARTIKEL BERKAITAN: Muzik Tiba-Tiba Hilang Waktu ‘Live’, Warganet Puji Sikap Profesional Nuha & Naufal – REMAJA
Video Muzik Tergempak
Bad – Dolla
Casablanca – Naufal Azrin & Nuha Bahrin
Ku Ikhlaskan – Dato Seri Vida
Satu Malam Di Temasek -Joe Flizzow
Gatal – Janna Nick
Motivator Digital Tergempak
Fathi Hussein
Zack Kirana ibrahim
Dr Malar Santhi
Slurpee Crank
Hazeman Huzir
Personaliti Gamer Tergempak
Soloz
Jaa Suzuran
Drody Hood
Yana Samsudin
Kambing Golek
Selebriti Digital Tergempak (Saluran YouTube)
Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Sharnaaz Ahmad TV
The Tya’s Family
Ain Edruce
Zarul Umbrella
ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Lebih Hebat Berbanding Celine Dion, JLO, SNSD & Nicki Minaj – REMAJA
*
Malam penganugerahan GMWA 2022 bakal dilangsungkan pada 26 Februari 2023 secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam dan akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Youtube serta Facebook Astro Gempak.
Tapi sebelum itu, korang mempunyai tugas penting sebagai pengundi untuk menyokong calon-calon kegemaran korang. Undian akan dibuka dari 15 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023 di laman sesawang Gempak Most Wanted.
Selain sembilan kategori ini, GMWA 2022 juga akan mengambil kira jumlah keseluruhan undian peminat daripada kesemua kategori untuk menobatkan penerima anugerah utamanya, Gempak Most Wanted 2022.
All the best kepada semua calon!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
ee
Asalnya Bergelar Kerani, Kenali Siapakah Tok Wan Yang Menjadi ‘Muka Wajib’ Iklan Raya Setiap Tahun

Jika menyebut nama Halimah Alias, tentu ramai yang bingung siapakah gerangan pemilik nama tersebut. Namun jika ditunjukkan foto dan membilang nama Tok Wan, REMAJA pasti ramai akan memberikan reaksi, “Ahh, dia ini..“.
Begitulah penangan lakonan Halimah, 71 yang mesra dengan panggilan Tok Wan setiap kali beliau terlibat dengan projek-projek lakonan iklan komersil di Malaysia.

Wajahnya begitu sinonim dengan iklan raya di negara ini sejak tiga dekad lalu sehinggakan masyarakat sudah terbiasa dengan keletahnya dalam iklan raya melibatkan jenama-jenama besar.
Disebabkan itulah, Tok Wan tidak mempunyai masalah untuk meletakkan nilai standard dalam soal bayarannya; tidak seperti artis senior lain yang selalu dibelengu isu bayaran rendah disebabkan usia mereka.
“Kalau setakat RM300 hingga RM5000, memang saya tidak akan ambil tawaran itu. Bukan nak cakap besar. Lebih baik saya beri peluang pada artis veteran lain yang tidak mempunyai tawaran lakonan,”katanya.
Ratu Iklan Malaysia
Bercakap kepada akhbar Mingguan Malaysia pada hujung minggu lalu, Tok Wan berkongsi kisah bagaimana perjalanan hidupnya merubah dari tugasan sebagai seorang kerani di syarikat pembuatan makanan dan minuman, Nestle kepada seorang pelakon.
Menganggap dirinya bertuah kerana syarikat tidak melarangnya daripada menceburkan diri dalam bidang pengiklanan, Tok Wan juga sama terlibat dalam iklan milik majikannya satu ketika dahulu! 2-in-1 lah ini, hehe..
“Saya ini bermula dengan teater dan pernah buat sketsa antidadah di Nestle. (Pelakon veteran, Kismah Johar) lah orangnya yang bagi nombor telefon saya pada pihak agensi. Saya pernah juga cakap, tetapi dia pun sudah lupa tentang perkara itu,” kata ibu kepada lima orang anak itu.
Lantaran itu, sejak tahun 1985 lagi Tok Wan banyak terlibat dengan produksi iklan komersil. Pernah juga beliau berlakon dalam produksi drama mahupun filem. Sebagai contoh pada tahun ini, Tok Wan menyertai produksi drama baharu berjudul Nyawa Bertukar Cinta.
Biarpun amat bersyukur dengan peluang membintangi drama dan filem, bagi Tok Wan lakonan dalam produksi iklan komersil lebih dekat di hatinya memandangkan ia tidak memerlukan komitmen berat seperti tempoh lakonan yang terlalu lama.
“(Ketika berlakon untuk drama Nyawa Bertukar Cinta), saya terlibat hampir 15 episod dan kebanyakan babak di Kuantan. Kalau di Kuala Lumpur boleh juga saya terima tawaran lain,” tambahnya.
Selain drama tersebut, terdahulu Tok Wan juga pernah berkesempatan bekerjasama dengan Allahyarhamah Yasmin Ahmad menerusi filem Gubra.
FOTO: Tangkap Layar Iklan Raya McDonald’s 2022
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.