Agak-agak, berapa gaji korang sebulan?
Paling-paling tinggi kalau ada degree mesti dalam lingkungan RM2000-RM2500 untuk permulaan kerjakan. Itupun kalau majikan baik hati bagi sebanyak tu, ada yang dapat RM1800 saja.
Nah, baca perkongsian remaja ohsem ini, Muhamad Kasyfi Bin Baizurin Salleh. Pada usianya 23 tahun, gajinya sehari mencecah USD300 bersamaan RM1200 sehari. Wow! Gempakkan.
Korang ingat apa kerja dia ya? Kalau berniaga mungkin dapat sejumlah tu tapi kalau makan gaji, confirm tak dapat seperti apa yang Kasyfi, jejaka berasal dari Selangor ini peroleh.
Meh kita semak-semak sikit, kerjaya apa yang diceburi Kasyfi sampai dia boleh dapat gaji sebanyak itu. Sehari tau. Bukan sebulan. Tapi apa yang buat admin bulat mata bila dengar katanya, lebih senior dan berpengalaman dalam kerjaya ini, gajinya boleh mencecah RM100,000 sehari. Nak tak?
Korang biasakan dengar kerja ‘off shore”. Ala banyak budak-budak engineer syarikat cari gali minyak pergi ke pelantar laut. Ini sudah biasa tetapi apa yang apa yang Kasyfi lakukan lebih berbeza.
Dia bekerja sebagai Juruteknik ROV Pilot. Ingat tu, bukan pilot kapal terbang atau Suri Hati Mr Pilot tetapi sebagai Juruteknik ROV Pilot.
ROV ini nama penuhnya ialah Remotely Operated Vehicle. Untuk lebih mudah korang memahaminya, ROV ini ialah sejenis robot yang boleh dimasukkan ke dalam air sehingga ke dalaman 1000 meter.
Ada tiga tugas hakiki robot ini lakukan iaitu membuat pemeriksaan di dasar laut, pipeline dan pemeriksaan di wellhead (telaga minyak di dasar laut).
ROV juga berfungsi membuat kajian tentang dasar laut dan kerja-kerja pembersihan. Seperti contoh, kalau ada sampah seperti besi, pagar, atau tiang, disebabkan besi-besi ini terlalu besar dan berat, ia boleh berisiko terjatuh dari flatform.
Tugas lain Kasyfi lakukan ialah membuat pengawalan ke atas ROV semasa mereka mencuci tiang-tiang besi di dasar laut dengan menggunakan tekanan tembakan “water jet” yang mana kelajuannya mencecah 10,000 psi.
Ini lebih laju dari tekanan air Bomba dan kalau kalau korang buat main-main di daratan, mau terbang laju macam Superman!
Kata Kasyfi, dia dulu budak Lukisan Kejuruteraan semasa sekolah menengah. Lepas habis SPM, dia masuk ke RANACO, Institusi Perkapalan yang hebat di Pantai Timur.
Masa tu Kasyfi ambil jurusan Maritime Technology Engineering di mana bawah kursus tu ada Kos Marine Department. Masa belajar nie, antara pembelajaran termasuklah basic engineering sebab untuk kendalikan ROV mesti tahu part Mechanical, Electrical, Electronics dan Hydraulic Skematik.
Sebab minat memang dah ada masa zaman sekolah lagi, off shore bagi Kasyfi alah bisa tegal biasa. Asal masyuk seperti budak-budak off shore yang lain.
Lepas tamat belajar dua tahun setengah, semasa latihan praktikal, dia pilih untuk belajar mengendalikan ROV ini.
Ketika ditanya tentang risiko, kata Kasyfi, mana-mana pekerjaan pun berisiko cuma mereka sangat mengutamakan keselamatan bagi mengelak sebarang kemalangan.
Faham-faham sajalah bila bekerja dengan voltage yang tinggi sampai boleh cecah 3000V yang boleh menyebabkan pengendalinya terkena renjatan elektrik. Selain itu, tekanan minyak yang tinggi, barang yang berat seperti ROV itu sendiri yang mencecah 3 tan selain mesin operator yang agak besar. Hah tu je la risikonya tetapi paling penting, keselamatan mesti kena jagakan.
Tapi nak bagi tau juga, sapa-sapa yang mabuk laut, mungkin boleh fikirkan kerja lain sebab adakala, kapal akan tergoyang akibat gelora. Belum lagi campur dengan cuaca seperti hujan dan lain-lain lagi. Tapi aspek safety memang sangat dipandang tinggi untuk kerja-kerja begini.
Mengendalikan ROV ini tidak ramai yang tahu dan sebab itulah ia mungkin bukan kerja popular tapi gajinya memang masyuk. Kata Kasyfi, sebelum dapat kerja hari ini, dia juga pernah apply di beberapa syarikat, tapi tak dapat pun. Sampailah kawan dia rekomenkan pada bos dia bekerja sekarang.
Time keje pun tak lama, dalam 12 jam sehari, dah masyuk USD300. Kadang bila dapat satu projek, ada masa 60 hari dia duk di laut. Boleh tahan ke sapa-sapa yang nak jadi awek dia?
Tapi memang murah rezeki anak bujang ini. Dah la hensem, muka manis je bila senyum.
Ada yang nak try-try keje macam Kasyfi tak?