Hanya Ambil Masa 24 Jam Siapkan Tempahan Baju, Mek Kembang Cotton Tayang Koleksi 2020!

Share

Sebagai remaja, korang mesti lagi suka ‘stalker’ perkembangan fesyen menerusi perkongsian di internet betul tak?

Tapi korang tahu tak, Mek Kembang Cotton baru-baru ini ada menganjurkan #MEKKEMBANGCOTTONFASHIONSHOW2020, mempamerkan koleksi persalinan kolabrasi dari beberapa nama besar tanah air dan rata-rata harga mampu milik!

Seperti biasa punyalah banyak seleksi persalinan raya yang dipertontonkan. Namun, Mek Kembang Cotton masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisional, tidak juga memasukkan elemen moden agar boleh digunakan pada bila dan di mana sahaja.

Koleksi pertunjukan kali ini memperlihatkan 4 konsep koleksi yang berbeza iaitu Mek Kembang Cotton x Miedy Daniel, Koleksi Hari Raya Aidilfitri 2020, koleksi plus size dan juga tak ketinggalan koleksi busana pengantin.

Mek Kembang Cotton x Miedy Daniel tampilkan konsep ‘Less is More’ yang merupakan design yang simple yang boleh digayakan untuk event yang besar. Untuk design ni perlu pelanggan hanya perlu tunggu masa 24 jam sahaja selepas menempah baju. Design yang dibuat adalah design luar dari signature Mek Kembang Cotton tetapi masih lagi menggunakan material dari Mek Kembang Cotton.

Untuk koleksi Mek Kembang Cotton 2020, jenama ini memilih pelakon manis, Ruhanis sebagai Muse kerana Ruhainis memiliki perwatakan yang sesuai dengan keluaran pada tahun ini iaitu sweet and feminine

. Patut la motif baju-baju ini bercorak bunga dan pastel.

Untuk koleksi plus size pula, Mek Kembang Cotton menyediakan service tempahan supaya
orang yang berbadan besar pun boleh menggayakan baju menggunakan material cotton.
Bukan hanya design yang sedia ada, korang boleh juga membuat pelbagai design untuk plus size yang korang gemari.

Menariknya, pertunjukkan fesyen ini juga mempersembahkan koleksi busana pengantin. Untuk info, Ini merupakan kali pertama Mek Kembang Cotton buat Fashion Show untuk
Bridal walaupun suda mengambil tempahan untuk Bridal pada 2019. Harga pula korang jangan risau sebabnya ia sangat berbaloi dan mampu milik iaitu bermula dari RM550 termasuk veil dan tudung. Murah kan beb!

Mana satu pilihan hati, raya kan dah nak dekat ? Jika korang berminat untuk memiliki koleksi Mek Kembang Cotton ini boleh la jenguk website atau terus je ke kedai dorang di Bangi!

 

 

Published by
Nana