Hanya Bajet 1K, Pemuda Ini Transform ‘Rumah Flat’ Jadi Kondo!

Share

Siapa cakap rumah anak bujang serabut dan tak ada taste!

Mengubah suai rumah seakan menjadi trend pada zaman sekarang. Tidak kira dari rumah landed sehinggalah ke rumah bertingkat, pasti ada sahaja yang berkongsi idea tentang cara menghias.

Dari hiasan minimalis sehinggalah ke modern style ataupun classic style, pelbagai idea menarik pasti korang dapat hanya dengan google sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN : Letak 7 ‘Indoor Plant’ Ini Dalam Bilik Untuk Udara Bersih Dan Tidur Nyenyak

Baru-baru ini ada seorang pembaca Remaja berkongsi perubahan rumah bujang beliau sebelum dan selepas didekorasi. Menariknya Muhd Faddie atau nama sebenarnya Sufriadi Sarifi hanya mengeluarkan bajet 1k lebih dengan menggunakan barang pakai semula di Carousel,Shopee dan Kaison sahaja.

Memang cantik kemas tersusun semuanya termasuk perabot dan peralatan rumah. Ditambah deko yang tidak terlalu sarat, sesuai dengan orang bujang.

So, jom kita lihat trik dekorasi budget dari lelaki ini.


Ruang Tamu sebelum transformasi.


Dapur sebelum transformasi.

Menurut pemuda ini, dia lebih gemar mencari banyak mencari perabot dan perkakasan secara online kerana harga yang lebih murah.

BACA : Hiasan Beli Di Kedai ECO Saja, Rumah “Sangkar Ikan” Ini Berubah Cantik


.


.


Ruang Tamu Selepas.

“ Rumah saya jenis flat 5 tingkat, dan hanya ada dua bilik saja.So untuk mendeco rumah ni saya beli sikit-sikit termasuk mengecatnya sendiri dan menghias mengikut daya kreativiti saya. Habislah dalam RM1000++ termasuk membeli perabot dan lain-lain dekorasi yang saya beli di Carousel,Shopee dan Kaison sahaja.,” katanya.

Pemuda ini sempat berkongsi beberapa barangan yang dibeli di Shoppe antaranya :

Meja Kopi klik disini


3 Legs Side Table Coffee Table.

Bantal Sofa klik disini

Lampu klik disini

Sofa klik disini

Pemuda ini sempat memberikan tip buat semua yang bujang diluar sana

” Tip saya, kena ada disiplin untuk dapatkan rumah yang cantik dan sentiasa kemas. Barang tak perlu mahal, asalkan tahu macam mana nak mencantikkan sesuatu dah cukup.
Paling penting, kena rajin dan buang rasa malas. Ini kerana rumah juga menunjukkan keperibadian seseorang”. Akhiri beliau

Betul tu tak perlu barang mahal nak kemas dan deco rumah, yang penting kena rajin! Tapi masalahnya rajin tu yang susah nak jumpa…hehehe

Published by
Nana