Hanya Buat Video Di TikTok, Tak Sangka Remaja 16 Tahun Mampu Raih Pendapatan Bersih RM16 Juta

Share

Wah, bukan biashe-biashe ya!

Sumber Gambar : Fox Business

Kalau dengar perkataan TikTok, pasti anda semua terbayangkan aplikasi atas talian yang memaparkan video-video yang ‘unik’ dan ‘pelik’.

Tapi korang tahu tak sebenarnya  TikTok ini banyak manfaatnya kalau digunakan dengan betul?

Jika sebelum ini seorang YouTuber dari Indonesia telah mencuri tumpuan dunia apabila videonya tidak buat apa-apa selama dua jam mendapat berjuta tontonan, baru-baru ini, salah seorang bintang TikTok yang dikenali sebagai Charli D’Amelio menjadi orang pertama yang memiliki lebih 100 juta pengikut di akaun miliknya.

Dengan kelebihan itu, dia dengan mudah mampu menjana pendapatan menggunakan akaun TikTok tersebut sehingga ke hari ini hasil daripada populariti menari.

Menurut The Sun, Charli D’Amelio memiliki 100.7 juta pengikut dan 7.9 bilion tanda suka di akaun TikTok miliknya. Ini menjadikan dia lima kali lebih popular daripada Kylie Jenner dan Ariana Grande dalam platform video pendek.

Cara Charli jana pendapatan sebegitu banyak di TikTok?

Selain itu, Celebrity Net Worth melaporkan Charli D’Amelio jana pendapatan menerusi TikTok dengan mengenakan bayaran $100,000 (lebih kurang RM409,250) bagi satu hantaran tajaan di TikTok miliknya.

Sumber Gambar : The Verge

Difahamkan, pendapatan bersihnya kini boleh mencecah sehingga $4 juta (kira-kira RM16,378,000). Jumlah tersebut boleh dikatakan cukup besar untuk pendapatan gadis berumur 16 tahun.

Lain-lain pendapatannya adalah daripada kempen, barangan dan aktiviti lain di luar platform TikTok.

Charli mula memuat naik video pertamanya pada Mei tahun lalu. Sebenarnya, keluarga D’Amelio sudahpun terkenal menerusi kelebihan masing-masing.

Ibu bapa Charli sendiri memiliki pengikut yang ramai di TikTok dan adiknya Charli Dixie mempunyai syarikat rakaman sendiri.

Bagaimana TikToker buat duit?

Ada yang kata mereka yang membuat akaun TikTok tidak menjana apa-apa pendapatan seperti akaun media sosial lain.

Tidak perlu keluarkan modal, cara paling mudah adalah membuat perjanjian iklan dengan jenama dan melalui ‘hadiah’ secara langsung dari pengguna.

Mereka yang biasanya tawaran daripada pengiklan adalah pengguna TikTok yang betul-betul terkenal.

Dikatakan pengiklan boleh memberikan pendapatan sekitar RM800 hingga RM80,000 kepada TikToker yang akan mempromosikan jenama-jenama itu dengan konsep mereka sendiri. Padanlah boleh menjana pendapat lumayan dengan cepat.

Selain itu, TikToker juga menjana pendapatan melalui penerimaan ‘hadiah’ wang daripada peminat mereka.

Jika dibuat dengan betul dan secara serius, ia mampu memberikan impak yang besar seperti apa yang telah dibuktikan oleh Charli.

Okay…penulis pun nak start download tiktok la mana tahu boleh jana pendapatan macam Charli….hiks 

 

Published by
Nana