Hanya Buat Video Tentang Malaysia, TikToker Perancis Terus ‘Terkenal’

Share

Malaysia memang sebuah negara yang awesome!

Kaya dengan keunikan budaya, adat resam, kepercayaan dan gaya hidup. Lihatlah kesannya sekarang, pelancong daripada dalam dan luar negara tertarik melihat sendiri gaya hidup masyarakat yang mempunyai budaya unik ini. Belum cerita lagi tentang keenakan pelbagai makanan di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN : Makanan Malaysia PELIK Tapi Buatkan Ramai Selera Makan

Foto Via TikTok

Baru-baru ini, jika korang perasan ada seorang pengguna pengguna TikTok yang ‘rajin’ memuat naik rakaman video mengenai pengembaraannya di Malaysia. Malah, beliau kini menjadi tular sehingga meraih ratusan ribu pengikut di media sosial itu.

Populariti pelancong dan pengembara ini mencanak naik dalam kalangan rakyat tempatan yang secara tiba-tiba. Pemilik akaun TikTok dikenali Alwin GC adalah seorang pencipta kandungan berkaitan pengembaraan dan kini memiliki seramai 757,000 pengikut — merakamkan kisah pengembaraannya di seluruh dunia sejak pertengahan 2021.

 

@alwingcMy honest opinion… And I could list more!! What do you like from Malaysia? 🇲🇾♬ im good – 🎧

Untuk info, lelaki ini berasal dari Perancis dan kali pertama tiba di Malaysia pada Ogos tahun lalu. Malah, dia kerap menceritakan kisah dan pandangan kepada pengikutnya mengenai negara Malaysia sepanjang tiga bulan berada di sini.

Pada 26 September lalu, Alwin berkongsi rakaman video di TikTok bagaimana tanggapan pertamanya meleset sebaik merasai sendiri pengalaman berada di Malaysia.

Katanya, apa yang mengejutkan ialah sikap rakyat tempatan yang begitu baik dan ramah ketika bersiar di Kuala Lumpur selain menyatakan rasa selamatnya di ibu kota.

 

@alwingc The funniest part is that I was already gonna give @harryazrul ♬ Sparks – Coldplay

“Malah, ketika berada di Thailand, saya tidak rasa begitu selamat berbanding di Malaysia. Sebelum ini, saya beranggapan perlu lebih menjaga keselamatan diri, namun ketika berada di Kuala Lumpur, saya boleh pergi ke mana sahaja tanpa bimbang akan ada orang merompak saya,” katanya.

Menerusi beberapa rakaman video lain dikongsikan di TikTok, Alwin menggalakkan penontonnya supaya melawat Malaysia dan merasai sendiri pengalaman yang begitu berharga sekali gus untuk menangkis salah faham mengenai Malaysia.

 

@alwingcThailand 🇹🇭 or Malaysia 🇲🇾? Best Country Rating around Food, Money, Safety, Nature & People Winner REVEALED at the end♬ Epic Orchestra – Red Cat Blue

Pada 29 Oktober lalu, Alwin memuat naik video berkongsi bagaimana kandungan mengenai kali pertama beliau tiba dan merasai pengalaman di Malaysia meraih 100,000 pengikut dalam tempoh sehari selain ditonton seramai enam juta orang.

Beliau berkata, jumlah pengikutnya semakin bertambah sejak itu sekali gus mewujudkan reputasi positif dalam kalangan pengguna TikTok di Malaysia. Alwin berkata, beliau suka berada di Malaysia dan teruja untuk melawatinya buat kali kedua.

“Saya dikenali di mana-mana, Semua tahu wajah saya. Hanya dalam tempoh beberapa hari, hidup saya berubah,” katanya dengan penuh perasaan teruja.

Alwin berkata, beliau suka berada di Malaysia dan teruja untuk melawatinya buat kali kedua.

Sebelum ini, pelantun lagu Levitating dan ikon fesyen dari Great Britain, Dua Lipa juga telah mengangkat Malaysia sebagai destinasi paling menarik yang pernah dilawati olehnya.

BACA : “Saya Sukakan Kuala Lumpur” Dua Lipa Pilih Malaysia Antara Negara Paling Menarik Pernah Dilawati

Sumber: Berita Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana