ika sebelum ini seorang YouTuber dari Indonesia telah mencuri tumpuan dunia apabila videonya tidak buat apa-apa selama dua jam mendapat berjuta tontonan, kini seorang lagi pemuda yang dipercayai dari Jakarta mampu meraih 25 juta tontonan dengan hanya melakukan aksi termenung di aplikasi TikTok.
BACA: Video 2 Jam ‘Tak Buat Apa-Apa’ YouTuber Indonesia Ini Dapat 1 Juta Tontonan & Lebih 15 Ribu Komen
Mempunyai seramai 381.5 ribu pengikut di TikTok, akaun yang dikenali sebagai @anhtrantan ini memuat nak video pertamanya pada September lalu dan menerima lebih daripada 5 juta tanda suka.
@anhtrantan♬ Quằng Lắm Em Ơi – Lê Nguyễn Hữu Huy ✅
@anhtrantan♬ Original sound – Bảo hieu 💞💞
Kadangkala kita tidak perlu memerah otak sangat untuk memikirkan content apa yang akan menarik perhatian orang ramai.
Mungkin si perakam video hanya merekodkan video ‘termenung’ ini secara spontan dan hanya untuk suka-suka. Tapi tak sangka pula boleh jadi viral. Betul tak? Hiks!
Makanan Hotel 5 Bintang Dengan Harga Bazar, Nasi Minyak Dijual Serendah RM5
Ramai di antara kita mungkin pernah terkena bila mana membeli juadah berbuka puasa namun rasanya tidak seperti diharapkan. Walau orang kata tak baik “merungut”tentang rezeki tetapi biasanya bila kita mengeluarkan belanja pastinya kita mahu rasa yang terbaik sesuai dengan nilai kita keluarkan.
Jika Ramadan sesebelum ini kita berpeluang berbuka di hotel lima bintang namun dalam keadaan negara masih mengenakan PKPDB, peluang untuk makan sedap di hotel tiada. Tapi apa yang seronoknya kalau kita memikirkan makanan di hotel agak mahal tapi nampaknya Ramadan ini kita berpeluang membelinya dengan harga masuk akal. Dengan harga serendah RM2 bagi kerabu mangga, kita boleh nikmati juadah berbuka disediakan oleh Hotel Impiana KLCC yang boleh membuat penghantaran ke destinasi korang.
Perkongsian dari Amir Zain yang berkongsi mengenai juadah disediakan oleh Hotel Impiana KLCC ini pasti buat ramai tak sabar nak orderkan.
Sejujurnya, saya amatlah jarang membeli juadah berbuka puasa. Saban tahun, saya dan isteri lebih gemar memasak sendiri.
Tetapi tahun ini sedikit berbeza. Terdetik kewajipan untuk membeli juadah berbuka puasa.
Lebih tepat, perlunya berbelanja agar ada kelangsungan pergerakkan aliran tunai sepanjang rantaian perniagaan.
Hari ini juadah berbuka dibeli dari Hotel Impiana KLCC. Hotel milik Heritage Lane Sdn Bhd, sebuah SPV milik KLCC Berhad, yang juga milik penuh Petronas. Milik negara.
Harga makanan hotel 5 bintang ini saya jamin lebih murah dari harga bazar ramadan, lebih murah daripada GrabFood. Bersih. Pembungkusan tinggi piawai dan paling penting rasa memang 10/10 memang sedap. Cukup menyelerakan.
Sejak PKP bermula, industri paling terjejas ialah perhotelan. Hotel Impiana KLCC telah pun memberhentikan sebahagian kakitangan. Perniagaan mereka teruk terjejas.
Saya amat sedih apabila diberitahu oleh penghantar makanan yang merupakan staff berpangkat pengurus bahawa minggu ini adalah minggu terakhir beliau berkerja.
Kepada para sahabat, terutama comrades saya di Petronas. Jarang saya seru macam ini. Ini bukan promosi berbayar. Saya cuma pohon sokongan membeli juadah berbuka di Impiana Hotel KLCC. Ada khidmat penghantaran.
Harapan saya agar hotel Impiana ini tidak ditutup. Semoga ada kekuatan (kewangan) untuk terus kekalkan kakitangan sehingga situasi pulih.
Moga semua peniaga tabah saat sukar ini. Moga yang punya kewangan jangan berhenti berbelanja. Usaha kita walau sezarah kecil ini, jika diamalkan oleh semua mampu memberi ketahanan terhadap ekonomi Malaysia. Kita kena jaga kita.
‘Wartawan Cilik’ Haziq Popular, Lebih 20 Jemputan Ke Acara Syarikat Produk Terpaksa Ditolak
Sejak video yang menyaksikan kanak-kanak petah bernama Muhammad Haziq Mohd Asyraf tular di media sosial beberapa minggu lalu, semakin banyak jemputan dari pelbagai pihak termasuklah beberapa syarikat pengeluar produk yang terpaksa ditolak olehnya secara baik.
Ini memandangkan tahap kesihatan Haziq yang menghidap talasemia memerlukan keluarganya untuk bijak membahagikan masa kanak-kanak itu antara di sekolah dan temu janji doktor yang perlu dipatuhi.
Sehingga kini, khabarnya lebih 20 jemputan terpaksa dilupakan oleh Haziq. Ibunyq, Nur Shakilla Zainol, 33 berkata anaknya itu hanya akan memenuhi jemputan untuk majlis bersesuaian sahaja. Jadual Haziq itu juga akan disusun rapi oleh keluarga agar anaknya tidak rasa terbeban.
Jangan Ambil Kesempatan
Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau di Sungai Petani, Kedah turut berharap agar pihak luar tidak mengambil kesempatan terhadap populariti mencanak yang diterima oleh anak muridnya itu sehingga mengakibatkan kesihatan serta pelajarannya terabai.
Encik Subberi Salleh turut mengingatkan agar mana-mana pihak yang ingin meraikan murid Tahun Lima itu untuk mengambil kira waktu persekolahan yang harus dipatuhinya. Ini demi menjamin persediaan rapi dapat dilakukan oleh Haziq yang bakal berdepan peperiksaan penggal tiga, tidak lama lagi.
Beliau ditemui media ketika mengiringi Haziq yang memenuhi jemputan Balai Bomba & Penyelamat Amanjaya Sungai Petani untuk merasai pengalaman memadam api dan menaiki jentera bomba, kelmarin.
Sumber : Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
6 Insiden Jika Nak Tahu Rumah ‘Dikunjungi’ Makhluk Halus
Isi Kandungan
Toggle
Sejak kebelakangan ini, ada beberapa insiden misteri telah dilaporkan berlaku di beberapa buah negeri.
Jika pada bulan November lalu, laman media sosial kecoh sebentar dengan misteri pintu diketuk di Sabak Bernam. Kini, ramai yang sedang memperkatakan mengenai kejadian seakan sama di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor pula.
Persoalannya, adakah insiden misteri ini berkaitan dengan kehadiran makhluk halus di rumah kita? Kami senaraikan 6 insiden yang selalu berlaku di Malaysia dan menurut cerita yang selalu disampaikan oleh masyarakat kita, besar kemungkinan ia disebabkan oleh mahkluk halus.
01
Tanda yang paling ‘popular’ di Malaysia ini tentulah gangguan bunyi. Jika pada awal minggu ini tular kisah pintu ‘sliding’ di beberapa buah kediaman dekat Johor yang digegarkan tanpa kelibat sesiapa.
Kita juga familiar dengan gangguan bunyi lain seperti bunyi kerusi ataupun apa-apa jenis perabot ditarik, bunyi papan kekunci ditekan, bunyi ketukan pada pintu atau mej dan macam-macam bunyi lain.
02
Bercakap mengenai bunyi, satu lagi bunyi ‘popular’ adalah apabila biji guli terjatuh pada lantai secara tiba-tiba. Ada yang mendakwa ia adalah gangguan oleh ‘si kecil’ yang tidak dapat kita lihat.
Namun menurut satu laporan, kejadian ‘bunyi guli’ ini sebenarnya tidak ada kena mengena pun dengan – well – guli. Sebaliknya, ia mungkin datang daripada paip air di rumah korang. Kejadian ini dikenali sebagai Hydraulic Shock di mana aliran air secara tiba-tiba terpotong.
03
Ramai yang pernah mengalami perubahan suhu pada badan dan di sekeliling ruang tersebut sehingga kita merasa rimas.
Kadangkala mereka akan merasa panas walaupun hakikatnya hari sedang hujan di luar. Kadangkala, ada yang merasa sejuk ibarat memasang pendingin hawa.
04
Tiba-tiba diri merasa takut walaupun menetap di rumah milik sendiri. Tanpa sebab, seseorang akan merasa seakan-akan diri mereka diperhatikan walaupun tinggal bersendirian d rumah.
05
Walaupun tidak ramai yang mengalami tanda ini, namun ada yang pernah mendakwa terjadi kepada mereka. Masakan yang baru saja siap dihidang akan mudah bertukar basi.
Sebab itulah orang tua-tua selalu berpesan untuk menutup makanan dengan tudung saji. Ia bukan saja demi mengelakkan lalat hinggap ke atas juadah tetapi juga untuk menghalang ‘ia’ melakukan sesuatu terhadap makanan tersebut.
06
Insiden ini berkait rapat dengan makhluk halus bernama toyol. Jangan memandang remeh sekiranya harta benda ataupun wang Ringgit di rumah sering hilang tanpa bayang. Kita selalu terfikir kita tersalah letak barangan berharga itu. Namun ia mungkin sekali kerja ‘si dia’.
*
Ada beberapa lagi tanda-tanda lain yang selalu disebut dan disampaikan dari generasi ke generasi. Antaranya termasuklah badan ditindih, anak kecil atau bayi dalam rumah tersebut menangis dan sukar untuk ditenteramkan dan rumah selalu terasa berdebu walaupun telah dikemaskan.
Apapun, seperti yang selalu diingatkan oleh para penceramah, makhluk halus juga merupakan makhluk Allah SWT. Selalunya, ketakutan yang melanda kita adalah berpunca daripada psikologi diri sendiri.
Jika kita terlalu mengikutkan perasaan dan tidak dapat membuang idea yang bukan-bukan daripada minda sendiri, risiko untuk kita diganggu oleh makhluk yang kita takuti itu akan bertambah. Wallahualam.
Apa yang harus kita lakukan adalah untuk mengimarahkan rumah sendiri dengan amalan soleh. Amalkan sembahyang berjemaah dengan isi rumah, perbanyakkan bacaan al-Quran, amalkan bacaan 3 Qul pada setiap hari dan jagalah kebersihan rumah terutamanya di kawasan yang kotor seperti bilik mandi.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengamal Perubatan Kongsi Ilmu Pagar Rumah