Hanya Guna 6 Bahan, Ni Resepi Cekodok Pisang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!

Share

Sesekali nak juga masak resipi yang ringkas. Bukan sebab pemalas, tapi faham-faham la kalau dah nama ‘remaja’ tu, asal sedap dan mudah itu yang menjadi pilihan utama.

Kadang, jadual kelas yang penuh dan assignment bertimbun nak kena siapkan buat anak muda tidak punya banyak masa nak ke dapur. Tapi REMAJA rasa dengan adanya resipi mudah ini tak ada lagi alasan untuk korang cuba buat sendiri di rumah.

Mesti ramai yang suka makan cekodok pisang yang mak korang buat kan? Memang sedap kalau dibuat kudap-kudap time study. Makanan ni pun boleh jadi addicted tau. Dari hari-hari beli dekat kedai, lepas ni dah boleh buat sendiri. Bahan-bahannya pun mudah dan murah.

Bahan-bahan :

1. 5 biji pisang saiz besar atau 8-10 biji size kecik.
2. 2 sudu makan marjerin
3. 5 sudu makan gula pasir
4. 1 sudu teh soda bikarbonat
5. 1 sudu teh garam
6. 2 cawan tepung gandum

Cara-cara :

1. Gaulkan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati
2. Masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak.
5. Siapppp.

Amacam, senang kan? Dah buat nanti jangan lupa bagi kami sikit. Hiks!

Sumber Resepi & Foto : Cik Pooja via ilham media

Published by
Nana