Masalah rambut gugur tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia boleh menyebabkan rambut menjadi botak dan tidak terurus. Setiap individu tidak kiralah perempuan mahu pun lelaki pasti mengimpikan rambut yang sihat dan bermaya.
Namun, kita tidak lari dari berhadapan dengan masalah rambut gugur. Ia adalah satu perkara yang normal tetapi jika gugur terlalu banyak, maka korang perlu cari cara untuk mengatasi masalah ini.
Ada satu cara yang menjimatkan untuk korang merawat masalah rambut gugur iaitu dengan menggunakan buah keras. Buah ini terkenal dengan fungsi melebat dan mengurangkan rambut gugur. Dengan hanya menggunakan satu bahan sahaja, mudah-mudahan petua ini sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk mengatasi masalah rambut gugur.
Buah keras
1. Tumbuk buah keras sehingga hancur
2. Goreng buah keras yang telah ditumbuk tadi sehingga keperangan tanpa minyak
3. Tumbuk sekali lagi sampai pecah minyak
4. Jadikan pes buah keras sebagai masker rambut
5. Kemudian, basahkan rambut, lumur pada kulit kepala selama 10 minit
6. Bilas sehingga bersih
7. Amalkan petua ini dua kali seminggu
Hasilnya, rambut korang akan jadi lebih kuat dari akar rambut dan kurang gugur. Selamat mencuba!
Sumber: Bella Shabudin