Drama terbaru lakonan Song Joong Ki, Vicenzo nampaknya menjadi sebutan peminat kerana sejak episod 1 lagi, penonton sudah mula memperkatakan tentang drama ini yang penuh dengan unsur humor dan bukanlah cerita serius semata-mata.
Siapa sangka drama yang berkisarkan tentang bekas peguam mafia yang kembali ke Korea dan mengambil tindakan terhadap orang jahat dengan mengikut caranya sendiri berjaya mencuit hati peminat.
Menurut Nielsen Korea, episod baru drama tersebut berjaya mencatatkan purata sebanyak 10.4 peratus.
Selain daripada jalan cerita yang menghiburkan, siri Vincenzo turut menjadi buah mulut penonton apabila video penggambaran drama itu tular di media sosial. Latar tempat yang dipaparkan adalah di Itali, tapi sebenarnya team produksi hanya menggunakan teknologi green screen
dan bukannya membuat penggambaran di Itali.Iye la, musim-musim COVID-19 ni kan mana boleh bergerak bebas sangat. Hiks!
Pada mulanya, penonton tertanya-tanya bagaimana team Vicenzo melakukan penggambaran di Itali dengan keadaan pandemik yang belum pulih ini.
Namun akhirnya persoalan ini terjawab setelah tular video sesi penggambaran yang hanya menggunakan teknologi CGI.
Setiap babak di luar negara dilakukan dengan baik sehinggakan penonton sendiri tidak menyangka ia adalah teknik CGI.
Ramai peminat turut memuji seluruh tenaga produksi yang menjayakan drama bersiri ini.
Fuh, memang real la! Terfikir juga macam mana mereka boleh shooting di Itali. Rupa-rupanya CGI je. Hiks!
Sumber: Allkpop