Sumber foto: UPSI

 

Sejak perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlangsung, ramai pelajar yang menyuarakan kerisauan berkenaan pengambilan subjek praktikal.

Bagi mereka yang mengambil subjek teori, pengajian secara atas talian masih boleh dilakukan dengan lancar di antara pelajar dan pensyarah. Namun bagaimana pula dengan mereka yang perlu berada di kampus berikutan semua kemudahan dan keperluan mereka ada di sana.

Menjawab persoalan persoalan bagaimanakah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dapat menjamin pelajar mampu menghabiskan silibus dan pembelajaran berkualiti terutamanya pelajar yang perlu menyiapkan subjek praktikal, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan bahawa KPT memberi kelonggaran kepada beberapa kategori pelajar untuk pulang ke kampus secara berperingkat.

Ads
Hanya Kategori Pelajar Ini Dibenar Pulang Ke Kampus Universiti – Dr Noraini
Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Noraini. Sumber foto: Parlimen Malaysia.

Kategori pelajar tersebut termasuklah pelajar pasca siswazah mod penyelidikan (postgraduate research program) dan pelajar semester TAHUN AKHIR untuk pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda.

Selain itu, pelajar tahun akhir yang tidak memiliki akses internet di kampung halaman dan pelajar keperluan khas yang mengikuti program penyelidikan latihan teknikal dan vokasional di Politeknik dan Kolej Komuniti juga dibenarkan pulang ke kampus.

Tambah beliau lagi, KPT turut membenarkan pelajar kemasukan baru sesi 2020/2021 di semua Universiti Awam, Institus Pengajian Tinggi Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti untuk berada di kampus, jika perlu.

Ads

Namun, Dr Noraini mengingatkan kepada pihak institusi untuk membuat perancangan jadual akademik dengan rapi mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengelakkan situasi makmal atau kelas penuh, sebagai contoh.

Hanya Kategori Pelajar Ini Dibenar Pulang Ke Kampus Universiti – Dr Noraini
Sumber foto: UPSI.

Untuk pengetahuan, Dr Noraini mengesahkan hanya 44,188 orang mahasiswa di Universiti Awam saja yang masih berada di kampus daripada sejumlah 434,994 orang; atau kira-kira 9.84 peratus.

Ads

Selebihnya mengikuti pengajian secara atas talian dari rumah atau luar kampus.

Penjelasan dan kelonggaran ini sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada para pelajar di seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ODL Tapi Kena Bayar Cas Fasiliti Universiti?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI