Senario pelajar dihukum atas kesalahan yang dilakukan adalah perkara biasa dalam aspek mendidik. Kesalahan yang biasa pelajar lakukan antaranya, masalah disiplin diri, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, nakal dan bermacam-macam lagi.
Namun, jika sampai pelajar maut dipukul guru, dipercayai gara-gara tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan, itu memang tragis.
Kejadian ini berlaku pada seorang murid tingkatan satu di Alor, Nusa Tenggara Timur. Menurut Tribun, guru tersebut pada awalnya meminta kerja rumah yang diberikannya, namun murid malang itu tersebut belum menyiapkannya.
Geram dengan alasan yang diberikan, guru tersebut naik ‘hantu’ dan bertindak memukul bahagian atas kepala murid tersebut menggunakan tangan, selain turut menendang punggung dan menyebat betisnya dengan rotan.
Akibat ‘hukuman’ yang dieberikan oleh guru terbabit menyebabkan murid itu mengalami luka dan bengkak di kawasan leher, punggung dan betis sebelum pulang ke rumah dan mengadu kepada ibu bapanya.
Bagaimanapun keesokannya, murid tersebut mengadu rasa sakitnya masih belum hilang, lantas terpaksa dikejarkan ke Hospital Kalabahi Alor untuk rawatan selanjutnya.
Namun ditakdirkan usianya tidak panjang. Selepas dua hari dirawat, murid malang itu akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sementara itu, Ketua Balai Polis Alor, Agustinus Christmas berkata, pihaknya menerima kes itu dan mengesahkan berita kematian murid tersebut.
“Mangsa sempat dirawat sejak dua hari lalu di hospital dan akhirnya meninggal dunia pagi tadi (ketika itu) sekitar pukul 10 pagi waktu tempatan,” kata Agustinus.
Dalam masa sama, guru terbabit turut sudah ditahan polis dan siasatan ke atasnya sedang dijalankan, menurut Agustinus lagi.
Di China, rentetan kematian pelajar berkaitan disiplin keras dalam berlaku di China beberapa tahun sebelum ini, negara berkenaan melarang guru sekolah menjatuhkan hukuman yang boleh menyebabkan trauma fizikal atau mental terhadap pelajar. Wajarlah!
Hmm….kalau guru tersebut tahan kemarahan dia mesti tiada nyawa yang ‘melayang’.
Sumber: Tribun