Pergh, berita baik untuk korang yang nak turunkan berat badan!
Sejak pengumuman permainan Ring Fit Adventure oleh Nintendo tahun lepas, ianya sememangnya mengingatkan kami akan permainan Wii Fit yang mana ianya memfokuskan bentuk permainan bersukan dan gaya hidup sihat.
Terkini, melalui laporan Nintendo Soup, permainan tersebut tampaknya sememangnya berkesan untuk meningkatkan gaya hidup yang sihat di mana Migui Minaj, seorang pemain Switch di Filipina berjaya menurunkan berat badan dengan bermain permainan tersebut.
Pemuda dari Filipina ini berkongsi berjaya menurunkan berat badan dari 78kg menjadi 69kg iaitu lebih kurang 9 kilogram selama 30 hari dengan hanya main game. Whatttt!!!!
Apa yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Migui ialah bermain permainan (game) aksi RingFit Adventure selama 25 minit setiap hari.
Ads
Namun beliau juga berkongsi bahawa tidak hanya bermain games, namun turut menjaga pemakanan dengan cara kurangkan karbohidrat dan tidak makan selepas pukul 7.00 malam.
“Saya biasanya akan mengambil nasi satu cawan sehari sahaja dan jangan makan selepas pukul 7 malam. Gabungan senaman Ring Fit Adventure sangat membantu mengurangkan berat badan saya”
Ads
Migui yang berasal dari Pasig, Filipina turut meluahkan rasa gembira di Facebook, dengan memuji game Nintendo iaitu RingFit Adventure kerana berjaya menurunkan berat badannya.
Pada Januari, Migui berkongsi dua foto perubahan dirinya dengan caption sebelum dan selepas untuk menunjukkan betapa ketara yang dia alami. Migui mengaku sudah bertahun-tahun mencuba menurunkan berat badan namun tetap tidak berhasil.
“Saya mula sedar bahawa RingFit Adventure boleh jadi trik diet yang lebih baik.”
Ads
“Benar juga, main game ini berhasil. 30 hari RingFit Adventure! Dari gemuk menjadi ideal,” tulis Migui Gabriel dalam akun Facebooknya.
Untuk info, Nintendo Ring Fit Adventure akan dilancarkan 18 Oktober 2019 ini dengan harga $79.99(~RM334) di mana ianya akan menyertakan permainan Ring Fit Adventure dan 1 set aksesori Ring-Con dan Leg-Strap.
So siapa cakap main games membuang masa? Ini buktinya kita boleh bersenam dengan permainan games Nitendo RingFit Adventure ni. Dah siapa nak belanja penulis ni…Hiks
Memiliki telefon pintar adalah satu kelebihan bagi individu kerana ia dapat memudahkan urusan harian, bukan hanya untuk berkomunikasi, tetapi banyak perkara yang kita boleh lakukan dengan menggunakan gajet ini.
Terdapat pelbagai jenis telefon pintar yang ada di pasaran dengan tawaran harga dan spesifikasi yang berbeza. Paling penting, korang kenalah pandai untuk memilih mana yang sesuai dan berbaloi untuk dibeli.
Walaupun kita sudah menginjak di pertengahan tahun 2021, namun masih ada lagi telefon pintar yang dikeluarkan pada tahun 2020 berbaloi untuk dimiliki. Jika hendak membeli telefon baru, tidak semestinya korang perlu mendapatkan versi yang terkini. Betul tak?
Berikut kami senaraikan antara telefon pintar keluaran tahun 2021 yang masih berbaloi untuk dibeli.
Baru-baru ini, jenama terkemuka Xiaomi telah mengumumkan kerjasama dengan penyanyi terkenal BamBam yang dilantik sebagai duta pertama Xiaomi bagi Asia Tenggara sempena acara pelancaran Redmi Note 13 Series.
Xiaomi yang terkenal sebagai salah satu jenama teknologi popular pada masa kini yang mereka bentuk dan hasilkan telefon pintar serta pelbagai peranti AIoT untuk semua golongan, termasuk generasi baru yang mempunyai gaya hidup yang cemerlang dan keyakinan diri yang tinggi.
Diilhamkan dari konsep ‘Every Shot Iconic’ dari Redmi Note 13 Series, perlantikan BamBam akan memberi inspirasi kepada generasi baru kerana BamBam merupakan contoh teladan yang kerap menunjukkan usaha dan kemahirannya dengan cara yang unik.
Berbicara mengenai BamBam, penyanyi yang pernah meningkat naik kerana Hallyu Wave atau K-Pop menerusi kumpulan GOT7. Terbaru, dia menarik perhatian peminat utamanya di Malaysia kerana sempat berkongsi pengalamannya membelah durian Musang King ketika singgah di Kuala Lumpur.
“Saya datang pada musim yang tepat dan sempat rasa Musang King! Memang sedap! Dan saya juga sempat cuba Bak Kut Teh”
Dalam pada itu, dalam acara pelancaran Redmi Note 13 Series di Pavilion Kuala Lumpur pada 13 Julai lalu. BamBam juga sempat bertemu dengan para peminat bukan sahaja dari Malaysia, malah ada yang sanggup datang dari Thailand, Vietnam, Filipina, Tunisia dan sebagainya.
Menerusi acara yang sama, terdapat acara cabutan bertuah istimewa untuk peminat BamBam dan apa yang menarik perhatian adalah ketika sesi bergambar dimana interaksi di antara pelantun lagu Sour & Sweet bersama peminat lelaki yang nampak seperti ‘kawan lama’.
Sekadar info, siri Redmi Note 13 yang dilancarkan di bawah konsep Every shot iconic terdiri daripada 4 model; Redmi Note Series 13 Pro+ 5G, Redmi Note Series 13 Pro 5G, Redmi Note Series 13 5G dan Redmi Note 13. Ciri-ciri utama siri ini termasuk kamera utama 200MP dengan penstabilan imej optik (OIS), paparan AMOLED lengkung 1.5K 120Hz yang menakjubkan dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus yang tahan lasak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama telefon bimbit yang pernah menjadi kesayangan ramai satu ketika dahulu, Nokia kini masih giat melancarkan beberapa model terbaru, termasuklah Nokia 150 dan Nokia 125. Kedua-dua model ini adalah telefon selular biasa dengan sistem operasi Series 30+.
Jom kita lihat spesifikasi bagi model terbaru daripada Nokia ini.
Nokia 150
Dilengkapi skrin 2.4”, butang kawalan serta nombor fizikal dan sebuah kamera VGA lengkap dengan flash. Terdapat sokongan menambah storan menerusi kad mikroSD sehingga 32GB, Terdapat pemain MPS 3 terbina serta sokongan radio FM yang tidak memerlukan fon telinga.
Menerusi bluetooth 3.0, fail dapat dikongsi di antara peranti namun ia tidak menyokong tambatan aksesori audio. Menurut HMD Global bateri pada Nokia 150 boleh bertahan sehingga 23.4 jam atau melakukan panggilan telefon sehingga hampir 20 jam.
Nokia 125
Spesifikasi yang hampir sama tetapi tiada kamera disertakan langsung. Storan dalaman membenarkan simpanan sehingga 2000 nombor dan 500 khidmat pesanan ringkas (SMS).
Korang boleh dapatkan Nokia 150 dengan pilihan warna hitam, biru dan merah pada harga $29 dan Nokia 125 mempunyai pilihan warna hitam dan putih dengan harga $24 (lebih kurang RM104).
Kedua-dua telefon ini hadir dengan bateri yang dikatakan mampu bertahan sehingga 22 hari (atau lebih). Bagi individu yang inginkan telefon bimbit untuk kegunaan minima, sudah tentu model dari Nokia ini menjadi antara pilihan terabik untuk korang.
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...