Hanya Main Games 25 Minit Sehari, Lelaki Ini Turun 9kg Dalam Masa Sebulan

Share

Pergh, berita baik untuk korang yang nak turunkan berat badan!

Sejak pengumuman permainan Ring Fit Adventure oleh Nintendo tahun lepas, ianya sememangnya mengingatkan kami akan permainan Wii Fit yang mana ianya memfokuskan bentuk permainan bersukan dan gaya hidup sihat.

Terkini, melalui laporan Nintendo Soup, permainan tersebut tampaknya sememangnya berkesan untuk meningkatkan gaya hidup yang sihat di mana Migui Minaj, seorang pemain Switch di Filipina berjaya menurunkan berat badan dengan bermain permainan tersebut.

Pemuda dari Filipina ini  berkongsi berjaya menurunkan berat badan dari 78kg menjadi 69kg iaitu lebih kurang 9 kilogram selama 30 hari dengan hanya main game. Whatttt!!!!

Apa yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Migui ialah bermain permainan (game) aksi RingFit Adventure selama 25 minit setiap hari.

Namun beliau juga berkongsi bahawa tidak hanya bermain games, namun turut menjaga pemakanan dengan cara kurangkan karbohidrat dan tidak makan selepas pukul 7.00 malam.

“Saya biasanya akan mengambil nasi satu cawan sehari sahaja dan jangan makan selepas pukul 7 malam. Gabungan senaman Ring Fit Adventure sangat membantu mengurangkan berat badan saya”

Migui yang berasal dari Pasig, Filipina turut meluahkan rasa gembira di Facebook, dengan memuji game Nintendo iaitu RingFit Adventure kerana berjaya menurunkan berat badannya.

Pada Januari, Migui berkongsi dua foto perubahan dirinya dengan caption sebelum dan selepas untuk menunjukkan betapa ketara yang dia alami. Migui mengaku sudah bertahun-tahun mencuba menurunkan berat badan namun tetap tidak berhasil.

“Saya mula sedar bahawa RingFit Adventure boleh jadi trik diet yang lebih baik.”

“Benar juga, main game ini berhasil. 30 hari RingFit Adventure! Dari gemuk menjadi ideal,” tulis Migui Gabriel dalam akun Facebooknya.

Untuk info, Nintendo Ring Fit Adventure akan dilancarkan 18 Oktober 2019 ini dengan harga $79.99(~RM334) di mana ianya akan menyertakan permainan Ring Fit Adventure dan 1 set aksesori Ring-Con dan Leg-Strap.

So siapa cakap main games membuang masa? Ini buktinya kita boleh bersenam dengan permainan games Nitendo RingFit Adventure ni. Dah siapa nak belanja penulis ni…Hiks

Sumber : hitz

Published by
Nana