Aktif dalam bidang sukan tidak pernah menghalang Muhammad Afiq Ahmad untuk mendapat keputusan cemerlang dan memperoleh straight A dalam SPM tiga tahun lepas.
Walaupun di awal persekolahan dia menuntut di kelas belakang, Afiq telah membuktikan bahawa tak ada yang mustahil untuk mencapai kejayaan dan apa yang paling best, semuanya bermula dari bawah.
Anak muda ini memang aktif dalam sukan dan ketika masuk Tingkatan 1, Afiq merupakan seorang pelajar yang ditempatkan di kelas terakhir. Namun, tahun demi tahun setiap usahanya berhasil sehinggalah dia dapat menempatkan diri di kelas pertama.
Afiq ada berkongsi bagaimana cara dia membahagikan masa dan rahsia di sebalik kejayaannya itu.
“Tip study kalau subjek hafal jangan study guna buku teks. Maksudnya jangan buka buku teks tiap kali study. Buat nota based on
buku teks. Lagi senang nak hafal. Then, kalau subjek kira-kira macam Add Math tu kena latihan banyak. Latihan yang buat dalam kelas tu tak cukup. Cari inisiatif, cari latihan extra. Tiap kali buat soalan tu check jawapan. Jangan kumpul banyak baru check nanti lupa,” jelasnya.Hanya mula fokus study dalam bulan Mac, tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum menduduki peperiksaan SPM, keluarga antara individu yang paling risau ketika itu.
“Mak paling risau sebab setiap minggu apabila datang melawat saya di asrama pasti ada sahaja luka atau parut yang saya dapat dari bersukan. ‘Adik, sudah-sudah la bersukan tuh’ itu la ayat yang mak saya selalu cakap setiap kali datang melawat,” tambahnya lagi.
“Sebelum March tu saya main puas-puas before nak menghadap stres belajar. As a muslim and budak asrama, this is my routine in school. Setiap pagi bangun sebelum subuh untuk solat sunat hajat. Tak tipu ni. Lepas solat try revise something tak kisah la subjek apa. Better subjek hafal sebab awal pagi. Then pergi sekolah macam biasa. Saya suka tidur dalam kelas. Normal lah budak asrama kan,”
“Untuk prep petang saya buat latihan. Jangan study. Sebab time tu memang selalunya rasa mengantuk gila. Selepas prep Asar tu pergilah main jangan duduk baca buku dah. Pastu maghrib macam biasa. Lepas maghrib tu baca yasin before isyak. Buat tiap malam bukan khamis je,”
“Then lepas isyak tu solat la sunat dulu before pergi prep malam. Prep malam study lah mcm biasa. Make sure ada jadual study. Then lepas prep tu, revise sikit kat bilik baru tidur. Haaa tu je lah rutin saya. Renung-renungkan dan selamat beramal. Apa yang paling utama adalah berdoa pada Allah. Kedua mak ayah, belajar betul-betul untuk tidak kecewa kan mereka,” ulasnya panjang.
Sebagai seorang pelajar yang aktif dalam sukan ragbi, bola sepak dan lompat tinggi, walaupun dah nak dekat exam, Afiq masih bermain bola kerana baginya hobi dan minat tidak dapat dipisahkan tetapi harus bijak membahagikan masa untuk study.
Katanya lagi, kalau bersukan mampu untuk menjadikan minda dan badan tidak terlalu stres waktu study nanti.
Kini Muhammad Afiq telah melanjutkan pelajarannya ke Universiti Teknologi Petronas dan sedang meneruskan kuliahnnya di Middle East Technical University, Turkey.
Ha, dah terbuktikan pelajar yang ‘main-main’ waktu sekolah pun boleh dapat keputusan cemerlang dalam SPM. Jangan pandang rendah dengan orang guys sebab mungkin kita tak tahu, di sebalik kehidupan mereka, begitu susah payah bertungkus-lumus untuk mendapatkan result yang gempak.
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada semua calon SPM yang mengambil keputusan hari ini. Cemerlang atau tidak, itu bukan persoalannya. Apa yang penting arah tuju korang selepas ini. Betul tak?
#IniBaruPermulaan